Dipetik dari Blog : Che Det
BUDAYA ANWAR
By
Dr. Mahathir Mohamad on August 7, 2009 10:37 AM
1. Apabila sahaja saya dilantik sebagai Menteri Pelajaran pada tahun 1974, maka Anwar Ibrahim pun mula menghasut penuntut universiti untuk mengadakan tunjuk perasaan jalanan. Isunya apa saya sudah lupa.
2. Walaupun Anwar bukan pengasas demonstrasi jalanan tetapi sejak dia memasuki politik, taktik memperalat orang untuk menjayakan dirinya melalui demonstrasi jalanan kerap diguna olehnya. Dianya memuncak apabila disingkir daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri. Tiap minggu demonstrasi diadakan.
3. Budaya demonstrasi datang dari luar. Memang dalam keadaan terlalu tersepit dan tidak ada cara lain untuk memperjuangkan sesuatu, demonstrasi jalan terpaksa diadakan. Demikian semasa melawan Malayan Union, orang Melayu berdemonstrasi.
4. Tetapi apabila cara lain terbuka luas demonstrasi tidak sepatutnya menjadi pilihan.
5. Sebabnya ialah orang yang menjadi mangsa bukan Kerajaan sahaja. Yang jadi mangsa ialah peniaga, terutama peniaga kecil yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Bagi mereka ini demonstrasi adalah mala petaka yang lebih buruk daripada hujan lebat. Barangan jualan terutama makanan sudah disiap dan tidak boleh disimpan. Kerugian sehari tidak dapat ditampung dengan keuntungan 10 hari atau lebih.
6. Peniaga lain juga akan tanggung kerugian. Tetapi kerugian yang terbesar ialah pembangunan negara untuk rakyat. Kita sedar bahawa pembangunan negara membawa banyak nikmat kepada seluruh rakyat. Banding sahaja pendapatan per kapita sebelum Malaysia dibangun dengan selepas kemajuan dicapai.
7. Apabila demonstrasi jalanan diadakan, pelabur samada tempatan atau asing akan curiga untuk melabur. Dengan itu peluang untuk kontraktor, pembekal barangan, khidmat pengangkutan, pekerja dan penjual makanan untuk pekerja - semua peluang ini akan hapus.
8. Polis terpaksa ambil tindakan. Gas pemedih mata dan belantan diguna. Kegunaan cara keras ini biasanya diumpan oleh pendemonstrasi. Imej polis dan negara jadi buruk. Ini sangat menggembirakan Anwar kerana inilah ceritanya kepada orang luar negeri. Malaysia katanya adalah tidak demokratik, zalim, tidak ada kebebasan bagi rakyat, dan lain-lain. Demonstrasi bukan untuk mengugut kerajaan sahaja tetapi untuk tunjuk kepada dunia betapa buruknya Negara sendiri. Secara tidak langsung tujuan demonstrasi ialah supaya dianya memerintah Negara ini. Na'uzubillah.
9. Ada negara-negara di mana demonstrasi kerap diadakan. Di rantau ini pun ada. Apakah negara-negara ini berjaya?
10. Demokrasi mengizinkan demonstrasi. Samada demokrasi menguntungkan pengamal bergantung kepada pengamal. Jika pengamal tidak faham cara mengguna demokrasi, kebaikan dan keuntungan tidak akan tercapai.
11. Ada orang di sebelah sana, di Barat yang amat gembira apabila kita tidak dapat bangunkan Malaysia. Nama mereka adalah seperti Wolfowitz, Cohen dan lain-lain yang menjadi sahabat karib DSAI.
Penghuni Gua : Inilah dia gambaran sebenar siapa DSAI. Fikirkanlah.
SLM BRO.. BILA KEBEBASAN YG HAKIKI DI PERJUANGANKAN MAKA KITA HARUS TANGGUNG AKIBATNYA!. PD HAL TIADA SATU BENDA PUN YANG HAKIKI DLM KEHIDUPAN SEHARIAN MELAINKAN UNTUK KEPENTINGAN INDIVIDU JE!..ANUWAR PATUT DI SULA SB ITU PUN SLH SATU KEBEBASAN HAKIKI DAN HAK KITA JIKA KITA MERASAKAN KEHIDUPAN KITA DI ANCAM!
ReplyDeleteSalam PG, Dalam negara mengamal konsep demokrasi bukan bererti lesen untuk menimbulkan isu-isu sesnasi sepanjang masa terus bergolakan pemikiran rakyat tanpa memikirkan impaknya membawa kesan buruk kepada ekonomi negara dan menghempitkan nasib rakyat terutamanya petani2 diluar bandar dan mereka yang dalam taraf hidup kemiskinan terus menjadi sasaran.
ReplyDeleteApa yang mesti dilakukan mereka seharusnya kerja untuk memperbaiki kehiduapan rakyat yang memberi sokongan kepada mereka.
Mereka pandai berjanji semasa pujuk rakyat memberi undi, ingat itu hutang mereka kepada rakyat. dunia & akhirat mereka tanggung beban tugas jika tidak bertindak mengikut janji mereka semasa pilihan raya kerana undi rakyat amanah kepada mereka.
Beri lah ruang dan peluang kepada barisan kepimpinan PM dan kabinetnya memerintah dan meyusun atur pembangunan negara. Berilah mereka peluang.
Agenda Pembangunan negara lebih penting dari kepentingan peribadi.
Ingat Negara kita negara berdualat dibawah panji-panji wasiat Raja Raja Melayu menjaga kedualatan Perlembagaan Persekutuan Malaysia.
dan jika sesiapa dikalangan rakyat hendak menjadi pemimpin berpolitik buat cara berpolitik jangan pandai2 mengikut perasaan suara hati buat sesuka hati mereka dan rujukanlah kepada lunas undang2 terpakai cara berkhimah bersopan santun bukan mengatasi undang2 di peruntukan dalam perlembagaan Persekutuan Malaysia.
Fikir fikirlah. jangan sampai tidak menghormati hak agama orang lain sehingga terlalu binggung- bir pun dikatakan tak haram. Inikah kebebasan dianggap berdemokrasi sesuka hati bercakap? nak minum bir sampai mabuk pun jangan sampai berani anggap bir tak haram . besar sangat ke kuasa Ronnie Liu dari hukum Allah. orang macam ini patut pecat sahaja kalau khalid hendak menjaga maruah martabat orang Melayu dan mereka2yang menganut agama Islam pengundi PKR, PAS & DAP. nasib baik Dr. Hassan Ali ada baiknya berani mendesak Ronnie Liu dilucut jawatannya. Bolehlah tahan Dr. Hassan berani bersuara.sama jugalah demo himpunanharam tidak menghormati dan patuh pada undang2 dan arahan polis. mereka yang terang buat salah mereka berani pulak itu persalahkan pihak polis yang menjalankan tugas keselamatan awam mereka kepada negara. Apa sudah jadi................ayuk fikir fikirlah.......
Salam salam PG.
Rainbow Banjaran Titiwangsa