FOLLOWERS

Saturday 6 February 2010

MALAYAN LAW JOURNAL : MEMINDA / MENGUBAH PERTUDUHAN / PERTUKARAN YAA HAKIM !


[1995] 1 MLJ 493
Hj Ibrahim bin Wahab & Satu Yang Lain lwn Peguam Negara & Lain-lain
Case Details:

Malaysia MAHKAMAH TINGGI (KUALA LUMPUR) — PERMOHONAN
JENAYAH NO 44–42–1994 AND 44–54–1994

Judges SYED AHMAD IDID H

Date 3 NOVEMBER 1994

Citation [1995] 1 MLJ 493


Catchwords:

Acara Jenayah — Tuduhan — Pengubahan atau penambahan — Sama ada masa yang wajar adalah pada penutup kes pendakwa — Kanun Acara Jenayah (NMB Bab 6) ss 158, 173(h), (i), (j)
Acara Jenayah — Hakim — Pengunduran diri — Hakim dilantik sebagai timbalan pendakwa raya — Sama ada kes tertuduh menjadi terjejas — Sama ada hakim sepatutnya mengundurkan diri — Sama ada kes seharusnya didengar semula oleh hakim lain

Facts:

Ini adalah satu permohonan supaya hakim mahkamah sesyen, iaitu responden kedua, berundur diri daripada terus mendengar kes No 61–11–92 kerana beliau telah dilantik sebagai timbalan pendakwa raya (‘TPR’). Kedua-dua pemohon adalah tertuduh dalam kes tersebut. Hakim tersebut telah meminda tuduhan selepas kes pembelaan kepada satu tuduhan yang lebih berat. Pemohon mendakwa pindaan kepada tuduhan yang lebih berat di mana saksi-saksi akan dipanggil semula dan juga dwi-tugas responden kedua sebagai hakim dan TPR boleh menjejaskan perbicaraan mereka.

Holdings:
Diputuskan
, membenarkan kedua-dua usul:

(1) Alasan bahawa dwi-tugas responden kedua sebagai hakim dan TPR akan menjejaskan kes pemohon adalah tidak terbukti dan diketepikan.
(2) Mengikut s 158 Kanun Acara Jenayah (NMB Bab 6) (‘KAJ’), mahkamah boleh mengubah atau menambah kepada sebarang pertuduhan pada bila-bila masa sebelum diumumkan keputusan, akan tetapi adalah wajar sekiranya mahkamah berbuat demikian apabila tutupnya kes pendakwa sepertimana dinyatakan di s 173 (h), (i) dan (j) KAJ.
(3) Memandangkan keadaan kes ini di mana tuduhan dipinda kepada tuduhan yang lebih berat di mana saksi-saksi akan dipanggil semula dan ini akan memakan masa dan belanja tambahan serta kemungkinan kekeliruan akan berlaku, adalah lebih baik jika seorang hakim mahkamah sesyen lain mendengar kes No 61–11–92 de novo.

Nota

Untuk kes mengenai pindaan atau pengubahan tuduhan, lihat 5 Mallal’s Digest (4th Ed, 1994 Reissue) perenggan 615–638. Untuk kes mengenai perbicaraan semula, lihat 5 Mallal’s Digest (4th Ed, 1994 Reissue) perenggan 3100.

Untuk kes mengenai hakim, lihat 5 Mallal’s Digest (4th Ed, 1994 Reissue) perenggan 1418–1426.

Cases Referred To:
1 Albakhar v PP [1960] MLJ 247 (diikut)
2 Chong Chee Pak v PP [1948-49] MLJ Supp 45 (dibeza)
3 Empress of India v Anand Sarup [1881] 3 ILR 563 Allahabad Series (dirujuk)
4 Hassan v PP [1962] MLJ 323 (dirujuk)
5 Maleb bin Su v PP; Cheak Yoke Thong v PP [1984] 1 MLJ 311 (dirujuk)
6 Oh Keng Seng v PP [1976] 1 MLJ 143 (dirujuk)
7 Ong Boon Siang & Ors v R [1961] MLJ 4 (dirujuk)
8 PP v Goh Chooi Guan [1978] 2 MLJ 169 (dirujuk)
9 PP v Kulasingam [1974] 2 MLJ 26 (dirujuk)
10 PP v Salamah bte Abdullah; PP v Ong Eng Kiat [1947] MLJ 178 (diikut)
11 PP v Tan Kim Kang & Ors [1962] MLJ 388 (diikut)

Judgment:
Syed Ahmad Idid H:

Section #1

Kedua orang pemohon, melalui notis usul masing-masing, telah minta supaya Mahkamah Tinggi perintah hakim mahkamah sesyen (iaitu responden kedua) berundur diri (disqualify himself) dari terus mendengar kes No 61–11–92. Kedua-dua orang pemohon adalah tertuduh dalam kes tersebut dan mereka cadang dibicarakan semula (de novo) oleh seorang hakim mahkamah sesyen lain.

Kes telah dibicarakan sehingga 3 dan 4 Januari 1994 dan hujah-hujah bertulis telah dikemukakan selepas beberapa orang saksi telah memberi keterangan.

Kedua-dua pemohon telah dituduh melakukan kesalahan di bawah s 4(c) Akta Pencegah Rasuah 1961. Pemohon pertama telah mengemukakan notis usulnya pada 17 September dan pemohon kedua (iaitu tertuduh pertama dalam kes di mahkamah sesyen) cuma buat serupa pada 27 Oktober 1994. Tuan timbalan pendakwa raya telah memberitahu mahkamah ini bahawa pemohon pertama telah membuat permohonan WPPJ44–27–94 yang agak sama dan telah diperintah bahawa permohonan berkenaan ditolak pada 21 Julai 1994. Saya menerima alasan Encik Fernando bahawa keadaan masa ini telah berubah dari waktu itu dan permohonan ini tidak menjejaskan kewibawaan mahkamah itu. Untuk masalah ini, kedua-dua permohonan sekarang adalah didengar sekali gus dan keputusan diberi serentak.

Di antara 30 Ogos dan dan 7 September 1994, selepas kes pembelaan (at close of defence), hakim tersebut telah meminda tuduhan kepada s 420 Kanun Keseksaan (NMB Bab 45) (‘Penal Code’) iaitu menipu. Afidavit pemohon kedua di perenggan 7–15 dirujuk.

Hakim yang berkenaan telah dilantik sebagai timbalan pendakwa raya pada 2 Februari 1994 dan justeru itu beliau bukan lagi berkhidmat di mahkamah atau kehakiman. Pada 10 September 1994, hakim berkenaan telah dipohon menarik diri dari mendengar kes tetapi beliau tidak bersetuju berbuat demikian. Hakim mahkamah sesyen tersebut belum membuat keputusan atas tuduhan terhadap pemohon-pemohon.

Section #2

Mengikut s 158 Kanun Acara Jenayah (NMB Bab 6) (‘KAJ’), mana-mana juga mahkamah bolehlah mengubah atau menambah kepada sebarang pertuduhan pada bila-bila masa sebelum diumumkan keputusan. Perkara ini telah dihujah oleh tuan timbalan pendakwa raya.

Terlebih dahulu, saya ingin mengatakan bahawa saya faham adakalanya perkhidmatan kehakiman dan perundangan memerlukan pertukaran pegawai dengan serta-merta, tetapi bagaimanapun, saya mestilah memutuskan di antara perkhidmatan dan undang-undang, undang-undang mestilah diutamakan dan mengatasi lain-lain kepentingan. Betapa baiknya jika hakim tersebut dikekalkan sehingga perbicaraan itu berakhir dengan adanya satu keputusan tetapi apa boleh buat bagai buah keras di dalam sekul, Maleb bin Su v PP; Cheak Yoke Thong v PP [1984] 1 MLJ 311. Lihat juga Magistrates’ Court Handbook (1994, MLJ) di ms 4 dan 5.

Di antara unsur-unsur yang dipertikaikan ialah keputusan hakim yang dibuat selepas kes pembelaan, dan pertuduhan baru adalah lebih berat dan ada kemungkinan semua saksi akan dipanggil semula. Encik Fernando kata perkara ini mungkin dijadikan bahan rayuan.

Sepertimana diperkatakan oleh Hashim H dalam kes PP v Tan Kim Kang & Ors [1962] MLJ 388, ‘This should have been a simple and straightforward case if it had not been for the vacillations … and the peculiar way it was handled by the court’. Dalam kes tersebut, nasihat Hashim H itu sedang tepat sungguh pun sudah tiga abad berlalu:

I would like to comment on the powers of the court under s 158 of the Criminal Procedure Code. Section 158 of the Criminal Procedure Code empowers a court to ‘alter or add to any charge at any time before judgment is pronounced’. It is permissible under that section to alter the charge after the defence has been called but it is a course which should be adopted only with great caution. I think a safer and better course would be to follow the provisions of s 173(h), (i) and (j) of the Criminal Procedure Code. It is quite clear from these three sub-sections that a president or a magistrate should make any alteration or amendment to the charge only at the close of the case for the prosecution.

Mengikut ‘Observations as to the alteration of charges’ dalam PP v Salamah bte Abdullah dan PP v Ong Eng Kiat [1947] MLJ 178: ‘The alteration of a charge after the close of the defence should not be prejudicial to the accused’. Dalam kes yang sama, Taylor J berkata:

Now the proper time to amend a charge is at the close of the prosecution. This is expressly provided by s 173(h) of the Code which, indeed, not merely authorizes but positively requires the court to consider the charge at that stage and, if necessary, amend it.

Section #3

Lazimnya, jika ‘evidence was insufficient to show that [the accused had committed the offence] he should not be called to enter upon his defence’, Albakhar v PP [1960] MLJ 247.

Chong Chee Pak v PP [1948–49] MLJ Supp 45 must be distinguished as there ‘the conviction was on an offence unknown to law’ per Callow J. Di sini keputusan adalah pindaan dari Akta Pencegah Rasuah 1961 (hukuman: lima tahun) kepada s 420 Kanun Keseksaan (NMB Bab 45) (hukuman: sepuluh tahun).

Sepertimana yang berlaku dalam kes ini, ‘It was not an amendment but a substitution and further, it was the substitution of a much more serious charge’.

Jika hakim telah membuat demikian, saya tidak dapat bersetuju bahawa itu adalah tindakan yang wajar. Seterusnya, apabila tuduhan baru timbul, itu tentu menarik kuasa di bawah s 160 [KAJ] , iaitu ‘Mahkamah bolehlah memerintah … perbicaraan yang baharu …’.

Dan ‘the defence should be accorded the right to recall [the prosecution witnesses] unless the application was frivolous or vexatious, otherwise it would occasion a failure of justice’: Hassan v PP [1962] MLJ 323 at p 324; Ong Boon Siang & Ors v R[1961] MLJ 4.

Section #4

The applicant is fearful that if Mr Stanley Augustin acts in two roles of deputy public prosecutor and sessions court judge, ‘saya mungkin tidak akan dapat suatu perbicaraan yang adil dan saksama’. Cuma atas alasan ini tidak ada bukti langsung dan saya mengetepikannya. Saya juga ambil kira keputusan-keputusan dalam PP v Kulasingam [1974] 2 MLJ 26; Oh Keng Seng v PP [1976] 1 MLJ 143; PP v Goh Chooi Guan [1978] 2 MLJ 169 dan Empress of India v Anand Sarup (1881) 3 ILR 563 Allahabad Series.

Tetapi oleh kerana keadaan ‘substitution of a charge to one of a more serious nature’ telah berlaku, bertambah pula pemohon-pemohon dituduh melakukan jenayah yang lebih berat maka saksi-saksi akan dipanggil semula (s 162 KAJ) maka itu tentu akan memakan masa dan tambah belanja, tidak kira selanjutnya kemungkinan kekeliruan akan berlaku, maka saya berpendapat lebih baik jika seorang hakim mahkamah sesyen lain mendengar kes No 61–11–92 de novo dan dengan itu kedua-dua usul dibenarkan (both applications are granted). Berikutan itu, kedua-dua orang pemohon akan terus menghadap pertuduhan yang sesuai yang diputuskan oleh Pendakwa Raya dan perbicaraan tersebut elok dimulai dan diselesaikan dalam tiga sehingga lima bulan dari sekarang.

Saya berharap mahkamah rendah akan menerima iktibar dari keputusan ini dan cuma buat pindaan kepada pertuduhan, jika perlu, mengikut s 173(h) di akhir kes pendakwaan, iaitu apabila pendakwa tutup kesnya (only amend the charge(s) at close of the prosecution). Ini juga tugas pegawai pendakwa atau timbalan pendakwa raya oleh sebab mereka itu bertanggungjawab atas pertuduhan-pertuduhan yang mereka pilih. Sila lihat s 152(5) dan s 172 KAJ.

Diperintah sewajarnya.

[1995] 1 MLJ 498 - Lim Nyook Yin v Ultratech Sdn Bhd & Anor

Penghuni Gua : Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar dalam memahami sistem keadilan jenayah negara. Ia juga ada kaitan dengan perbicaraan liwat DSAI sekarang. Dalam kes ini ia menyentuh kes pertukaran YAA Hakim dan perubahan dan mengubah/ meminda pertuduhan. Tq

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR