FOLLOWERS

Tuesday 25 August 2009

MUTAAH RM 3 JUTA : KESIAN KAU AISHAH !



Berita Harian

24 ogos 2009


Kes tuntutan mutaah RM3 juta ditangguh 3 Disember



KOTA BAHARU: Perbicaraan kes tuntutan mutaah RM3 juta yang dikemukakan bekas isteri kedua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Melor (Pas), Wan Ismail Wan Jusoh, di Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini ditangguhkan kepada 3 Disember kerana Hakim Syarie Abdullah Man berkursus di Kuala Lumpur.

Peguam Syarie Mohd Sibri Ismail, yang mewakili bekas isteri Adun itu, Siti Aishah Chou Abdullah, berkata perbicaraan kes itu dijadualkan berlangsung hari ini setelah ianya ditangguhkan 29 Julai lalu akibat masalah kerosakan pendingin hawa di bangunan mahkamah. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Kesian kau Aishah. Lepas tangguh, tangguh lagi. Dulu pendingin hawa rosak sekarang YAA Hakim berkursus.

2. Yang jadi persoalan nya mengapa tak maklumkan awal. Ini saksi dan juga Aishah terhegeh-hegeh dengan anak-anak ke mahkamah. Sampai di mahkamah dimaklumkan YAA Hakim berkursus. Lemahnya pengaturan masa dan jadual oleh pentadbiran Mahkamah Syariah ni. Letih PG melihatnya. Susah sangat ke nak maklumkan kepada Aishah bahawa perbicaraan ditangguhkan dengan SMS ke atau apa cara sekali pun. Tidak le bersusah payah datang ke mahkamah dengan anak-anak.

3. Dalam hal ini PG rasakan 2 orang boleh membantu Aishah ini. Ini kerana kedua orang ini amat prihatin dan penyayang terhadap isteri kedua yang di aniaya. Kedua mereka iaitu YB Mahfuz dan Nasaruddin Tantawi Ketua Dewan Ulama PAS serta ketua dewan ulama PAS PUlau pinang boleh membantu kot.

4. Merekakan pejuang bagi kebajikan bekasa isteri kedua calun BN Permatang Pasir ( Rohaizat ). Jadi lebih baik bantu Siti Aishah ini kerana ia melibatkan YB dari PAS. Lagi afdal jika Mahfuz dan ketua Dewan Ulama PAS membantunya.

5. Takat ini PG tak pernah dengar lagi dua spesis ini beri komen berkaitan isu Aishah ini. Minta komen sikit dari penyokong PAS ( sebut ahli PAS kan marah : ambil kata-kata TGNA ) .Komen penyokong sahaja.

2 comments:

  1. Kaya tu..
    Sekarang ni orang main juta2 je.
    Risau pulak..
    Munasabah ke claim sampai berjuta tu?...
    Member teman ka SM tu entah berapa juta lah claim nya ye..issshh2..Posa ok..!!

    ReplyDelete
  2. MEMANG PATUT MAHPUS DAN N TANTAWI PERGI BANTU AISHAH BEKAS BINI MUDA ADUN MELOR TU. DIA TU BAKAL JUTAWAN. MANA TAHU SALAH SEORANG HERO TU AKAN JADI JUTAWAN JUGA...HE..HE..

    ReplyDelete

PETA PELAYAR