FOLLOWERS

Friday, 7 August 2009

IBRAHIM LIBYA : KESIANNYA DIA, PAS SUDAH TIDAK PEDULI LAGI !




Nota : Ringkasan siapa dia Ibrahim Libya : Peristiwa Memali berlaku pada 19 November 1985. Insiden ini mengorbankan 18 orang dan berpuluh-puluh yang lain tercedera serta penahanan beratus-ratus orang. Kesemua yang ditahan telah dibebaskan kecuali 36 orang. Mereka ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Dalam pertempuran antara orang kampung dengan pihak polis, Ustaz Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali dengan Ibrahim Libya telah terbunuh. Polis memanggil operasi ini sebagai 'Operasi Angkara/Operasi Hapus'. Berita lanjut : KLIK



( Dalam wikipidea ini kisahnya hanya boleh dipercayai sebahagian . Operasi ini adalah kerana kumpalan Ibrahim libya ini memang berhasrat menentang kerajaan secara kekerasan dan sejumlah senjata dan senapang patah dijumpai di markah Ibrahim Libya ini. 4 anggota polis termasuk se0rang Insp polis telah ditembak oleh penjenayah agama ini. )


PG perhatikan sejak PRU 12, apabila PAS menang besar di dalam PRU ini dan dapat memerintah Kedah dan Kelantan serta menambah banyak kerusi di semua negeri, PG dapati PAS sudah mula melupakan dan memang lupa pun kepada Ibrahim Libya.

2. Kalau dahulu iaitu sejak 1986 setiap tarikh 19 nov .... maka akan dibuat satu hari yang dinamakan hari syuhada bagi memperingati kematian Ibrahim Libya. Berbagai program di aturkan di Baling Kedah dan seluruh negara termasuk sembahyang hajat, sektsa, rapat umum, ceramah dan segala macam perkaralah kononnya untuk membela Ibrahim Libya dan penyokong-penyokong nya yang terbunuh di dalam peristiwa tersebut.

3. Setiap tahun , tak pernah tertinggal satu tahun pun sebelum PRU 12 , PAS menggunakan isu ini sepenuhnya. Hari syuhada ini disambut dan diingati dengan majlis yang amat besar. Berkampunglah pemimpin PAS setiap tahun di Baling atau di mana-mana padang bagi kononnya memperingati kumpulan ini.

4. Sejak PRU 12 hingga sekarang, satu majlis sebesar majlis kahwin kampung pun , tak pernah sekali PAS mengadakan majlis atau hari memperingati kumpulan ini lagi. Mungkin PAS sudah menang besar dan isu Ibtrahim Libya sudah tidak berguna kepada mereka.

5. Ibrahim Libya hanya dijadikan kuda tunggangan dan untuk menarik masyarakat yang buta untuk menyokong PAS. Sekarang sudah menang besar, maka Ibrahim Libya sudah tak berguna lagi pada PAS.

6. Kesian Ibrahim Libya. Parti yang anda puja sudah melupakan anda kerana masing-masing sibuk menjaga kedudukan politik masing-masing. Setengah pemimpin PAS pun, mungkin sudah atau tak mengenali dan mengingati siapa itu Ibrahim Libya.

7. Inilah perjuangan PAS. Masa nak guna memang mereka ini bagai nak rak mempromosi daan menggunakan anda. Pujian melambung. Nyawa pun sanggup PAS berjanji berikan termasuk syurga kepada pemimpinnya. Tetapi bila sudaah menang besar maka inilah jadinya. Ada makan ke atau ada minum ke anak -beranak Ibrahim Libya tak pernah diambil tahu pun oleh PAS dan pemimpinnnya.

8. Begitulah juga yang akan terjadi kepada penyokong PAS yang cedera teruk kemalangan semasa hendak menyertai demo haram di Kuala Lumpur pada 1 ogo 2009. Mungkin sekarang adalah seorang dua pemimpin PAS nak ambil tahu. Tapi tunggulah 2 ke 3 bulan lagi. Keadaannya pasti sama seperti apa yang berlaku kepada Ibrahim Libya.

9. Inilah yang terjadi kepada semua anda sekiranya menyokong parti yang hanya tahu mengambil kesempatan atas idu. Anda cuma dieksploitasi. Kemudian anda semua akan dilupakan setelah PAS selesa berada di kedudukannya seperti sekarang.

10. Kesian Ibrahim Libya, Kesian. Inilah cara PAS. Setelah senanag maka nak sebut tentang Ibrahim Libya pun berat mulut. Itulah yang akan terjadi kepada anda yang menyokong PAS di masa akan datang. Hanya di eksploitasi. Buktinya kes Ibrahim Libya. Kesian Ibrahim Libya.

Nota : Mungkin anda juga di masa depan termasuk di dalam gambar yang di atas sekali yang dipaparkan iaitu sebahagian dari wajah-wajah mereka yang dieksploitasikan jika anda tidak memikirkannya. Buktinya sudah banyak. Fikirkanlah.

1 comment:

  1. Lebih baik kita sedekahkan Al Fatihah utk arwah..yg pergi tetap pergi yg tinggal kena muhasabah diri..jadikan peristiwa tersebut sebagai pengajaran.

    ReplyDelete

PETA PELAYAR