FOLLOWERS

Sunday 9 August 2009

HUDUD PAS : PAS BERANI BUAT SAMBUTAN HUDUD SAHAJA !




Penghuni Gua : Sudah-sudahlah menjadi munafik wahai PAS dan pemimpinnya. Naik menyampah mendengar dan melihat omongan kosong hudud PAS ini.

2. Apalah sangat nak buat sambutan. Atau sekarang PAS hanya berani buat sambutan hari hudud sahaja? Disamping itu menyalahkan kerajaan persekutuan di atas kegagalan laksanakan hudud? Di Selangor dan di Kedah mengapa tak luluskan undang-undang hudud sekarang?

3. Terutama Kedah. Cadangan PG agar kerajaan PAS Kedah lukuskan satu perundangan hudud Kedah mulai sekarang. Samada boleh dilaksanakan atau tidak kerana kekangan soal lain. Jika ikhlas gubal satu undang-undang syariah islam berdasar hudud di Kedah. Berani ke PAS buatnya sekarang.

4. Jawapannya tidak sekali. Mereka hanya berani buat sambutan sahaja dan memutarbelitkan fakta. Mereka takut kepada PKR dan DAP. Buat sambutan hanya sekadar nak menunjukkan kepada penyokong tegar mereka bahawa PAS masih perjuangkan hudud setelah PAS tidak berani menyebutnya secara terus terang lagi sekarang diceramah0-ceramah politik mereka bahawa mereka akan laksanakan hudud jika memerintah.

5. PAS tetap pengecut. Sambutan ini hanya sebagai helah. Jika ikhlas juga di cadangkan PAS mulai sekarang nyatakan dengan jelas di dalam ceramah-ceramah mereka bahawa PAS dan kerajaan PR akan akan laksanakan hudud jika mengambil alih kerajaan pada PRU13. Beranikah PAS mengucapkan sedemikian. Tidak : mereka ini pelacur politik . Hanya mainkan agama untuk kepentingan dan kepanjangan hayat politik mereka sahaja.

6. Jika ikhlas juga , mulai sekarang pemimpin PAS hantar petisyen kepada semua ahli untuk membuat satu mesyuarat agung luar biasa PAS untuk meminda perlembagaan PAS, dengan memasukkan klausa bahawa PAS akan melaksanakan hukum hudud sepenuhnya jika memerintah negara ini. Beranikah PAS ?

7. Jawapannya: mereka hanya pelacur politik yang hanya gunakan agama untuk faedah mereka sahaja dan menipu rakyat.

8. Lihat sahajalah Tema sambutan hari hudud PAS ini. :" lam Didahulukan, Hudud Diperjuangkan " . semuanya meniru slogan 1Malaysia. Mereka ini bukannya cerdik. Hanya mengikut dan meniru sahaja.

9. Dahulunya Tun Mahathir lancarkan konsep masyarakat penyayang , yang seekor tu mengatakan masyarakat madani, Tun Abdullah melancarkan islam hadhari , TGHH lancarkan islam Hadharo. Lihatlah ! Di mana kecerdikan mereka. Di mana air muka mereka. Hanya mencedok idea dan bahasa orang lain. Inilah jelas menunjukkan kebodohan pemimpin PAS ini.

10. Adakah ini jenis parti dan pemimpin yang bakal mentadbir negara dan islam di Malaysia?

11. Maaf lah. PG tak akan restuinya dan tidak akan menyokongnya sampai mati. Mereka tidak ada idea dan hanyalah pelacur politik. Hanya menggunkan agama untuk kepentingan mereka.

12. Sekali lagi di ulang : Jika PAS ikhlas, PAS perlu war-warkan kepada umum di seluruh negara di pentas politik bahawa parti itu akan laksanakan hudud jika memerintah negara pada PRU 13 bersama PR. Juga jika ikhlas, buat EGM khas untuk pinda perlembagaan PAS yang kini tak ada pun sebut nak laksanakan hudud di dalam perlembagaannya agar memasukkan klausa bahawa hudud akan dilaksanakan sepenuhnya di dalam pemeirintahan negara jika PAS memerintah.


13. Minta Mahfuz jawab sikit?

14. Fikirkanlah. Adakah PAS ikhlas tentang hudud? Teliti fakta di atas. Jangan lagi kita semua diperbodohkan oleh politik picisan ini. ( Nak urus hal arak di Selangor pun kecut perut PAS. Cakap pun berlapik-lapik ) . Pooorahh.

7 comments:

  1. salam PG

    itu yang pas tahu pun setakat buat perayaan ulang tahun budak Maktab Adabi Kuantan pun boleh buat..senang aje

    salam

    ReplyDelete
  2. mereka hanya melacurkan agama islam utk kepentingan politik sempit, .....

    semoga puak2 PAS mendapat hidayah.

    Zul.

    ReplyDelete
  3. Salam PG,

    PAS menipu umat dengan mengwar-warkan hudud hanya di kampung-kampung Melayu Kelantan dan Kedah sahaja, tempat-tempat lain dia jual agama Islam dan maruah bagsa untuk kuasa....

    PAS MUNAFIK.......

    ReplyDelete
  4. SLM BRO..RASA NK KETAWE TEBAHAK2 LA DGR SLOGAN PAS NI..MCM HAMPAS!..ISI KOSONG!..PAK AJIS BERDIRI DEPAN KARPAL PUN KENA TUNDUK MCM ORG JEPUN. INIKAN PULAK NAK PERJUANGKAN HUDUD?..PIRAHH MABOKK!! PTUIH KEHKEHKEH

    ReplyDelete
  5. SEBELUM PAS NAK BUAT SAMBUTAN ULANG TAHUN HUDUD TU ..TANYA BALIK DAH JUMPA KE DRAF PINDAAN HUDUD TU..DAH BERLAPOK SIMPAN DALAM ALMARI KE ATAUPUN BELUM DITULIS LAGI...SUDAH LAA MANGKOK2 PAS JANGAN LAA NAK BUAT BERBAGAI CERITA PULAK..KES ARAK DISELANGOR..ISLAM DAN PENDAKWAH ISLAM DIHINA KORANG BUAT TAK TAU JEE..NIE NAK BERCAKAP PASAL HUDUD..EHMM BILA HARI SAMBUTAN TAHUNAN HUDUD TU BERANI KE JEMPUT LIM DUA BRANAK..NUAR KAKI JUBUR DAN SINGH TU...TAK TAKUT KE DI SERGAH OLEH MEREKA SEBAB PEMINPIM PAS NI BILA BERCAKAP DIBELAKANG DIAORANG LAH YANG PALING TERER TAPI BILA BERDEPAN DENGAN GROUP NUAR DAN DAP ..KALAU BOLEH TENGKOK PEMIMPIN PAS NI NAK MASUK DALAM LEHER..PUNYA LAA KETAQ LUTUT...SEKALI GROUP NI BERDEHEM..BERTABUR KELUAR KENCING PAK LEBAI-PAK LEPAI PAS

    ReplyDelete
  6. NAK BUAT ISLAM ADA CARANYA. TARBIAH DULU, KENALKAN MANUSIA DGN ALLAH SUPAYA MANUSIA CINTAKAN ALLAH. BILA CINTA BERBUNGA BARULAH AJAK MANUSIA IKUT SYARIAT. BILA DAH CINTA, SYARIAT MACAM MANA SUSAH PUN MANUSIA AKAN IKUT KERANA SUDAH CINTA DAN MABUK DGN TUHANNYA . ITULAH YG BERLAKU KEPADA PARA RASUL,PARA ANBIYA DAN AULIYA. SAMA LAH DGN KES TAKEBEER DAN HUDUD. KALAU DAH CINTAKAN ALLAH DAN SYARIATNYA (AUTOMATIK), BARULAH BUAT HUDUD DAN ETC. HUDUD HANYA SEBAGAI LANGKAH KEDUA UTK BENTERAS MAKSIAT. KALAU TAK IKUT STEP YG DISEBUT DIATAS, DIKHUATIRI MANUSIA TAKUT BUAT DOSA KERANA HUDUD DAN BUKAN KERANA CINTA & TAKUTKAN ALLAH. MAKA SAMA AJELAH UNDANG2 HUDUD DGN SIVIL. MANUSIA TAKUT DGN HUKUMAN BKN TAKUT DGN ALLAH MAKA SYIRIKLAH. JADILAH ISLAM IDEOLOGI BUKANNYA ISLAM KEBENARAN. ISLAM TELAH DISEKULARKAN...TAKEBEER..

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah Nampaknya saudara mara saya sangat berminat untuk melaksanakan hudut. Saudara yakin bahawa hudut wajib dilaksanakan kerana ia hukum Allah. Kalau PAS tak boleh laksanakan, kita desak UNNO yang sedia menguasai kerajaan pusat melaksanakan HUKUM HUDUD. Semoga Allah memberkati usaha kita semua.

    ReplyDelete

PETA PELAYAR