Mohamad Ali Abdullah masih lagi menuntut Rohaizat Othman, bekas calon BN di Permatang Pasir, agar menyelesaikan isu anak perempuannya Rafizah dengan pemimpin Umno itu. Peneroka Felda dari Jengka, Pahang itu meminta setiausaha Umno bahagian Permatang Pauh itu menghubunginya bila-bila masa untuk menyelesaikan dengan wanita itu yang didakwa isteri keduanya.
"Buat penyelesaian, jalan terbaik adalah dengan berbincang dengan kedua-dua pihak. Kalau tindakan mahkamah, ia memakan masa, makan modal. "Kita boleh berbincang cara keluarga," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini. Berita lanjut : KLIK
Penghuni Gua : Mana PAS , atau Mahfuz dan Nasaruddin Tantawi yang sebelum PRK Permatang Pasir begitu prihatin untuk membela isteri kedua Rohaizat. Mereka kata ikhlas nak bantu. Sekarang senyap aje.
2. Adakah anda semua munafik! ? Hanya mengeksploitasi wanita dan isu rumahtangga untuk mencapai kemengangan dalam PRK?
3. Mana keislaman yang anda tunjukkan dan katakan ikhlas membela wanita?
4. Bapa isteri kedua Rohaizat terkontang kanting dalam menguruskan dan selesaikan hal anaknya bersaorangan. Mana ketuas Dewan Ulama PAs yang sebelum ini mendedahkan dan katanya bertujuan membela wanita yang teraniaya. Belalah sekarang.
5. Tapi PG percaya wajah munafik tetap munafik. Inilah wajah sebenar mereka.
baisa lah tu. politik je semua tu. hari ni mahfuz ckp biaq pi lah mak rohaizat ka, isteri rohaizat ka, kepala lembu peliharaan rohaizat ka, asal aku dah menang.
ReplyDelete...itulah mainan politik ala Islam PAS. Rumahtangga dan bini orang pun mereka buat mainan politik adalah perkara biasa. Sedangkan ugama Islam pun boleh dijadikan alat untuk kepentingan politik. Asal boleh menang..matlamat menghalalkan cara. Berkawan dengan syaitan/iblis pun boleh.
ReplyDeletekalau rumahtangga rohaizat runtuh , pas harus bertanggungjawab. gilakan kuasa politik,apa saja sanggup dibuat.
ReplyDeleteMATLAMAT MENGHALALKAN CARA!
baca akhbar dorg nnti tau pasal isteri ke-2 tu. jgn baca utusan...
ReplyDeletehakikatnya Rafizah itu pengacau rumah tangga orang dan mempergunakan gelanggang politik PAS untuk membalas dendam akibat godaannya ditolak...mentah-mentah pemimpin PAS percaya tanpa usul-periksa, tanpa bukti yang sah... rumah tangga Rohaizat aman damai kerana kedua-dua suami-isteri telah masak benar dengan sikap pengacau yang bernama Rafizah ini yang telah bertahun-tahun mengganggu mereka berdua...happiness is the best revenge for the haters!
ReplyDeleteAbdullah Penegak Kebenaran