KUALA LUMPUR: Pejabat Peguam Negara akan memohon perintah agar Zamil Ahmad Murad, suspek dalam satu kes pembunuhan, dilepaskan tanpa dibebaskan kerana bukti menunjukkan tertuduh bertindak demikian kerana mempertahankan diri. Zamil, 48, seorang jurulatih skuad menembak Majlis Sukan Negeri (MSN) Terengganu, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Terengganu semalam atas tuduhan membunuh Haikar Iskandar Syed Mazhar, 34. Berita lanjut : KLIK
Penghuni Gua : Bab kes ini dari mula kejadian memang PG berpendapat kes tersebut tiada perlu ditangkap pun terhadap jurulatih ini apalagi untuk menuduhnya di mahkamah.
2. Ini kerana beliau mempertahankan diri dan hartanya. Kesalahan yang dilakukan oleh si mati selain mencuri malam hari dan melanggar / menceroboh kawasan rumah tertuduh. Jurulatih ini dibenarkan oleh undang-undang di bawah seksyen 99 / 100 Kanun keseksaan bagi mempertahan diri terhadap nyawa dan hartanya.
3. Nyawa dan harta selagi terancam beliau layak mempertahankannya. Contohnya selepas mencuri, si mati masih membawa barangan curi tersebut. walaupun sudah berada di dalam hutam yang berhampiran atau di mana pun , maknanya hartanya masih terancam. Dan ini ada hak bagi jururlatih tersebut untuk mempertahankan hartanya.
4. Sekiranya, dalam kejar mengejar di luar kawasan rumah , pencuri berkenaan kemudian membuang harta yang dicurinya itu, maka hak mempertahankan harta serta merta hilang dan tiada hak tuan punya harta untuk mempertahankannya. Kerana harta tersebut telah selamat. Begitu juga dengan keselamatan terhadap nyawa.
5. Jadi dalam kes di atas, pada pandangan PG, keputusan hari ini ,di mana Peguam Negara akan melepaskan tanpa membebaskan jurulatih ini adalah wajar dan itulah yang sepatutnya. Beliau sememangnya dibenarkan mempertahankan nyawa dan hartanya sehingga membawa kepada kematian si mati di bawah seksyen 99 dan 100 kanun keseksaan.
6. Lebih wajar , tuduhan tersebut ditarik balik terus. Itulah pun , yang difikirkan oleh Peguam Negara. Ia secara berperingkat. Dan itulah jalannya . Syabas Peguam Negara atas keperihatinan terhadap kes ini. Mungkin pihak Timbalan Pendakwa Raya Terengganu, dan Pihak Polis Terengganu terlepas pandang dalam bebarapa perkara berkaitan kes ini.
7. Apa pun , tahniah kepada Peguam Negara!
penjelasan yang tepat. beliau telah menggunakan defense of property and for life. beliau tidak wajar didakwa.
ReplyDeleteSALAM..
ReplyDeleteDUA TIGA HARI TUAH TERFIKIR TENTANG PERKARA NI.
MEMANG TUAH SOKONG BENAR USAHA PEGUAM NEGARA.
tindakan tepat oleh peguam negara.
ReplyDeletejika tertuduh dihukum,maka tidak ada keadilan buat mangsa yang terancam yang diserang.
kalau aku kat situasi begitu, aku pun akan buat benda yang sama...kecik-kecik tak mau mampus, dah besar jadi pencuri besar...
ReplyDeletetahniah kepada peguam negara atas tindakan ini...yang salah tetap salah, yang betul tetap teguh ditempatnya...
penah tngk cite Hollywood..tajuk x ingat..tp jln cite berbeza sket..tuan rumah menembak mati pencuri selepas si pencuri lari kuar dr rumah dah mencampakkan wallet milik tuan rumah..so tuan rumah telah ditangkap atas tuduhan membunuh pencuri sedangkan pada ketika itu pencuri bkn lg ancaman kepada tuan rumah tersebut.Fakta yg menarik.
ReplyDeleteSekurang2nya jd pengajaran bg yg nak jadi pencuri, penyamun atau musang serta ahli keluarganya...
ReplyDeleteSyabas YB Peguam Negara...