FOLLOWERS

Thursday, 27 August 2009

IDRIS JALA DILANTIK MENTERI DI JPM : TAHNIAH !


Malaysiakini


Idris Jala dilantik menteri di JPM
Ogos 27, 09 5:58pm


Ketua Pegawai Eksekutif Penerbangan Malaysia (MAS), Datuk Idris Jala telah dilantik sebagai menteri di Jabatan Perdana Menteri.


Beliau ditugaskan menyelia pelaksanaan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dan akan melaporkan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

Idris juga dilantik sebagai ketua pegawai eksekutif Unit Penyampaian dan Prestasi Pengurusan (PEMANDU).Pelantikan Idris diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selepas diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Dr Koh akan meneruskan tugas merangka dan melaksanakan keseluruhan dasar dan strategi berhubung pengurusan prestasi dan pembaharuan organisasi dengan fokus khusus kepada N-KRA . Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : PG mengucapkan setinggi tahniah kepada CEO MAS kerana dilantik sebagai menteri di JPM.

2. Perlantikan ini adalah satu perlantikan yang amat tepat. Cuma PG berpendapat lebih tepat lagi Idris Jala ini menjaga NKRA dan Koh Tsu koon , lebih sesuai menjaga KPI dan Tan Sri Koh juga sepetutnya yang melapurkan KPI kepada Dato Idris Jala bukan sebaliknya.

3. KPI dbawah Tan Sri Koh tak pernah berjalan. Sekali ketuk sekali berjalan sehingga semuanya PM yang lakukan sendiri. Sudah setahun PM arahkan KPI dibuat dan sepetutnya penilaian KPI dilaksanakan pada bulan Dis 2009. Hampas pun tak bergerak. Dr Koh masih tidor dan asyik sibok minta pemimpin melayu minta maaf dan asyik sibok meminta kerajaan mengampunkan pemimpin parti kominis Malaya Chin Peng.

4. Bab itu Koh Tsu Koon amat pandai. Yang lain tidor.

5. Juga PM sepatutnya meletakkan juga kementerian pengangkutan di bawah Dato Idris Jala . Dengan lain perkataan biar Dato Idris memegang 2 kementerian sekaligus. Harapkan Menteri Pengangkutan buang masa aje. Bergaduh bersama dengan pemimpin MCA pandai le dia, cakap perli orang, kedarah RM 10 juta dan menunjukkan ia bersih seperti malaikat : ini kepandaian Ong Tee Keat.

6. Jadi ada baiknya kemeterian pengangkutan diletak dibawah Dato Idris Jala . lagi pun beliau memang dari MAS dan ada kena mengena dengan Kementerian Pengangkutan. Jadi daripada PM berabihkan duit bayar gaji 2 Menteri yang tak buat kerja , adalah lebih baik digantikan dengan Dato Idris Jala ini. Ada juga faedahnya. Bercakap kurang kerja lebih. Dato Idris ini lebih action dari bercakap.

7. Berbangga lah rakyat Sabah dan Sarawak. Pemimpin anda kerap ke depan dalam membantu kerajaan dalam setiap kali krisis dan terbukti kejayaannya.

8. Ops! !!!!Seorang lagi menteri yang patut diganti : Menteri pembangunan Wanita dan keluarga.

2 comments:

  1. Assalamu Alaikum Saudara PG, saya lama tidak mengikuti isu isu sansasi dalaman persekitaran yang berlaku sejak sebelum puasa lagi. sekali kali kami ikuti perkembangan berlaku yang dikeluarkan oleh suadara PG. Syabas kepada PG dan rakan2 budiman yang mengengahkan pandang tanpa yang bebas tanpa ikatan ada baiknya pembaca seronok menilai sendiri mana yang benar dan salah demi kebaikan masyarakat kita yang budiman dan perihatin.

    Saya seronok juga melihat seorang yang dilahirkan ditengah tengah Kepulauan Borneo dari Bumi kenyalang baru di Lantik menjadi Menteri di JPM, YB Dato Idirs Jala CEO MAS. Peranan yang penting dipertanggungjawab bersama YB Koh Su Koon menjaga Portfolio KPI Menteri kalau tidak silap saya.

    Syabas suadara Idris Jala. sekurang-kurangnya ada juga lah wakil Masyarakat dari kalangan suku kaum Orang Ulu di tengah Bumi kenyalang diberi kepercayaan menjawat jawatan penting diberi amanah dan tugas penting dalam Kerajaan Pusat dibawah Kepimpinan Perdana Menteri kali ini.

    Lagi pun Saudara Idris Jala mempunyai rekod kerja dan berpengalaman luas dalam tatacara pengurusan dan pentadbiran dalam bidang pengangkutan MAS yang diterajui beliau sebelum ini.Mungkinkah perlantikan beliau itu diletakan pada masanya dan ketikanya yang tepat untuk dapat membantu Kerajaan memantau KPI yang lebih berkesan lagi.

    Syabas dan tahniah diucapkan kepada saudara YB Idris Jala semoga menjalankan tugas dan amanah untuk negara tercinta tanpa memikirkan saat dan masa kerana kepentingan Negara lebih diutamakan demi kepentingan masyarakat dengan berbilang adat resam serta anutan agama dan kepercayaan mereka dibawah Penjagaan dan Perlindungan Yang Teramat Mulia Tuanku Agong termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

    Salam dan tahniah kami kepada saudara PG dan rakan yang telah bertungkus rumus bekerja siang malam demi menyusun maklumat terkini kepada masyarakat budiman demi kepentingan negara jua.

    Wassalamu Alaiamkum.Wrt. Wbh.

    Salam Hormat Dari;

    Rainbow Banjaran Croker & Titiwangsa



    A

    ReplyDelete
  2. Koh Tsu Koon mmg x boleh pakai punya... Masa PRK pun x byk membantu...

    eXception - Bukan Sekadar Blog Picisan

    ReplyDelete

PETA PELAYAR