Negara dalam bahaya - Azlan
Oleh SAIFUL HAIZAN HASAMsaiful.hasam@utusan.com.my
Oleh SAIFUL HAIZAN HASAMsaiful.hasam@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 10 Ogos - Sultan Azlan Shah memberi amaran bahawa negara berada dalam bahaya jika undang-undang hanya diterima dan dihormati apabila ia menyebelahi diri atau kumpulan sendiri sebaliknya ia ditolak jika keputusannya memihak kepada pihak lawan.
Sultan Perak menegaskan, negara juga terdedah kepada bahaya jika undang-undang dan penguatkuasanya mahu diketepikan manakala rakyat pula mula mengambil tindakan dengan tangan sendiri berasaskan emosi, sentimen dan hawa nafsu.
Titah baginda, jika tidak dibendung secara berkesan, keadaan itu akan meruntuhkan 'budaya bernegara' secara sivil untuk diambil alih oleh 'kaedah bernegara' yang mengamalkan budaya hukum rimba dengan yang lemah menjadi 'makanan' kepada yang kuat.
"Oleh itu, undang-undang perlu dipertahankan sebagai instrumen penimbang tara, tidak harus sama sekali dijadikan instrumen politik atau dipolitikkan.
"Kriteria pertimbangan untuk menggubal, menghapus atau meminda undang-undang hendaklah diasaskan kepada kepentingan negara, kepentingan keselamatan dan kepentingan rakyat jelata," titah baginda.
Baginda yang juga Canselor Universiti Malaya (UM) bertitah demikian sewaktu merasmikan Istiadat Konvokesyen UM Ke-48 di Dewan Tunku Canselor, UM di sini hari ini.
...........................................................................Dalam pada itu, Sultan Azlan menjelaskan, kedaulatan undang-undang adalah suatu istilah lumrah, mudah disebut dan enak didengar namun susah hendak ditakrif serta diimplementasi malah amat sukar pula difahami dalam erti kata sebenar.
Tegas baginda, istilah kedaulatan undang-undang kadang kala diberi takrifan yang mengandungi unsur-unsur emosi untuk menyesuaikan dengan kehendak sesuatu pihak dan bukannya takrifan yang adil, benar, tepat dan berani berpandukan prinsip undang-undang.
Tegas baginda, istilah kedaulatan undang-undang kadang kala diberi takrifan yang mengandungi unsur-unsur emosi untuk menyesuaikan dengan kehendak sesuatu pihak dan bukannya takrifan yang adil, benar, tepat dan berani berpandukan prinsip undang-undang.
"Lalu berlaku amalan menyimpang daripada semangat pemerintahan yang adil dan saksama hingga membolehkan terjadinya perbuatan salah guna kuasa, penyelewengan, rasuah dan penindasan.
"Di pihak rakyat jelata pula, berlaku perbuatan yang bukan saja tidak menghormati undang-undang malah secara provokatif mencabarnya dengan tujuan mencetuskan huru-hara dan kekacauan agar kerajaan yang sah tidak dapat berfungsi secara berkesan," titah baginda.
Dalam perkembangan berkaitan, Sultan Azlan menitahkan rakyat supaya membuat pertimbangan secara arif berhubung peristiwa-peristiwa yang dicetuskan secara tersurat dengan niat tersembunyi yang tersirat.
"Warga yang arif dan bijaksana perlu melihat sesuatu isu yang dibangkitkan dan tindak-tanduk politik yang sedang berlaku dari segi konsistensi suara dan perjuangan.
"Ia supaya negara yang aman lagi makmur ini tidak terjerumus dalam kancah huru-hara yang berterusan hingga sumber negara menjadi kurang produktif," titah baginda.
Penghuni Gua : Sama-sama kita fikirkan dan hayati titah baginda.
Teguran yg baik tu kena terimalah walaupun pahit.Apa lagi kalau teguran tu benar2nya benar! Lagi pun kita nak kena ingat selalu, Hidup ni pun bukannya nak menungkat Langit. Sampai masa berlalu juga.
ReplyDeleteOrang tengah yang menimbangtara gesaan golongan anti-ISA dan rayuan golongan pro-ISA umpamanya elok sangat berpandu kepada nasihat DYMM Sultan Azlan Ahah.
ReplyDeleteSaya orang kampong yang berpendidikan "sami'na wa ato'na" berpendirian ISA tak perlu dilonggarkan, malah perlu dikemaskini.