Penghuni Gua : Selsema babi semakin menular. Nampaknya diluar kawalan. Menteri dan Kementerian kesihatan Malaysia seolah tidak bermaya dalam merancang dan membuat pelan tindakan jangka pendek dan jangka panjang bagi membendungnnya.
2. KPI menteri ini ( Liow Tiong Lai ) pun tak lepas ( gagal ). Kepada PM DS Najib, dicadangkan Menteri dan Ketua Pengarah Kesihatan atau juga KSU Kementerian ini ditukar dan diganti dengan orang lain yang lebih bertenaga dan lebih mempunyai idea.
3. Kelambatan dan kelesuan mereka ini boleh menjahanamkan negara dalam semua segi apatah lagi saban hari ada sahaja nyawa melayang dengan sia-sia.
4. Segerakan pengantian kesemua mereka ini.
ehem2. menteri kesihatan bukan tidak bertindak, tetapi masalahnya para doktor yang telah pun diberi taklimat masih lagi tidak menjalankan tugas dengan betul. faham tak?
ReplyDeletecamni, seseorang individu mendapatkan rawatan di klinik yang berdaftar kerana menghidap penyakit selsema demam dan sebagainya. bila di periksa oleh doktor, mereka hanya mengatakan "oh ini hanya penyakit biasa, dapatkan ubat di kaunter dan makan ikut jadual"
itu saja??? sebab itulah penularan berlaku. tetapi tidak boleh kita hanya menunding jari kepada doktor, ada diantara kita sendiri yang tidak ingin memberikan kerjasama sepenuhnya dengan pegawai perubatan ini kerana merasakan perkara itu remeh temeh dan terlalu banyak prosedur sedangkan ianya utk kebaikan diri mereka.
dan contohnya mereka yang baru kembali dari luar negara cuba menyembunyikan simptom2 yang di alami .. mustahil? tidak mustahil.
kalau bertukar ganti sekali pun dan hasilnya tetap sama maka adalah satu tindakan yang paling dikesali kerana mereka telah menukar menteri yang paling layak memegang jawatan tersebut.
kes ini haruslah ditangani oleh semua pihak, bukan hanya tahu bergantung sepenuhnya pada pihak kementerian kesihatan. setahu saya kementerian kesihatan telah pun melaksanakan apa yang patut mereka laksana dari awal kes ini memasuki negara Malaysia.
perhatikan orang disekeliling, daripada 100% penduduk Malaysia, berapa ramaikah yang menggunakan topeng muka? hanya 15% secara kasar. saya tidak melihat keseluruhan mereka menggunakan topeng pabila saya keluar ke ibu kota. itu ibukota, bagaimana pula di negeri2 ?
fikirkan semula, wajarkah kementerian kesihatan dipersalahkan mengenai hal ini? atau rakyat sendiri yang patut menyedari kesilapan mereka kerana terlalu bergantung pada kem. kesihatan sedangkan mereka boleh menyelamatkan diri dari awal lagi jika mereka mendengar segala arahan yang dikeluarkan oleh pihak kementerian tersebut.
Salam PG, Selesema Babi(HINI) satu pertanda perlu difikir-fikirkan mumgkin kah ini satu alamat dan petanda "Bala" gempak dunia?;
ReplyDeleteSama-samalah kita renung Surat Yassin 77:
"Apakah manusia itu tidak memperhatikan, bahawa Kami telah jadikan dia dari titisan air(mani) walaupun begitu dia masih terang-terang menentang Kami".
Fikir-fikirlah.
Salam.
Rainbow Banjaran titiwangsa & Croker
Salam...
ReplyDeleteSelama nih aku tidak pernah bersetuju dengan setiap posting hang.
Tapi kali ini aku bersetuju.
Pandangan kita sama.
H1N1 tidak akan dapat ditangani hany dengan "bincang", "kaji", "akan jumpa", dsbnya.
Kerajaan Malaysia hanya mampu mengumumkan jumlah korban sahaja setakat ini tanpa mampu melakukan apa apa untuk menyelamatkan nyawa rakyat.
www.saynotomunafiqeen.blogspot.com
Sikap mesra alam dalam barisan menjadikan sukar untuk dilaksanakan cadangan PG nih..Sebab teman merasakan ketegasan ini tidak dilihat secara +ve oleh mereka dalam pimpinan dan juga rakyat tetapi yg akan timbul adalah ..isu2 yg akan dipolitikkan. Samada dari dalam barisan dan apatah lagi dari luar!
ReplyDeleteMinda bawah sedar rakyat Malaysia masih belum sedar (bukanlah semua)akan hakikat politik demokrasi dan kaedah ' berkhidmat untuk rakyat'.
Apa nak buat. Menteri lebih takutkan tokey2 cina kalau perintah darurat kesihatan ataupun perintah berkurung dilaksanakan. Tutup sementara Mall, Cinema, tempat tumpuan awam. Kerajaan sayangkan tokey2 lebih drpd nyawa rakyat.
ReplyDeleteApabila saya mendapat tahu bahawa setiap kali ada jangkitan selesema gila babi, sekolah ditutup dan murid-murid sekolah disuruh pulang. Saya sudah tahu langkah ini adalah kesilapan besar kerana mereka-mereka yang pulang itu akan merebakkan kepada yang lain samada dirumah atau dipusat membeli belah. Takkanlah mereka nak duduk rumah saja. Tapi, kalau kita cakappun, siap yang ambil pusing. kementeriankan sudah ada mereka-mereka yang bijaksana-sini. Sepatutunya, mereka yang berjangkit disuruh pulang dan diquarantin. Mesin imbas demam perlu kemudian dibawa kesekolah2 untuk mengesan ada siapa-siapa lagi yang berjangkit tanpa menutup mana-mana sekolah supaya jangkitan dapat dikawal. Sekarang , kerana terlalu pandai, perlahan-lahan yang terkorban sudah meningkat dan akan terus meningkat. Mana pergi mesin-mesin imbasan itu bagi tujuan diletakkan ditempat tempat awam ,jabatan dan sekolah2 bagi tujuan mengesannya? Samapai sekarangpun, habukpun takde. kalau P Ramlee hidup, dia akan kata "masuk angin keluar asap".
ReplyDeleteDr Abdul Rani Bin Kamarudin
salam bos, keja dah siap ke?? hehhehh
ReplyDeletememang patut kalau bos mintak orang kuat KK kena banned' KPI memang sangkut... patut dia orang ni harakiri.
kjaan lambat bertindak, plan kuarantin tidak dijelaskan kepada mereka yang terlibat menyebabkan kesan berganda penularan h1n1 kepada masyarakat marhain. Kemasukan H1N1 peringkat awal dipandang ringan oleh agensi terlibat.
kenapa tak boleh spend untuk kesejahteraan rakyat, sediakan suntikan anti viral yang bersesuaian. Setakat baca statistik, anak aku pun boleh....
yang jelas...inilah bala Allah SWT turunkan kepada kita bila kemungkaran semakin berleluasa, mereka yang gila kuasa semakin menggila, yang tak berupaya mengaku amat kompeten dan berupaya..
kita mesti kembali kepada Allah SWT dan memohon agar memelihara kita semua dari bala bencana yang diturunkanNya....
mana pergi parti sahsiah yang memperjuangkan Islam, kesatuan malaysia etc. PK la sendiri.. jangan sibuk berpolitik shj. inilah masa untuk kau orang tunjukan concern kepada rakyat.
sebagai rakyat biasa, kita memikul tanggungjawab besar bila pemerintah gagal memenuhi tanggungjawab memerlihara kesejahteraan rakyat, ini termasuk dari kalangan pembangkang....
marilah...marilah kita panjatkan Taubat kita kepadaNya...mudah-mudahan Allah SWT memelihara kita dari bala ini.
WASSALAM
nakhoda kapal digoreng sotong,
ReplyDeletetanpa kepala ular tak berjalan,
yang agong itu serupa patong,
tanpa kuasa dan juga tanpa kenalan.
apasal kalau selsema burung abis semua ayam2,itik2 orang kg kena bunuh.tapai bila selesama babi, xdak sekor pun babi kena bunuh.bela tambah lagi adala
ReplyDelete