SAYA ikuti rasa tidak puas hati Datuk terhadap tindakan Exco Selangor daripada DAP, Ronnie Liu yang bertindak mengganggu petugas penguat kuasa merampas minuman keras yang dijual di kawasan majoriti Melayu dengan mengarahkan minuman keras itu dipulangkan semula kepada penjualnya dengan rasa gembira yang mengandungi tanda tanya.
Selaku Exco Selangor dari Pas yang memperjuangkan Islam, memartabatkan hukum Islam, menjalankan hukum Islam di bumi Malaysia ini saya kagum kerana berani bertindak sebelum memaklumkan kepada Pas Pusat sehingga ada sebahagian Ahli Jawatan Pusat Pas ingin menemui Datuk untuk meminta penjelasan mengenai isu itu. Saya ucapkan syabas. Cuma dalam kepala saya, timbul tanda tanya yang sukar saya jawab yang memaksa saya membuat surat terbuka ini.
Pertama: Tidakkah Datuk tahu dan sedar perjuangan DAP selama ini melalui kenyataan pemimpinnya terutama pengerusinya mengenai kedudukan Islam di Malaysia ini. Kalau Datuk tahu dan sedar maka saya keliru hendak memahami kenapa Datuk sanggup duduk semeja dengan mereka. Kedua: Datuk tentu tahu siapa Liu itu. Dia berketurunan Cina, menjadi kewajipannya membela penjual minuman keras itu kerana penjual minuman keras itu bukan Melayu dan bukan juga beragama Islam.
Dan langkah yang dilakukan Liu itu menepati janji pilihan raya DAP untuk membela kaum bukan Melayu. Sebab itu DAP menentang Barisan Nasional (BN) kerana BN mendukung kental Perlembagaan Malaysia yang satu daripadanya memperakui kedudukan istimewa orang Melayu dan Islam sebagai agama rasminya.
Kegiatan BN kelihatan memihak kepada Melayu dan Bumiputera lainnya serta Islam. Ketiga: Pas, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bersetuju, sepakat, menentang BN dalam pilihan raya lalu dengan tidak meletakkan calon bertindih di kawasan ditandingi BN. Maksudnya kalau kawasan A ada calon BN melawan calon Pas, maka DAP dan PKR tidak meletakkan calon di situ, kecuali calon Bebas.
Itu perjanjian yang kemudian mewujudkan Pakatan Rakyat (PR). Saya menjadi tambah keliru memahami hati nurani Datuk, bagaimana bentuk perjanjian itu hingga tergamak Liu melukai hati rakannya sendiri Pas dalam PR.
Dari tiga rasa keliru itu Datuk, saya lihat PR tidak punya perjanjian yang kukuh dan kental seperti perjanjian dalam BN yang bertunjangkan Perikatan (Umno, MCA dan MIC) dulunya. Dalam usia saya 66 tahun, saya kental dengan menghormati Melayu yang mendukung cita-cita membantu Melayu dalam konteks Melayu yang luas dan menegak syariat Islam dengan cara diterima umum di luar kotak jumud.
ABDUL RAHMAN CHE MAT,
Kuala Terengganu,
Terengganu.
Penghuni Gua : Fikirkanlah, fikirkan!
Salam kpd Datuk Dr. Hassan. Saya setuju dgn penjelasan dr En. Abdul Rahman Che Mat. Syabas. Tak kan Datuk dan rakan2 seperjuang yg lain, tak faham DAP!! Agenda DAP ialah utk menjatuhan umat islam/melayu. PKR tu adalah lalang mereka ta'faham kedudukan melayu sekarang ni. Melayu sekarang lemah dari segi ilmu, economi, moral, jati diri dan sebagai. Ayoh bangun dan berfikir jangan demo dimana tempat melayu cari rezeki, kenapa tak buat di Petaling Street, Bukit Bintang jawablah. Anuar tu kaki pengasut, awak dah tua fikirkan generasi yg bawah ni. Adalah kita nak jagi balaci, kuli dan miskin ditempat lahir sendiri. Tolong sedar dan fikir!!!
ReplyDeletekalau dah namanya cina kafir tu kafir ler jugak...cina cina yang dok ada tu tak sedo diri...pukimak punye cina!!!!!
ReplyDelete