Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah hari ini mengingatkan rakyat khususnya orang Melayu mengenai tujuh wasiat Raja-Raja Melayu yang menjanjikan kesejahteraan, kedamaian dan keamanan jika mereka bersatu dan berpegang teguh kepadanya.Menurut baginda, wasiat yang disampaikan semasa Raja-Raja Melayu menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957 ialah:
1. Kami namakan dan kami panggil dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melalyu (sekarang dikenali dengan nama Malaysia);
2. Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah Simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain;
3. Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hak milik kamu, kami tubuhkan Rejimen Askar Melayu selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara;
4. Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan Raja-Raja Melayu memerintah negara ini;
5. Kami isytiharkan Islam adalah Agama Persekutuan;
6. Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah Bahasa Melayu;
7. Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan Kepentingan sah kaum-kaum lain. (Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak). Berita lanjut : KLIK
Penghuni Gua : DAULAT TUANKU. AMPUN TUANKU.
Salam Saudara Arif.
ReplyDeleteWasiat ni pertama kali saya dengar. Sebelum ni tak pernah tau pun wasiat ni wujud. Rasanya ramai anak muda Melayu yang belum pernah dengar wasiat ni. Apatah lagi anak-anak muda kaum Cina & India..
DALAM ARKIB EGA ADA PERKARA INI IAITU RUJUK KEPADA MESYUARAT RAJA MELAYU DENGAN SURUHANJAYA REID. ADA PESANAN DAN PERJANJIAN/WASIAT INI. PERKAARA INI DIDOKUMENKAN. DI ARKIB NEGARA DIA DI SIMPAN DALAM BENTUK DOKUMEN KERTAS YANG ASAL DAN JUGA SLIDE JUGA DALAM BENTUK SOFTWARE. DALAM AKHBAR SEBELUM MERDEKA PUN ADA TENTANG TITAH/WASIAT DYMM INI.
ReplyDeleteSALAM PG, kami sepenuhnya mendokong menghayati TITAH DYMM RAJA MUDA PERAK, KEDUALATAN 7 WASIAT TITAH DYMM RAJA-RAJA MELAYU TERMAKTUB DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA MEMELIHARA HAK DAN KEPENTINGAN MELAYU & PRIBUMI (NATIVE-NATIVE)DI SABAH & SARAWAK DAN KAUM LAIN-LAIN DI BUMI MALAYSIA YANG BERTUAH TERCINTA INI.
ReplyDeleteTIDAK ADA SEBAB PEMIMPIN PEMIMPIN PARTI POLITIK BERDAFTAR DENGAN ROS PR/NGO, TERUS MENGHANSUT RAKYAT BERHIMPUN HARAM MENENTANG AKTA ISA.
DAN APA MADSUD MEREKA BERIA RIA SANGAT HENDAK MANSUH ISA?
AKTA ISA ADALAH UNDANG2 TERBAIK MENGAJAR RAKYAT YANG INGKAR DAN BERMOTIF JAHAT MELANGGAR UNDANG UNDANG DYMM TUANKU-TUANKU DINEGARA INI.
KERANA HASUTAN MEREKA, NATIJAHNYA BOLEH MENYEBABKAN YANG BUKAN BUKAN BOLEH MENCETUSKAN HURUHARA MERACUNI PEMIKIRAN RAKYAT.
SALAM HORMAT
RAINBOW BANJARAN TITIWANGSA.
raja adil raja ditaat
ReplyDeleteraja zalim raja dilaknat
pembetulan kepada :
raja adil raja disembah
raja zalim raja disanggah
*sembah hanya pada Allah sahaja*
Sekarang dinamakan Malaysia. Bukan Cinasia atau Indiasia. Ingat tu...
ReplyDelete