FOLLOWERS

Monday 24 August 2009

PRK PERMATANG PASIR : MAHFUZ SASAR 1 UNDI : HE HE HE !



MUTAKHIR

Berita Harian

24 ogos 2009


Pas sasar menang majoriti satu undi




BUKIT MERTAJAM: Walaupun kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir adalah kubu kuat Pas, parti itu tetap dengan pendirian meletakkan sasaran untuk menang dengan majoriti satu undi pada pilihan raya kecil DUN itu esok.

Pengarah Pilihan Raya Pas, Datuk Mahfuz Omar, berkata pihaknya tidak mahu melahirkan keyakinan tinggi untuk mengekalkan kerusi berkenaan walaupun pihaknya sudah mempunyai maklumat awal mengenai jangkaan statistik undian bakal dibuat pengundi.

"Semuanya ada dalam poket saya sekarang ini, saya sudah tahu berapa jumlah undi bakal diterima calon Pas, berapa undi calon BN serta berapa majoriti bakal dimenangi calon kami. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Hai Mahfuz, lain macam aje cakapnya. Selama ini cakap besar sangat. Dah tahu nak kalah ke.

2. Kalau dah ada dalam poket tentang jumlah kemenangan umum aje le. Bukannya akan berubah pun keputusanya. Cakap biar le ada dasar dan justifikasinya. Biasanya bukan main besar mulut Mahfuz ini. Kadangkala melebihi kepalanya bila mulutnya terbuka.

3. Kesian Mahfuz. Dapat calun pun jenis tak boleh bercakap. Dah lah tak boleh dan tak pandai bercakap ada pulak silapnya. Jadi diam aje le. Kesian Mahfuz jadi kakaktua untuk bercakap bagi pihak calun.

4. Kesian dia!

3 comments:

  1. salam PG

    agaknya berapa kali dia buat lawatan ke kawasan parlimen dia termasuk penjara alor setar tu... bagus betul ahli parlimen ni sampai ke penjara pun dia pi melawat...

    salam

    ReplyDelete
  2. Kalau mahfus tahu berapa banyak BN dan PAS dapat undi dan majoriti memang kompom la ada pengundi hantu kat sana.nie tak boleh di terima nie bai... kena buat siasatan nie.

    ReplyDelete

PETA PELAYAR