PUTRAJAYA 14 Ogos - Anasir penghina Islam dan institusi raja mampu dibendung jika seluruh penguat kuasa dan pendakwa negeri tidak 'melonggokkan' tanggungjawab itu kepada Kerajaan Pusat semata-mata.
Sambil menyuarakan kemusykilan terhadap kelambatan jentera negeri bertindak membanteras anasir berkenaan, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, beliau cukup khuatir tanggapan umat Islam bukan sahaja akan tidak tepat malah pihak lain dijangka terus mengambil kesempatan menghina Islam.
Tegas beliau, sepatutnya tidak timbul 'kebimbangan' untuk bertindak memandangkan semua enakmen perundangan Islam kecuali lima negeri, terletak di bawah kerajaan negeri masing-masing.
''Sekarang terdapat keadaan di mana jentera penguat kuasa dan pendakwa negeri berkaitan kes hina Islam dan institusi raja terlalu perlahan.
''Ulama di negeri masing-masing perlu buat kerja rumah dengan menghapuskan keadaan 'bila pokok-pokok condong, kura-kura banyak naik'.
''Kalau ini (tindakan) tidak diambil, sebahagian penghina Islam dan raja ini akan terus menggila manakala sebilangan generasi baru Melayu yang berlagak moden ini dikhuatiri akan turut ikut serta menghina Islam,'' katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.
Tegas Rais, bagi Kerajaan Pusat sendiri, ia sedang mengambil langkah susulan termasuk menerusi kementeriannya untuk membendung perlakuan keji anasir menghina Islam dan institusi raja.
''Misalnya kementerian diketuai saya sedang mengambil langkah fasa pertama untuk mengenal pasti dalang yang menghina Islam dan raja melalui Internet. Ini dibuat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,'' katanya.
Begitu juga dengan Kementerian Dalam Negeri diketuai Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab dalam portfolio Hal Ehwal Perundangan dan Parlimen, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz yang turut menyusun langkah untuk menyelaraskan undang-undang berkaitan sedia ada.
''Namun seperti yang saya tegaskan tadi, jika jentera penguat kuasa dan pendakwa negeri-negeri tidak menampakkan kesungguhan, maka semakin galaklah anasir atau kumpulan ini untuk terus menyakitkan hati muslimin dan muslimat serta kita yang rapat dengan kesultanan Melayu,'' katanya.
Penghuni Gua : Benar Dato Seri. Pandangan PG sebelum ini pun memang negara ini sudah lebih dari cukup undang-undang yang ada untuk tangani perkara ini cuma masalah penguatkuasaan.
2. Mungkin penguatkuasa masih belum bangun tidor sebab itu banyak cacing-cacing ini sudah naik ke mata.
3. Seolah negara ini tiada undang-undang. Macam negara paria sahaja.
4. bangunlah semua dan bergerak secara proaktif bagi keselamatan agama. bangsa dan negara. Jangan biarkan perosak ini bermaharajalela. Kelakuan dan tindakan mereka ini sudah lebih dari melampau dan juga kesabaran kami juga ada hadnya.
Sy sebenarnya mengharap apabila perubahan kepimpinan UMNO yg baru akan memberikan sinar baru utk Malaysia kembali aman dan kurang ketegangan dgn isu2 begini seperti zaman Tun. Ketelusan dan demokrasi perlu bertempat begitu juga batasnya. Pada sy, keadaan masih lagi membolehkan kjaan bertindak tegas ataupun drastik demi kepentingan rakyat dan masa depan negara. Bertindaklah, sebelum nasi menjadi bubur.
ReplyDeleteBudak Kampung.
Tindakan ....jangan cakap sahaja...please...
ReplyDelete