FOLLOWERS

Showing posts with label DEMO HARAM / KEMALANGAN / GMI. Show all posts
Showing posts with label DEMO HARAM / KEMALANGAN / GMI. Show all posts

Sunday, 2 August 2009

DEMO ISA : 2 LUMPUH KEMALANGAN !


Penghuni Gua : Dua orang anggota Unit Amal PAS Pulau Pinang ( kira-kiranya macam Unit Tindakan Khas PDRM lah lebih kurangnya ), terlantar lumpuh separuh badan. Adakah salah ibu mengandung.?

2. Tidak ! Bukan salah ibu mengandung. Salah pemimpin yang menghasut mereka ini hingga bersemangat dan tidak berfikir panjang meninggalkan anak bini dan ingin membuat onar di Kuala Lumpur dengan berdemo haram.

3. Dalam keadaan ini, siapa yang akan membantu anda semua jika ia terjadi kepada anda? Adakah PAS , PKR atau DAP akan bantu. Kalau bantu berapa banyak wang yang boleh mereka bantu untuk makan minum dan sekolah anak-anak anda dan sebagainya. Juga berapa lama? Bagaimana kaeadah bayarannya. Adakah tiap bulan dan selama berapa tahun.

4. Adakah cukup dengan hanya solat hajat dan doa pemimpin PAS atau PKR dan muka sedih pemimpin DAP ini boleh memberi makan anak isteri anda, untuk perubatan anda dan isteri anda dan sebagainya?

5. Ambil lah ikhtibar dari kejadian ini. Tak ada orang atau parti seperti PAS atau PKR atau DAP yang kan membangtu anda semua jika jadi begini. Sebelum berlaku memang ! Bintang pemimpin PAS dan PKR katakan boleh diberi kepada anda. Dalam keadaan sekarang minta maaf lah. Paling lama pun dalam sebulan ini orang ingat lah. Dapat lah RM 10k ke RM 20 K. Itu pun dah kira nasib baik.

6. Kemudian semuanya lupa. Isteri yang menjeruk rasa kerana kerap ditinggalkan disebabkan suami siang malam mendengar ceramah dan berdemo haram merata tempat : isterimitulah dan anak-anak itulah yang akan bersengkang mata dan tak kering keringat membanting tulang untuk menaggung anda semua sehingga ke akhir hayat.

7. Siapa yang bersalah? Pemimpin mereka inilah yang menghasut mereka ini. Mereka ini bukannya tinggi sangat pelajarannya. Hanya semangat. Dibakar semangat oleh pemimpin mereka sangguplah buat apa saja kerana mengharapkan pahala dan syurga. Akhirnya hapah pun tak ada.

8. Kepada kita semua: ambil lah ikhtibar dari kejadian ini. Mungkin ada sesuatu yang Allah ingin sampaikan kepada kita. Itupun kalau kita mahu berfikir lebih sikit.

9. Kepada 2 mangsa kemalangan tersebut : semuga kelumpuhan anda itu boleh dipulihkan. PG pun tak mampu nak bantu apa-apa. jauh lagi nak berjanji akan bantu. Yang sahnya PG boleh berdoa ajelah untuk kesihatan anda berdua. Amin.

PETA PELAYAR