FOLLOWERS

Thursday 20 August 2009

AG FAILKAN SAMAN BATAL ARAHAN BODOH MB SELANGOR !



Malaysiakini


AG fail saman batal arahan k'jaan S'gor
Ogos 20, 09 6:25pm



Peguam Negara memfailkan saman pemula untuk membatalkan pekeliling kerajaan Selangor berhubung arahan menghadiri interbiu bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).


Menurut Ketua Unit Perhubungan Awam Jabatan Peguam Negara, Roslan Ahmad, saman tersebut difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam petang ini.Melalui saman tersebut, peguam negara memohon pengisytiharan berikut:

Satu deklarasi bahawa Pekeliling Setiausaha Kerajaan Selangor Bilangan 4 Tahun 2009 bertarikh 28 Julai 2009 berkenaan arahan menghadiri interbiu bagi tujuan membantu siasatan yang dilakukan oleh SPRM.


Mana-mana perintah yang difikirkan adil dan suai-manfaat oleh mahkamah.Menurut Roslan, permohonan tersebut disokong oleh afidavit yang diikrarkan oleh peguam negara pada 20 Ogos lalu."Satu perakuan segera akan juga difailkan untuk mendapat tarikh awal pendengaran permohonan ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.Sebelum ini, kerajaan negeri mengarahkan bahawa interbiu tersebut hanya boleh dijalankan dalam waktu pejabat, hanya di bangunan setiausaha kerajaan negeri dan mesti ditemani peguam.

Penghuni Gua : Sebenarnya saman AG ini tak perlu dibuat pun. Peruntukkan didalam kanun acara Jenayah ( KAJ ) sudah mencukupi bagi memaksa saksi datang ke pejabat SPRM atau di mana sahaja . PG sudaah menyentuh berulangkali sebelum ini.

2. Tetapi buat pun tak apa. Mungkin AG nak tunjukkan bahawa mahkamah pun sependapat dengan pejabat AG dan undang-undang negara dan bagi menunjukkan kepada pemimpin PR bahawa mereka semuanya bodoh sombong tentang undang-undang. Jadi AG mungkin memberi pukulan maut kepada sibodh yang tak boleh diajar ini.

3. Inilah cara mengajar mereka. Itu sahaja.

3 comments:

  1. Gani empat Tahil nie cuma kuda tunggangan UMNO manakala SPRM pula kuda tunggangan Mat Sembab

    ReplyDelete
  2. Bagaimanapun, SPRM dan PDRM perlu memberikan kefahaman kepada masyarakat bahawa sememangnya SPRM berhak menangkap saspek tanpa waran dan mereka yang menghalang penjawat awam juga boleh dikaut bersama dan didakwa. Tindakan SPRM melepaskan Wong sebenarnya telah memberikan gambaran salah kepada masyarakat bahawa tindakan mereka tidak mengikut undang2. Penjawat awam memiliki kekebalan asalkan tindakan mereka berlandaskan kuasa mereka dalam undang2. Mungkin SPRM mengambil kira sensitiviti keadaan. Samada itu langkah wajar atau tidak, pendapat dan pendapatan satu orang dengan yang lain mana mungkin sama.

    Mana-mana orang berhak menyaman SPRM dan PDRM jika mereka berpendapat tindakan SPRM dan PDRM tidak betul. Maka SPRM dan PDRM hendaklah tegas jika mengikut undang2 tindakannya adalah betul.
    SPRM jangan pula terlupa orang yang ditangkap dan dibawah jagaan sahpun ada hak dibawah seksyen 28 & 117 Kanun Prosedur Jenayah serta haknya dibawah Peraturan Lokap.

    Dr Abdul Rani Kamarudin

    ReplyDelete
  3. SLM BRO..DIORANG NI KEPALA DH BENAK SGT. OTAK PENUH TAIK!. CKP MCM MANA PUN TAK MASUK DLM KEPALE KEHKEHKEH. STUJU SGT CADANGAN BRO. JGN BG MUKE KT PARASIT2 NI. TENGOK JE SKRG DIORANG DH MULA BUAT SAMSENG LG. BALING MOLOTOV KT SPRM!. SAMSENG TAIK KUCING LA TU PUNYE KEJE HUHUHU!!..RAKYAT TGH PERATI JEK

    ReplyDelete

PETA PELAYAR