17 ogos 2009
Batal arahan siasat masa pejabat: Nazri
Oleh Misiah Taibmailto:Taibmisiah@bharian.com.my
KUCHING: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz, mengarahkan Peguam Negara supaya mengambil tindakan untuk membatalkan arahan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berhubung kebenaran untuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan pada waktu pejabat sahaja.
Beliau selaku Menteri bertanggungjawab memerangi rasuah dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, baru-baru ini berikrar akan melawan habis-habisan hasrat Menteri Besar Selangor itu, kerana ia akan menyekat kebebasan SPRM sebagai sebuah badan bebas.
"Apa yang dilakukan pembangkang adalah ‘cakap tidak serupa bikin’. Saya tidak setuju dan mahu supaya peguam negara mengambil tindakan untuk sama ada ke mahkamah, bagi membatalkan arahan Menteri Besar Selangor itu. Berita lanjut : KLIK
Penghuni Gua : PG tak faham , mengapa dan apa perlunya Nazri Aziz mengarahkan peguam negara membatalkan arahan MB Selangor yang mengarahkan semua siasatan dan pengambilan keterangan saksi perlu diambil diwaktu pejabat dan di pejabat kerajaan negeri di Selangor jika ia berkaitan sissatan SPRM.
2. Peguam negara tidak perlu batalkan arahan MB Selangor. Arahan Pentadbiran MB Selangor ini tiada kekuatan dari segi undang-undang dan langsung tiada kaitan dengan SPRM. SPRM boleh gunakan seksyen 111 KAJ. Jika saksi masih enggan datang ke pejabat SPRM menurut dan mematuhi seksyen / notis berkenaan maka SPRM boleh memohon kepada mahkamah bagi memaksa ke hadiran saksi ini ke pejabata SPRM. Jika masih tidak datang maka waran tangkap akan dikeluarkan dan tangkapan boleh dilakukan terhadap saksi ini.
3. Jadi apa perlunya peguam negara membatalkan melalui mahkamah arahan MB Selangor ini? Membuang masa kerana arahan MB Selangor ini adalah arahan sampah dan tiada kaitan dengan SPRM dan siasatannya. Gunakan peruntukkan Kanun Acara Jenayah ini bagi berurusan dengan saksi.
4. Adakah SPRM terlalu bebal dengan peruntukkan 111 KAJ ini? Jika begini, memang wajar saksi dan saspek tidak hormat kepada SPRM kerana SPRM pun tidak tahu undang-undang dan dan tidak tahu bidang kuasanya.
5. Adakah SPRM masih belum faham?
Nota : Tahniah SPRM kerana terus menyiasat kes rasuah. Arahan pembekuan siasatan rasuah politik dan tokoh politik di tarik balik oleh Ahmad Said :
17 ogos 2009
.........................................Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan, ketika dihubungi berkata walaupun menerima kecaman daripada pembangkang, pihaknya tetap menjalankan siasatan terhadap mana-mana ahli politik yang dikaitkan dengan salah laku rasuah. "Siasatan akan tetap diteruskan. Kami tidak akan berhenti. Kalau berhenti, habislah kita. Parti pembangkang terutama DAP sering mengada-adakan cerita apabila membabitkan siasatan terhadap ahli parti itu. ........................Berita lanjut : KLIK
bagus datuk seri ahmad said. Lucutkan jawatan pondan sprm yang pengecut yang keluar kenyataan membekukan siasatan tu. Banyak lagi org yang nak keja .
ReplyDeleteNazri Aziz sekadar meraih populariti murahan... Pengampu ni tak boleh pakai. Masa zaman Pak Lah lg aku tak berkenan dengan pengampu ni... Dialah antara org yang lantang mengkritik Tun Dr Mahathir semasa Pak Lah jd PM...
ReplyDeleteeXception - Bukan Sekadar Blog Picisan
Salam,
ReplyDeleteKawan pun pelik juga, mengapa Nazri Aziz perlu membatalkan arahan Khalid......
Mengapa kerajaan begitu takut dan tunduk dengan perompak-perompak dan peliwat-peliwat ni......
Apakah Nazri terlalu takut dengan gengster dan kongsi gelap Ronnie ?
Kalaua macam itu tak payah jadi Menteri lah.......serah je pada puak-puak pakatan rompak ni.... buat malu saja.....
SPRM kena berani dan faham undang2 serta bertindak berasaskan undang2 sedia ada. Menteri pula kena backup selalu sebagai moral suport.
ReplyDeleteJika itulah keadaannya saperti komen nota kaki tuan punya blog, maka SPRM kenalah ambil tindakan sejajar dgn seksyen 111 KAJ tu tanpa rasa takut. Yang pegi berlembut sangat tu apsal? Siapa suruh!
Assalamualaikum
ReplyDeleteBuat SPRM, teruskan dgn amanah yg telah kami berikan kpd kalian. Siasat hingga ke akar umbi agar yg bersalah di hukum dengan setimpalnya. Tidak kira dari mana golongan mereka, fahaman politik, kedudukan apa sekali pun. Teruskan memburu petualang-petualang negara yg bangsat ini.
Jgn takut dgn ancaman maupun lakunan mereka. Kala SPRM takut akan ancaman dan lakunan mereka yg bangsat ini maka tidak ada guna kita ujudkan SPRM. Buru dan terus buru hingga ke lubang cacing sekali pun. Jgn pulak ada double standarad pulak dimana ikan bilis di buru, jerung di biarkan bermaharajalela. Jgn takut dgn JERUNG ini. Gunakan kuasa yg ada pada SPRM untuk tujuan ini. Biarpun apa mereka nak kata. Kalau mereka kata cara SPRM menyiasat cara GESTAPO maka pedulikan cakap cakap bangsat tu.GESTAPO ke apa PO ke teruskan buruan ini. Pastikan petualang negra yg menyelewengkan hak rakyat di benteras.
Kepada KETUA Negeri, tolong jgn masuk campur dalam urusan SPRM. Biarkan mereka jalankan tugas yg telah di amanahkan kpd mereka. Kalau benar san tak melakukan kerja terkutuk ini maka tak usah nak takut, tak payah nak keluarkan arahan menghalang tugas murni SPRM ini.
Ni baru memerintah negeri dah menghalang SPRM menjalankan tugas mereka kerana menyiasat kaum puak mereka. Nanti kalau dah memrintah negara lagi teruk jadi nya. Waktu itu SPRM hanya boleh memburu ikan bilis dan JERUNG tidak boleh di usik. Adakah ini di katakan pemerintah yg telus.
Jadi buat rakyat Malaysia semua lu fikirkan sendiri akan kenyataan ini.
Pelik sungguh Pak Menteri Nazri ni. Kau ni lulusan undang2, tak kan tak tau mana lebih besar Akta SPRM dengan Arahan Pentadbiran MB Khalid tu. Itu arahan boleh masuk tong sampah. Selama ini SPRM tiada masaalah siasat orang politik BN kerana mereka tahu dan patuh dengan undang2. Lain pula dengan orang politik dari PR ( Pakatan Rasuah ) ini. Mereka ni ramai lawyer tapi Lawyer Buruk.
ReplyDelete