
Penghuni Gua : Sedikit kisah perangai seorang doktor kerajaan yang bertugas di hospital Putra Jaya dalam menangani epidemik Selsema babi ini.
2. Pada 6 ogos 2009 jam 6 petang, seorang kawan PG telah membawa anak-anak beliau yang sakit demam. batuk dan selsema seramai 3 orang ke klinik kesihatan Presint 9., Putra Jaya.
3. Apa yang PG nak kisahkan ialah, semasa sahabat PG menuggu giliran untuk berjumpa Doktor di Klinik berkenaan, sahabat PG ini telah melihat bagaimana seorang Ibu ( berbangsa Cina ) yang membawa anaknya bagi pemeriksaan selsema babi telah dimarah dengan bahasa yang tinggi oleh doktor bertugas.
4. Puncanya apabila doktor ini bertanya perempuan cina ini sudah berapa lama anaknya deman, perempuan cina ini menjawab baru satu hari anaknya mengalami demam dan selsema serta batuk. Perempuan ini terus dimarahi dan doktor bertugas tersebut berkata ini bukan H1N1 tetapi demam biasa. Kalau selepas 5 hari barulah datang buat pemeriksaan. Selepas di marah perempuan ini beredar pulang dengan muka yang hampa dengan sikap biadap doktor bertugas tersebut.
5. Sahabat PG yang melihat dan mendengar kisah ini terus beredar pulang. Jika beliau menunggu dan berjumpa doktor ini, mungkin berlaku pertengkaran kerana kebiadapan doktor berkenaan. Sahabat PG ini orangnya garang juga.
6. Jadi inilah sikap sebahagian doktor yang ada di Malaysia , yang mana telah dan akan merosakkan nama dan profesion kedoktoran.
7. Kalau sudah demam 5 hari , barulah disuroh datang buat pmeriksaan, maka PG rasakan dari penerangan ketua pengarah kesihatan di TV tempoh hari, maka kanak-kanak berkenaan sudah menjadi mayat. Sukar sangatkah untuk membuat pemeriksaan dan saringan? Inilah mungkin mengapa wabak ini masih belum selesai dan makin merebak agaknya.
8. Seperti kata Ketua Pengarah Kesihatan tempoh hari, ada doktor yang tidak faham , kerana mereka tiada komputer dan malas membaca arahan ( SOP ) bagi menangani wabak ini yang dikeluarkan oleh kementerian kesihatan Malaysia. Mungkin doktor ini salah seorang kot.
9. Ambil tindakan kepada Dr yanag biadap dan tidak berbahasa ini. Tukar dan gantikan dengan Dr yang lebih cerdik daan berbahasa serta mahir dalam menangani H1N1.

Dalam cerita, tempat kejadian ialah di Klinik Kesihatan, Presint 9 Putrajaya.
ReplyDeleteDalam tajuk cerita, Hospital Putrajaya.
Yang mana satu benar sebab dua tempat tersebut berlainan sekali. Untuk makluman, ada 1 Hospital di Putrajaya yang terletak di Presint 7, I pejabat Kesihatan di Presint 11 dan 1 Klinik Kesihatan di Presint 9.
Si tukang lapor kenalah hati hati, tempat kejadian kenalah tepat, sebab silap silap, orang yang tak bersalah menjadi mangsa!
Baru ini saya, yang mengidap Darah tinggi diserang Vertigo, pergi hospital, terdapat demam sikit. Tetapi Dr telah mengambil darah, cek jantung dan dapati semua OK, diberi ubatan dan minta pulang.
ReplyDeleteDua hari kemudian anak saya demam, lesu, dan sore throat. Bawa ka hospital, kali ini dia hanya di beri Paracetamol dan ubat batuk dan diminta pulang, tanpa apa2 ujian..
Demam tiga hari, hilang selera, lemah dan batuk berterusan hingga 12hari..keadaan begini amat mencemaskan kerana kita tidak ada kepakaran untuk mengesahkan apakah flu biasa atau sebaliknya.
Saya ingin cadangkan kiranya pihak Kesihatan dapat mengambil langkah sewajarnya membuka counter2 segera (mobile) khusus bagi tujuan untuk pemeriksaan kes kes flu sahaja agar tidak bercampur dengan pesakit lain sebagai satu langkah pencegahan merebaknya H1N1?
Ibu
Kenal pasti doktor berkenaan. Siasat dan jika benar sokong pihak hospital mengambil tindakan.
ReplyDeletesalam bro,
ReplyDeleteHarap-harap Dr tu dijangkiti H1N1. Kacik-kecik tak nak mampus, dah jadi doktor menyusahkan orang. ....hehehe
TQ ANAK BUKIT GANTANG. KESILAPAN DIKESALI. TEMPAT SEBENAR PRESINT 9
ReplyDeletekita pun kena baru2 ni... benci doktor perempuan kt kk presint 9 tu..
ReplyDeletekita sakit mata ada bengkak dlm mata..
dia ckp xperlu mc sbb bukan sakit mata yg berjangkit.. bukan kita nk mc, tapi tgkla betul2 apa sebenarnya.. dia ckp ketumbil biasa..
makin hari mata kita makin sakit..
berdenyut2 jadinya..
skrg mata kita dh naik bisul..
bengkak semacam je.. geram!!
Elehh.ketumbit pun nak bising.. Apa daa.. Nk MC x dpt la tu!!
ReplyDelete