Vedeo SPRM Enggan Siasat Rasuah Politik
Dan Tangkapan Pondan SPRM
Pandangan DR. Abd Rani Kamaruddin UIAM
Dalam kes Abdul Raman v Tan Jo koh, orang yang ditangkap telah melawan, akibatnya sarong kainnya bolos dan telah mendapat malu oleh kerana dia tidak memakai seluar dalam, Mahkamah Federal memutuskan polis berhak menggunakan kekerasan yang perlu (seksyen 15 Kanun Prosedur jenayah).
Dalam kes Datuk Ramli, peguamnya Rosli Dahlan "mengamuk" kerana ditangkap sehari sebelum hari raya dan mendakwa polis telah mengkasarinya dan berniat memalukannya. Namun dia tidak menyaman polis kerana dia tahu polis berhak berbuat demikian - kekerasan perlu.
Apa pun polis menangkap bukan mengikut syarat dan kehendak, orang yang ditangkap. Dalam kes ini, apahal penguatkusa bertindak "dayus' pula. Apakah orang politik kebal undang-undang? Kenapa tidak menggunakan kekerasan yang perlu?
SPRM faham ke kuasa yang mereka dalam undang2 prosedur jenayah?Orang yang ditangkap memang berhak mendapat peguam, namun hak itu bukan hak "instant" cuma "as soon as is reasonable". Mereka-mereka yang menghalang penjawat awam menjalankan tugas seharusnya ditangkap dan didakwa.
Jika SPRM memahami kuasa nya dan menggunakannya mengikut undang2, maka apa nak takut dengan ugutan dan tindakan mereka hendak menyaman? Biarlah mereka saman, lihat samada mereka itu benar. Pihak SPRM yang berdiam dan tidak mematahkan hujah peguam mereka di TV mengambarkan seoalahnya SPRM bertindak tidak mengikut undang2.
Persoalannya, apakah SPRM hendak menangkapnya sebagai OKT atau menahannya untuk mengambil keterangan saksi. Jika sebagai saksi, gunalah seksyen 111 kanun Prosedur jenayah dan jika enggan minta waran tangkap. Pendapat PG berkenaan prosedur itu adalah tepat. SPRM perlu mendalami pembelajaran Kanun Prosedur Jenayah.
Dr Abdul Rani Bin Kamarudin
Pensyarah Undang-Undang UIAM
15 August 2009 20:03
Penghuni Gua : PG amat sedih melihat kebodohan dan kepondanan pegawai-pegawai SPRM yang cuba menangkap penjenayah ini. Saksi / penjenayah ini selepas bergelut dibiarkan bebas. Boleh pula bagi tahu akan jumpa SPRM kemudian setelah sihat.
2. Mengapakah begitu pondannya pegawai SPRM yang terlatih ini dalam undang-undang hingga biarkan tangkapan itu tidak sempurna / dibiarkan bebas? Mengapa SPRM tidak terus menangkap wong ini selepas berlaku pergelutan. Mengapa SPRM tidak menangkap juga mereka yang menghalang anda semasa cuba menangkap wong gangster ini.
3. Mengapa SPRM begitu pondan sehingga gagal menyempurnakan tangkapan tersebut?
4. Baiknya pegawai-pegawai ini dikenakan juga tindakan tatatertib kerana kegagalan ini dan menunjukkan sikap takut ketika menjalankan tugas.
5. Jika wong ini saksi , gunakan seksyen 111 KAJ. Kalau wong ini saspek, boleh gunakan kekarasan yang perlu seperi DR Abd Rani jelaskan di atas sehingga sempurna tangkapan tersebut. Amat memalukan sekali SRPM begitu selekeh dalam tindakan. Patut pun mereka dikecam. Cakap aje lebih dan berdegar-degar dengan tangkapan ikan bilis.
6. Bab Dato Shukri Timbalan Pengarah SPRM ( Siasatan ) yang memandai -mandai keluarkan arahan kepada semua pegawai penyiasat SPRM agar tidak lagi menyiasat kes-kes melibatkan rasuah politik dan tokoh politik tersebut: kerajaan perlu mengambil tindakan tegas sehingga melucutkan jawatannya. Ia amat memalukan kerajaan dan salah prosedur. Ini masalah dasar: bukan tugas Dato Shukri yang memandai-mandai untuk memberi arahan ini. SPRM bukan bapak dia punya.
7. Siapa dia yang boleh mengeluarkan arahan melangkawi undang-undang untuk tidak lagi menyiasat? Mana Ketua Pesurohjaya SPRM. Masih lagi tidor. Dulu andalah yang berdegar-degar bercakap. Berikan komen anda dalam isu arahan Dato Shukri ini. Arahan ini amat bodoh sekali. Anda kena bersuara dan betulkan segera arahan bodoh ini.
8. Kalau tidak tahan tekanan dikecam, berhenti. Gaji anda berbelas ribu sebulan. Mahu makan gaji buta sahaja. Ramai lagi yang layak untuk mengganti tempat anda. Arahan beliau ini juga satu ugutan kepada kerajaan.
9 Beliau ini hanya layak jadi iman surau aje atau guru mengaji quran. Tak ada tekanan dan tak ada kecaman dari orang ramai. Berhenti segera atau kerajaan singkirkan beliau.
10. Kepada kerajaan juga : pertimbangkan agar ketua pesurohjaya atau 4 jawatan utama di SPRM tersebut diberi kembali kepada PDRM seperti sebelum ini. Pegawai SPRM yang ada dipucuk pimpinan sekaran ini jauh dari layak. Mereka ini hanya layak menyiasat kes curi gula-gula dikedai runcit dikampung atau siasat kes curi kambing sahaja kalau beginilah pemikiran pegawai atasan ini.
11. Kepada PM: Betulkan segera SPRM ini. Bersihkan dari anai-anai tak perguna dan memalukan kerajaan dan agensi penguatkuasa yang lain.
12. PG amat setuju dengan kes rujukan yang diberikan dan pandangan yang diberikan oleh DR Abdul Rani Kamaruddin diatas.
13. Jika takut di kecam , berhenti dan jangan makan gaji buta atau duit haram. Duit haram ini bukan sahaja rasuah, tetapi juga bermaksud beri kerja tak buat, buat kerja tidak sepadan dengan gaji. Ini wang haram lah namanya.
Akhirnya : PG tak boleh menerima langsung dan amat geram dengan tangkapan pondan dan arahan pondan dari SPRM ini. Macam tak percaya langsung bahawa perkara ini berlaku di Malaysia. Dicadang SPRM buang sahaja perkataan Di Raja di nama SPRM. Memalukan DYMM sahaja.
Dulunya beriya-riya SPRM nakkan kuasa. Dah diberi kuasa dan keanggotaan , tak mahu bekerja pulak kerana takut dikecam. Bodohnya. Hari ini hari gelap buat negara. Bubar aje SPRM atau balik semula kepada BPR lagi baik. Tak bazirkan duit kerajaan dan rakyat.
No comments:
Post a Comment