KUALA LUMPUR - Ketua Imam 1 Masjid Al-Ikhlasiah, Kampung Kerinchi di sini semalam memfailkan saman menuntut ganti rugi RM5 juta daripada Persatuan Penduduk Taman Desa Kerinchi dan pengerusi persatuan itu atas dakwaan memfitnah dirinya sebagai individu yang telah menyalahgunakan kuasa serta orang yang bermasalah dalam kariah tersebut.
Mohamad Afandi Che Harun, 33, memfailkan writ saman itu di Kaunter Pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil di sini pada 3 petang menerusi firma Tetuan Yusma Azlin & Co.
Penghuni Gua : Dunia dah akhir zaman. Imam boleh berkelahi dan saman menyaman dengan kariah!!!!
2. Mana ajaran islam yang diamalkan dan dicakap hari-hari mengenai persahabatan dan perdamaian. Mana kaedah islam yang digembar gemburkan. Pakai dan gunakanlah.
3. Sebab itu , semalam pun PG ada tulis mengenai siapa yang patut kita contohi. Ini berkaitan juga. Sebab itulah selalu PG cakapkan. Bercakap dan mengatakan orang lain tidak islam dan tidak ikut hukum islam memang sedap dan senang. Bila bab amalan dan praktisnya, habok pun tak ada.
4. Kalau orang semuanya tidak islam, hukum kafir le, bukan ahli syurgalah, wala, dan berbagai lagi terminologi lah digunakan untuk sedapkan bercakap dan membenarkan serta menengakkan hujah masing-masing. Akhirnya , hampas semuanya.
5. Pada PG, Kita ikut cara kita. Ikut yang mak bapak kita telah ajar dan didik kita. Harapkan mereka ini, hmmmmmmmmmmmmmmmm. Cakap bolehlah. Bab rumput pun boleh bergaduh, bab perselisihan mazhab pun dua pensyarah di UKM boleh sampai saman menyama di mahkamah dan banyak lagilah contoh yang lain.
6. Cakap boleh le. Amalannya hampas.
Assalaamu 'alaikum sdra PG & yang melayari blog ini,
ReplyDelete1 Bagi perhatian umat Muslim ... ini antara contoh kes straight-forward amalan SEKULARISME; iaitu ideologi yang memisahkan agama [hukum syara']; ideologi yang TIDAK MENJADI SYARIAT sistem bagi mengatur urusan kehidupan.
2 Ketika seseorang Muslim melakukan ibadah mahdhah [ibadah khusus spt solat, puasa, zakat, zikir, haji dll], dia lakukannya atas dasar akidah; iaitu keimanan bahawa semuanya adalah untuk mentaati perintah & larangan Allah, dngan berpegang teguh kepada ketetapan-ketetapan-Nya.
3 Namun, di dalam urusan kehidupan [spt undang-undang & peradilan, muamalat, jenayah dll], hukum lslam - yang berupa ketetapan-ketetapan Allah - sudah TIDAK dijadikan hakim [pemutus]. Ke mana umat lslam berpaling? Kepada hukum sivil - hukum buatan manusia, yang diprodukkan di dewan legislatif.
4 Kalau dia yakin percaya terhadap hukum-hukum yang BUKAN daripada Allah itu kerana ignoren [ketidaktahuan], dia fasiq/zalim. Tapi, jika dia yakin dengan iktiqad bahawa hukum Allah itu benar, tetapi sengaja menolaknya, ketika itu juga akidahnya berada di dalam ancaman kekufuran. Na'uzubillah.
Firman Allah [makadudnya], "Maka, demi Tuhanmu [wahai Muhammad], mereka [pada hakikatnya] tidak beriman sehingga mereka menjadikan engkau hakim [pembuat keputusan] dalam apa jua perselisihan yang timbul di antara mereka, kemudian mereka pula tidak merasa di hati mereka sedikit pun keberatan terhadap apa yang telah engkau putuskan, dan mereka menerima keputusan itu dengan sepenuhnya" [al-Quran, an-Nisaa' (4): 65].
5 Demikianlah, apabila syariat tidak ditegakkan sebagai sistem kehidupan, maka umat Muslim tiada tempat untuk menyelamat dan melindungi akidahnya', selain berpaling ke arah hukum thaghut.
6 Marilah kita bergerak ke arah mendaulatkan syariat melalui penegakan Daulah Khilafah.
Wallahu a'lam.