Utusan Malaysia
24 ogos 2009
Majlis Peguam mahu sebat dihapuskan
KUALA LUMPUR 24 Ogos - Majlis Peguam hari ini mengeluarkan kenyataan menggesa kerajaan agar menghapuskan hukuman sebat untuk apa jua kesalahan jenayah.
Menurut kenyataan itu, Majlis Peguam mengutuk dan menolak hukuman sebat kerana tidak bersesuaian dengan masyarakat Malaysia yang penuh dengan perasaan belas kasihan.
"Malah, hak asasi manusia antarabangsa juga mengutuk hukuman sebat dan apa jua hukuman dera. Hukuman ini dianggap sebagai zalim, tidak berperikemanusiaan dan kami menggesa kerajaan untuk menghapuskan hukuman sebat ini," kata kenyataan itu.Berita lanjut : KLIK
Penghuni Gua : Kepada Majlis Peguam, jangan ada cuba campurtangan berkaitan agama islam. Jangan guna ayat yang berlapik dan cuba berdalih. Kamu bercakap tentang isu sebatan . Dalam kes ini isu sebatan kartika.
2. Jangan cuba memusing cakap anda dan membelit tentang agama kami. Kamu langsung tidak boleh komen tentang apa-apa yang berkaitan agama kami. Samada ia sebatan atau apa sahaja. Di dalam agama kami , kanak -kanak yang berumur 7 tahun dan tidak mengerjakan sembahyang pun akan disebat menurut agama kami ( ada kaedahnya ).
3. Jangan sesekali menggunakan hak asasi manusia untuk komen agama kami. walau pun anda komen secara umum tetapi isunya ialah isu kartika. Kamu tidak tahu langsung bagaimana hukuman sebat yang dimaksudkan oleh agama kami terhadap wanita. Jadi jika anda tidak memahami apa-apa yang anda katakan lebih baik diam dari menimbulkan perkara yang tidak diingini.
4. Bukan semua isu anda boleh mengulasnya. Berhati-hati dengan ulasan anda. Jangan juga mencuba menjadi juara dalam semua perkara. Anda tidak tahu langsung tentang kaedah hukuman ini. Ia bukan sebatan seperti penjenayah biasa. Kepada wanita ia berlainan. Adakah anda mahu kami komen tentang agama anda atas alasan hak asasi manusia? Jika mahu, kami juga boleh dan terlalu banyak yang kami juga boleh komen tentang agama-agama lain selain islam kerana melanggar hak asasi manusia. Jika kami mahu kami juga boleh lakukan. Adakah anda bersedia untuk ini?
5. Fikir dulu sebelum bercakap. Anda hanya mahir tentang undang-undang jenayah dan sivil . Itu pun tidak semua. Banyak perkara lagi yang anda perlu belajar dari belajar undang-undang sahaja yang hanya sebesar habuk sahaja ilmu nya jika dibandingkan jumlah ilmu keseluruhan..
6. Fikir sebelum bercakap. Jangan cuba jadi loyar burok. Jadilah seperti orang yang terpelajar dan berpendidikan. Jika tidak tahu bertanya dari yang mahir.
7. Adakah Majlis Peguam berpendapat agama Islam semudah akal fikiran bodohnya untuk ia mentafsirkan segala apa yang diturunkan Allah kepada kami semua. Fikir baik-baik Majlis Peguam. Jangan menghina agama orang lain jika tidak mahu kami menghina dan komen tentang agama yang anda anuti. Jangan biadap.
Nota : PG tidak akan ambil kisah jika pertikaian melibatkan sesama islam. Cuma bila Majlis Peguam cuba campur tangan itu yang bahayanya. Jangan berselindung di sebalik Majlis Peguam. Kami tahu siapa anda.
Kalau semua hukuman sebat dimansuhkan maka meloncatlah puak 'penyangak' seentero. Apa lagi hukuman yg selayaknya? Adakah sekadar bubuh dalam penjara dan bagi makan sampai puluhan tahun? Kadang2 pun puak2 lowyer ni pun beri kenyataan macam tak dak akai saja.
ReplyDeletep/s- Hukuman rotan dipenjara Kajang :
Lagumana kaedahnya? Adakah seperti penjenayah lain? Kalau lagu tu sekali sebat mau pengsan budak ni.
Sebab : Yg teman faham kaedah sebatan tu adalah dikhalayak ramai dan: Merotan tu ada kaedah . Contahnya merotan tidak boleh mengangkat tangan melebihi had2nya yg tertentu. (refer yg lebih arif) Hukuman dalam lebih kepada mendidik (terutamanya kepada yg lain2.)
Majlis Peguam dikuasai oleh kafir... Sebab itu mereka menentang...
ReplyDeleteeXception - Bukan Sekadar Blog Picisan
Nak tanya lawyer yg lebih tahu, pernah ke hukuman sebat dilaksanakan oleh Mahkamah Syariah sebelum ini ?
ReplyDeleteNani Cheras