FOLLOWERS

Showing posts with label BAJET / PERMATA. Show all posts
Showing posts with label BAJET / PERMATA. Show all posts

Monday, 18 October 2010

PERMATA NEGARA : ELEH....... ASYIK NAK KRITIK AJE !!!!!!



Hadi kritik PERMATA Rosmah
Okt 18, 10 12:37pm


Peruntukan besar sebanyak RM111 juta kepada Pusat Anak Permata Negara (PERMATA) yang dinaungi Rosmah Mansor disifatkan PAS sebagai tidak masuk akal kerana ia didakwa hanya melibatkan segelintir pihak.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, fokus kerajaan telah tersasar memandangkan pusat itu juga masih di peringkat percubaan.

Anggota parlimen Marang itu juga membandingkan peruntukan kepada PERMATA berbanding usaha bagi meningkatkan taraf Orang Asli dan pribumi yang diberikan RM100 juta, manakala sekolah agama rakyat pula diberikan hanya RM95 juta.

Penghuni Gua : Asyik nak kritik aje. Cadangan balas tak ada pulak. Dulu mereka kritik kononnya apa jawatan Rosmah sehingga PM berikan peruntukkan berjuta untuk PERMATA. Dikatanya Rosmah cuba mengambil alih peranan Sharizat.

2. Pada PG , senang aje nak jawab kritikan TGHH dan puak-puak ini. Pertamanya mengapa PERMATA mendapat RM 111 juta berbanding SAR. ini kerana PERMATA baru diujudkan dan tiada prasarana lagi. Berbanding dengan SAR dan orang Asli. Asasnya dah ada. Dan setiap tahun ada peruntukkan mengenainya di dalam bajet di samping bantuan-bantuan lain yang diberikan dari masa ke semasa.

3. Apa salahnya dengan PERMATA. Ia adalah untuk anak-anak pintar terpileh. Untuk semua kaum. Mungkin tak ramai yang dapat memasuki permata tetapi itu dalam jangka pendek. Dalam jangka panjang jumlah ini akan bertambah.

4. Tak kiralah idea nak tubuhkan sesuatu rancangan itu dari sesiapa. Kalau ianya baik untuk rakyat negara ini apa masalahnya. Kalau PERMATA dan Rosmah dikatakan nak ambil alih peranan Sharizat pun apa isunya. Ada Shairzat pun macam tak ada juga. Buat perabih ke beras aje. Timbul isu , baru terkinja-kinja nak gubal undang-undang itu , undang-undang ini. Lepas tu, habok pun tak ada.

5. Apa pun tahniah kepada PM atas peruntukkan kepada PERMATA, orang Asli dan Pribumi. Nak bagi sama peruntukkan untuk semua mana boleh. Mesti ada yang dapat lebih dan yang dapat kirang. Adil bukan sama. Tetapi adil ialah meletakkan sesuatu di tempatnya.

Nota : MRSM dan berbagai perkara lagi pun contoh seperti Putra Jaya, MSC, Lebuhraya PLUS, Jambatan Pulau Pinang. Proton, Daya Bumi, KLCC dan sebagainya : kalau kita imbas sejarahnya , jangan ceritalah.

Cakap! Apa yang pembangkang tak cerca Tun Mahathir mengenai perkara di atas. Semuanya dikritik. Akhirnya dengan muka tak malu mereka juga yang lebih nak masukkan ank mereka ke MRSM, nak keraja di Putra Jaya dan sebagainya. Dengan lahapnya mereka ini menjilat ludah mereka semula. Mereka ini hanya pandai kritik, tetapi idea sendiri habok pun tak ada !!!! Asyik car islam itu ini, tetapi hanya beri konsep aje. Yang ada hanya dinar kelantan. Itu pun ciplak idea Tun Mahathir yang mereka hina dulu!!! Tak gitu ?

PETA PELAYAR