FOLLOWERS

Sunday, 2 August 2009

DEMO ISA : 2 LUMPUH KEMALANGAN !


Penghuni Gua : Dua orang anggota Unit Amal PAS Pulau Pinang ( kira-kiranya macam Unit Tindakan Khas PDRM lah lebih kurangnya ), terlantar lumpuh separuh badan. Adakah salah ibu mengandung.?

2. Tidak ! Bukan salah ibu mengandung. Salah pemimpin yang menghasut mereka ini hingga bersemangat dan tidak berfikir panjang meninggalkan anak bini dan ingin membuat onar di Kuala Lumpur dengan berdemo haram.

3. Dalam keadaan ini, siapa yang akan membantu anda semua jika ia terjadi kepada anda? Adakah PAS , PKR atau DAP akan bantu. Kalau bantu berapa banyak wang yang boleh mereka bantu untuk makan minum dan sekolah anak-anak anda dan sebagainya. Juga berapa lama? Bagaimana kaeadah bayarannya. Adakah tiap bulan dan selama berapa tahun.

4. Adakah cukup dengan hanya solat hajat dan doa pemimpin PAS atau PKR dan muka sedih pemimpin DAP ini boleh memberi makan anak isteri anda, untuk perubatan anda dan isteri anda dan sebagainya?

5. Ambil lah ikhtibar dari kejadian ini. Tak ada orang atau parti seperti PAS atau PKR atau DAP yang kan membangtu anda semua jika jadi begini. Sebelum berlaku memang ! Bintang pemimpin PAS dan PKR katakan boleh diberi kepada anda. Dalam keadaan sekarang minta maaf lah. Paling lama pun dalam sebulan ini orang ingat lah. Dapat lah RM 10k ke RM 20 K. Itu pun dah kira nasib baik.

6. Kemudian semuanya lupa. Isteri yang menjeruk rasa kerana kerap ditinggalkan disebabkan suami siang malam mendengar ceramah dan berdemo haram merata tempat : isterimitulah dan anak-anak itulah yang akan bersengkang mata dan tak kering keringat membanting tulang untuk menaggung anda semua sehingga ke akhir hayat.

7. Siapa yang bersalah? Pemimpin mereka inilah yang menghasut mereka ini. Mereka ini bukannya tinggi sangat pelajarannya. Hanya semangat. Dibakar semangat oleh pemimpin mereka sangguplah buat apa saja kerana mengharapkan pahala dan syurga. Akhirnya hapah pun tak ada.

8. Kepada kita semua: ambil lah ikhtibar dari kejadian ini. Mungkin ada sesuatu yang Allah ingin sampaikan kepada kita. Itupun kalau kita mahu berfikir lebih sikit.

9. Kepada 2 mangsa kemalangan tersebut : semuga kelumpuhan anda itu boleh dipulihkan. PG pun tak mampu nak bantu apa-apa. jauh lagi nak berjanji akan bantu. Yang sahnya PG boleh berdoa ajelah untuk kesihatan anda berdua. Amin.

8 comments:

  1. salam sdr PG

    ini semua takdir Allah mungkin kalau dia selamat di situ dia akan lumpuh dalam masa berdemo maka lain kuat suara kumpulan ini...

    cuma Allah nak tunjuk kepada empunya badan sendiri macam mana pemimpin pusat PR mengambil tahu pasal kenajikan mereka...

    mungkin lepas ni mereka akan sedar mereka tersilap buat keputusan selama ni...'


    salam

    ReplyDelete
  2. SLM BRO..BIARKAN AJE..GUAN ENG KN ADE..HJ HADI PUN ADE..INI SEMUA IDEA DIORANG GAK..TU LA NAK BELAGAK SGT!..KONON2 NK TUNJUK TERER. BILA JD MCM NI CARI LA HJ HADI!..SUH DIORANG TANGGUNGJWB LA!. JGN MENYUSAHKAN ORG LAIN PULAK!..BALA CARI SENDIRI!! BUAT BENDA X BERFAEDAH SAPE SURUH??

    ReplyDelete
  3. salam bro,
    Takziah buat mereka.
    Bukan salah ibu mengandung,
    Salah bapak tak pakai sarung.
    huhuhu

    ReplyDelete
  4. Aadakah wang ringgit kalang-ganti anggota nikmat Tuhan? Kalau wang pun adakah nilainya serupa? Bagaimana hendak menilai sakit atau azab? Boleh disetarakan dengan wang ringgit?

    Berfatwalah dahulu sebelum benarkan bas ekspress itu terbalik. Kalau jumpa fatwa tersebut, barulah naik di Pulau Pinang dan turun di Keh El.

    Kerana tidak terjumpa fatwanyalah maka turun bertegzabo terburai di Bukit Beruntung.

    Apa keberuntungan mu wahai balaci DAP.

    ReplyDelete
  5. salam,

    nik aziz akan kata, banyak pahala tu atau kalau mati lepas ni kira syahid la tu. emm...mati syahid lawan ulul amri? apa-apapun kami penyokong kerajaan tak akan mendoakan yang buruk untuk mereka malah kami doakan anda berdua sihat seperti sedia kala.amin.

    ReplyDelete
  6. Tu bala namanya. Tak perasan lagi ker...??? Tuhan tak suka... Ingat.

    ReplyDelete
  7. Dari pada jatuh lumpuh panjat pokok...

    Paling kurang musibah melanda dengan tujuan baik.. Nak hapus kezaliman ISA.

    Sapa kat sini kata ISA tak zalim.. sila angkat tangan???

    ReplyDelete
  8. mana ustat ayaq jampi yang boleh menyembuhkan segalanya?

    ReplyDelete

PETA PELAYAR