FOLLOWERS

Wednesday 26 August 2009

UNDANG-UNDANG KETERANGAN : PUTUS RANTAIAN KETERANGAN , APAKAH KESANNYA !



Break in the chain of evidence
(what is the effect).



Nota : Kuliah lama PG yang ada dalam simpanan. Ia adalah juga catatan tambahan yang dibuat oleh seorang yang amat dedikasi di dalam kelas kami . Setinggi terima kaseh kepada Che Zaimani yang begitu rajin dalam membantu kami dahulu. Kepada semua pelayar blog ini, semuga dengan paparan ini, ianya akan memberi menafaat kepada semua dalam memahami secara ringkas mengenai Sistem keadilan Jenayah Di Malaysia. Tq


Peraturan umum : undang-undang adalah jelas, tidak perlu memanggil/mendapat semua keterangan bagi memastikan rantaian keterangan tidak putus. Contohnya seorang pegawai polis yang mengambil satu objek di tempat kejadian jenayah dan telah mengecamnya sebagai objek yang dirampas maka tidak perlu memanggil semua pegawai lain yang mengendalikanya kecuali terdapat keraguan kepada indentiti objek yang dirampas. Adalah dikehendaki pegawai yang merampas menandanya dengan baik sekiranya diperlukan sebagai barang kes dan disimpan di bawah penjagaan yang ketat.

Dalam kes PP V Lim Mung Shaing [1989] 2 CLJ 475

pendakwaan gagal membuktikan rantaian keterangan mengenai barang kes. Sungguhpun undang-undang adalah jelas tidak perlu memanggil semua keterangan, tetapi sekiranya ujud keraguan kepada indentiti barang kes dan kegagalan memberi keterangan perlu akan kesenambungan rantaian keterangan barang kes boleh mengkibatkan kes pendakwa fatal . Dalam kes ini bukan saja keraguan kepada penyewa rumah tetapi juga keraguan kepada indentiti barang kes yang dihantar ke kepada jabatan kimia.

*Teoh Hoe Chye v PP [1987] 1 MLJ 220

- `kegagalan untuk memanggil seorang saksi yang khusus telah memberi jurang(gap) yang berat kepada kes pendakwaan. Dalam kes ini putusnya rantaian keterangan adalah berat mengenai pembuktian indentiti barang kes. Putusnya tersebut sehingga tidak boleh disembohkan melalui sebarang undang-undang.

*Pavone v PP [1986] 1 MLJ 423

`adalah jelas tanggungjawab pendakwa mendapatkan keterangan pakar menjelaskan perbezaaan dadah yang dijumpai oleh pegawai unit penguatkuasa dadah dan ahli kimia. Jika terdapat perhubungan antara candu dan heroin keterangan pakar hendaklah ditanya mengenai perkara tersebut. Ketidak hadiran keterangan tersebut jelas mengakibatkan jurang (gap) jelas kepada kes pendakwaan.

Dalam kes yang berat begini , barang kes seharusnya dibungkus dan dimateri oleh pengawai yang mengendalikan barang kes berkenaan. Barang kes diserahkan kepada ketua polis balai untuk simpanan selamat, tetapi tidak ada tindakan diambil untuk memastikannya iaya tidak diganggu(tempered).

Tidak ada keterangan diberikan di mana barang kes disimpan sehingganya ianya diserah kepada pegawai penyiasat pada tengahhari keesokan harinya. Tidak ada keterangan diberi apa yang dilakukan oleh pegawai penyiasat sehingga barang kes di bungkus dan di meteri. Di samping pendapat berbeza ahli kimia dan pegawai unit penguakuasa dadah, sikap cuai dalam pengendalian barang kes menjadi begitu signifiken dan terjumlah kepada putusnya rantaian keterangan.

*Mohd Osman Bin Pawan V PP [1989] 2 MLJ 110.

Dalam kes yang berat sebegini adalah ditekan sekali lagi I.O tidak boleh mengambil ringan dalam soal penyimpanan barang kes yang boleh meninggalkan jurang kepada kes pendakwa berkaitan rantaian keterangan barang kes . Dalam kes ini pendakwa tidak memanggil pegawai kastam yang mengira barang kes yang dibuat dalam kehadiran perayu, tetapi saksi hanya disedia kepada pihak pembelaan.

Jika kes pendakwaan kekurangan prima facie, tindakan tersebut tidak membawa faedah dan tidak boleh menutup jurang (gap) kepada kes pendakwaan. Dalam kes ini barang kes disimpan bersama dengan barang kes lain. Semua tidak dilebel dan ditanda. Tidak ada daftar barang kes disediakan dan ada kemungkinan tinggi barang kes lain di hantar ke ahli kimia. Keadaan ini lebih mungkin apabila jumlah dadah yang dihantar ke jabatan kimia lebih rendah dari jumlah yang dirampas.

*Shamsuddin Bin Hassan & Anor v PP [1991] 3 MLJ 314

– bertindak di atas maklumat diterima, pada 7.3.86 polis telah mengikuti sebuah kereta Ford dan melihat satu bungkusan dibuang dari kereta. Bungkusan tersebut telah di rampas oleh seorang anggota polis dan anggota polis terus mengejar kereta Ford berkenaan dan berjaya ditahan apabila terlibat dengan kemalangan. Di dalam kereta adalah kedua-dua perayu iaitu sepasang suami isteri dan seorang anaknya berumur 15 bulan.

Pegawai yang membawa barang kes balik ke Balai Polis Changkat pada jam 5 petang sementara pegawai yang menangkap perayu sampai dibalai jam 1 petang. Barang kes diserahkan kepada pegawai penyiasat jam 6 petang. I.O pula menyerahkan barang kes kepada ahli kimia pada 12.3.86. Barang kes yang diserah kepada I.O tidak ditanda.

Tidak ada penjelasan apa yang dilakukan kepada barang kes salama 5 jam sebelum diserah kepada pegawai penyiasat. Diputuskan : terdapat jurang yang berat mengenai rantaian keterangan barang kes dadah yang dibuang dari kereta dan dan barang kes yang dikemukakan di mahkamah. Pada alasan ini sahaja perayu tidak boleh dipanggil untuk membela diri.

*Abdullah Bin Yaacob v PP [1991] 2 MLJ 237

– kegagalan pendakwa memanggil pegawai polis yang menerima dan menyimpan barang kes dari tahun 1985 sehingga 1989 adalah kegagalan berat dalam kontek kes ini.

*Abdul Jalil bin Abdul Satar v PP [1991] 2 MLJ 194

– dalam kes ini perayu telah disabitkan dengan kesalahan mengedar dadah dan dihukum mati. Rayuan dibuat bahawa pegawai polis bernama Teh Kok Liang yang menerima barang kes dan menghantar barang kes kepada ahli kimia tidak dipanggil memberi keterangan kerana telah bersara dan tidak dapat dikesan.

Barang kes tidak dapat dicam oleh pegawai yang merampas di tempat kejadian. Diputuskan : membenar rayuan dan mengenepikan sabitan. Pendakwa dalam kes tidak memberi alasan yang sah kenapa penama The Kok Liang tidak dikesan dan apakah usaha yang dilakukan untuk mengesannya.

Kegagalan untuk memanggil saksi ini telah menyebabkan jurang yang berat kepada putusnya rantaian keterangan mengenai indentiti dadah yang dikemukakan di mahkamah.Oleh kerana pendakwa gagal memenohi keperluan ketat dalam pembuktian kes jenayah, rayuan mestilah dibenarkan dan sabitan diketepikan.

Penghuni Gua : Semuga semuanya mendapat menafaat darinya.

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR