FOLLOWERS

Thursday, 6 August 2009

NAK BODEK CARA CARA LAIN LE !


Berita Harian

6 ogos 2009

Siasat dakwaan sabotaj terhadap Samy Vellu: Saravanan

KUALA LUMPUR: Seorang pemimpin MIC hari ini meminta Barisan Nasional (BN) menyiasat dakwaan bahawa seorang pemimpin di dalam parti komponen itu terlibat bagi menghakis peluang Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu mempertahankan kerusi Parlimen Sungai Siput, Perak, pada pilihan raya umum tahun lalu.

Ketua Penerangan MIC yang juga Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk M Saravanan berkata dakwaan yang dibuat oleh seorang ahli perniagaan, O.M.S. Thiagarajan dalam sebuah akhbar berbahasa Tamil semalam perlu disiasat sepenuhnya kerana ia adalah serius. "Kami akan meminta kepimpinan tertinggi BN untuk menjalankan siasatan sepenuhnya dakwaan itu. Saya akan berbincang dengan Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berhubung perkara ini," katanya di sini hari ini.


Thiagarajan dipetik sebagai berkata beliau telah membantu seorang pemimpin parti komponen BN untuk menyingkirkan Samy Vellu dari Sungai Siput pada pilihan raya umum yang lalu untuk memastikan Presiden MIC itu tidak lagi mengekalkan jawatannya sebagai Menteri Kerja Raya. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Nak bodek Samy Vellu pun cari cara lain le wahai Saravanan. Orang sekarang sedang fikir cara nak perkasa parti dan menyusun rancangan dan pelan strategik dan re branding BN. Kau ni sibuk perkara yang dah berlalu.

2. Ape le , singkat sangat kepala hotak kau ni. Bodek lah cara lain.

1 comment:

  1. samyvellu wajib letak jawatan ..menyusahkan BN kerama gagal menjaga orang india

    ReplyDelete

PETA PELAYAR