Pada jam 430 petang hingga jam 645 petang tadi PG dan anak bongsu iaitu Noor Matta Simmia telah menunggang kuda di sekitar jalan baru Hutan Rekreasi Ayer Keroh. Hari ini tunggangannya jauh sedikit iaitu lebih kurang 30 km. Nak tercabut juga le lutut dibuatnya.
2. Walau bagaimana pun , anak bongsu nampaknya kurang cergas dan kerap minta berhenti rehat.
3. Tenang dan segar badan serta fikiran apabila dapat beriadah menunggang kuda ditambah dengan melalui kehijauan hutan di Taman Rekreasi tersebut. Dapat le tidor dengan aman sikit malam ini.
4. Esok jam 11 pagi PG dan keluarga serta ibu mertua akan ke Muar atas jemputan kawan untuk makan tengahari di satu gerai kecil tetapi terkenal di Muar . Gerai ini mempunyai berpuluh-puluh lauk pauknya. Dari daging masak kawah, otak-otak, sup ekor, siput sedut, air kelapa, ikan bakar, daging bakar dan berbagai lagi. Jadi tengahari esok siap le. Nak bantai betul-betul. Dah lama ( hampir setahun ) tak ke gerai berkenaan. Nanti PG dapatkan gambar dan alamat gerai berkenaan esok untuk rujukan semua. Wow..........................
No comments:
Post a Comment