FOLLOWERS

Showing posts with label UNDANG-UNDANG / AKTA KETERANGAN. Show all posts
Showing posts with label UNDANG-UNDANG / AKTA KETERANGAN. Show all posts

Saturday, 29 August 2009

JUDICIAL EVALUATION OF CIRCUMSTANTIAL EVIDNCE


Penilaian kehakiman
Keterangan berdasarkan keadaan
(Judicial Evalution of Circumstantial Evidence).



Nota : Kuliah lama PG yang ada dalam simpanan. Ia adalah juga catatan tambahan yang dibuat oleh seorang yang amat dedikasi di dalam kelas kami . Setinggi terima kaseh kepada Che Zaimani yang begitu rajin dalam membantu kami dahulu. Kepada semua pelayar blog ini, semuga dengan paparan ini, ianya akan memberi menafaat kepada semua dalam memahami secara ringkas mengenai Sistem keadilan Jenayah Di Malaysia. Tq

Pendekatan keputusan kes-kes di England sekian lama di jadikan set prinsip peraturan dan di akui (settles laws). Perkara ini diterima oleh mahkamah di Malaysia, Singgapore, India dan juga Sri Langka.

Kes yang mengepalai adalah R v Exall (1866) 4 F &F 992 yang menyatakan

“telah dikatakan keterangan berdasarkan keadaan adalah satu rantaian , dan setiap cebisan keterangan mestilah dihubung kepada rantaian berkenaan. Jika salah salah satu rantai tersebut tidak bercantum maka rantaian akan terputus. Tali yang lebih banyak adalah cukup kekuatan untuk menerima beban. Bagitu juga keterangan berdasarkan keadaan adalah hasil kombinasi dari keadaan-keadaan apabila dikumpulkan akan menerbitkan satu kesimpulan tertuduh bersalah.”.

Pada kes di India, Gambhir V State of Maharashtra [1982] 2 SCC 351 Mahkamah Agong menyatakan untuk menerima keterangan berdasarkan keadaan mahkamah hendaklah berpuas hati kepadaa 3 ujian :

i. Keterangan berdasarkan keadaan di mana inferen kesalahan hendak dibuat mestilah terbentuk dengan kuat dan kukuh ( cogently and firmly established ).
ii. Keterangan berdasarkan keadaan tersebut mestilah mempunyai kecenderungan pasti , tiada kesilapan menunjukkan kearah kesalahan tertuduh.
iii. Keterangan berdasarkan keadaan tersebut apabila dikumpulkan , sepatutnya membentuk satu rantaian lengkap dan tiada pilihan untuk dibuat kesimpulan, berdasarkan kepada kemungkinan manusia biasa, jenayah telah dilakukan oleh tertuduh dan bukan orang lain.

Nota : Kekukuhan keterangan berdasarkan keadaan biasanya datang dari beberapa keterangan berdasarkan keadaan yang konsisten (selaras) di mana semuanya menunjuk satu kesimpulan di mana setelah ditimbang semua keterangan berdasarkan keadaan itu mahkamah menentukan kesalahan tertuduh.( ianya mestilah konsistant dengan kesalahan tertuduh ).

Seksen 6 dan 5 adalah dirujuk kepada keterangan berdasarkan keadaan dan seksen 6 hingga 16 adalah contoh terkemuka mengenai keterangan berdasarkan keadaan.

Penghuni Gua : SEmuga semua pelayar dan pelajar mendapat menafaat dari nota kuliah undang-undang ini. Bacaan tambahan adalah perlu kepada semua pelajar kerana ini hanya nata ringkas.

Wednesday, 26 August 2009

UNDANG-UNDANG KETERANGAN : PUTUS RANTAIAN KETERANGAN , APAKAH KESANNYA !



Break in the chain of evidence
(what is the effect).



Nota : Kuliah lama PG yang ada dalam simpanan. Ia adalah juga catatan tambahan yang dibuat oleh seorang yang amat dedikasi di dalam kelas kami . Setinggi terima kaseh kepada Che Zaimani yang begitu rajin dalam membantu kami dahulu. Kepada semua pelayar blog ini, semuga dengan paparan ini, ianya akan memberi menafaat kepada semua dalam memahami secara ringkas mengenai Sistem keadilan Jenayah Di Malaysia. Tq


Peraturan umum : undang-undang adalah jelas, tidak perlu memanggil/mendapat semua keterangan bagi memastikan rantaian keterangan tidak putus. Contohnya seorang pegawai polis yang mengambil satu objek di tempat kejadian jenayah dan telah mengecamnya sebagai objek yang dirampas maka tidak perlu memanggil semua pegawai lain yang mengendalikanya kecuali terdapat keraguan kepada indentiti objek yang dirampas. Adalah dikehendaki pegawai yang merampas menandanya dengan baik sekiranya diperlukan sebagai barang kes dan disimpan di bawah penjagaan yang ketat.

Dalam kes PP V Lim Mung Shaing [1989] 2 CLJ 475

pendakwaan gagal membuktikan rantaian keterangan mengenai barang kes. Sungguhpun undang-undang adalah jelas tidak perlu memanggil semua keterangan, tetapi sekiranya ujud keraguan kepada indentiti barang kes dan kegagalan memberi keterangan perlu akan kesenambungan rantaian keterangan barang kes boleh mengkibatkan kes pendakwa fatal . Dalam kes ini bukan saja keraguan kepada penyewa rumah tetapi juga keraguan kepada indentiti barang kes yang dihantar ke kepada jabatan kimia.

*Teoh Hoe Chye v PP [1987] 1 MLJ 220

- `kegagalan untuk memanggil seorang saksi yang khusus telah memberi jurang(gap) yang berat kepada kes pendakwaan. Dalam kes ini putusnya rantaian keterangan adalah berat mengenai pembuktian indentiti barang kes. Putusnya tersebut sehingga tidak boleh disembohkan melalui sebarang undang-undang.

*Pavone v PP [1986] 1 MLJ 423

`adalah jelas tanggungjawab pendakwa mendapatkan keterangan pakar menjelaskan perbezaaan dadah yang dijumpai oleh pegawai unit penguatkuasa dadah dan ahli kimia. Jika terdapat perhubungan antara candu dan heroin keterangan pakar hendaklah ditanya mengenai perkara tersebut. Ketidak hadiran keterangan tersebut jelas mengakibatkan jurang (gap) jelas kepada kes pendakwaan.

Dalam kes yang berat begini , barang kes seharusnya dibungkus dan dimateri oleh pengawai yang mengendalikan barang kes berkenaan. Barang kes diserahkan kepada ketua polis balai untuk simpanan selamat, tetapi tidak ada tindakan diambil untuk memastikannya iaya tidak diganggu(tempered).

Tidak ada keterangan diberikan di mana barang kes disimpan sehingganya ianya diserah kepada pegawai penyiasat pada tengahhari keesokan harinya. Tidak ada keterangan diberi apa yang dilakukan oleh pegawai penyiasat sehingga barang kes di bungkus dan di meteri. Di samping pendapat berbeza ahli kimia dan pegawai unit penguakuasa dadah, sikap cuai dalam pengendalian barang kes menjadi begitu signifiken dan terjumlah kepada putusnya rantaian keterangan.

*Mohd Osman Bin Pawan V PP [1989] 2 MLJ 110.

Dalam kes yang berat sebegini adalah ditekan sekali lagi I.O tidak boleh mengambil ringan dalam soal penyimpanan barang kes yang boleh meninggalkan jurang kepada kes pendakwa berkaitan rantaian keterangan barang kes . Dalam kes ini pendakwa tidak memanggil pegawai kastam yang mengira barang kes yang dibuat dalam kehadiran perayu, tetapi saksi hanya disedia kepada pihak pembelaan.

Jika kes pendakwaan kekurangan prima facie, tindakan tersebut tidak membawa faedah dan tidak boleh menutup jurang (gap) kepada kes pendakwaan. Dalam kes ini barang kes disimpan bersama dengan barang kes lain. Semua tidak dilebel dan ditanda. Tidak ada daftar barang kes disediakan dan ada kemungkinan tinggi barang kes lain di hantar ke ahli kimia. Keadaan ini lebih mungkin apabila jumlah dadah yang dihantar ke jabatan kimia lebih rendah dari jumlah yang dirampas.

*Shamsuddin Bin Hassan & Anor v PP [1991] 3 MLJ 314

– bertindak di atas maklumat diterima, pada 7.3.86 polis telah mengikuti sebuah kereta Ford dan melihat satu bungkusan dibuang dari kereta. Bungkusan tersebut telah di rampas oleh seorang anggota polis dan anggota polis terus mengejar kereta Ford berkenaan dan berjaya ditahan apabila terlibat dengan kemalangan. Di dalam kereta adalah kedua-dua perayu iaitu sepasang suami isteri dan seorang anaknya berumur 15 bulan.

Pegawai yang membawa barang kes balik ke Balai Polis Changkat pada jam 5 petang sementara pegawai yang menangkap perayu sampai dibalai jam 1 petang. Barang kes diserahkan kepada pegawai penyiasat jam 6 petang. I.O pula menyerahkan barang kes kepada ahli kimia pada 12.3.86. Barang kes yang diserah kepada I.O tidak ditanda.

Tidak ada penjelasan apa yang dilakukan kepada barang kes salama 5 jam sebelum diserah kepada pegawai penyiasat. Diputuskan : terdapat jurang yang berat mengenai rantaian keterangan barang kes dadah yang dibuang dari kereta dan dan barang kes yang dikemukakan di mahkamah. Pada alasan ini sahaja perayu tidak boleh dipanggil untuk membela diri.

*Abdullah Bin Yaacob v PP [1991] 2 MLJ 237

– kegagalan pendakwa memanggil pegawai polis yang menerima dan menyimpan barang kes dari tahun 1985 sehingga 1989 adalah kegagalan berat dalam kontek kes ini.

*Abdul Jalil bin Abdul Satar v PP [1991] 2 MLJ 194

– dalam kes ini perayu telah disabitkan dengan kesalahan mengedar dadah dan dihukum mati. Rayuan dibuat bahawa pegawai polis bernama Teh Kok Liang yang menerima barang kes dan menghantar barang kes kepada ahli kimia tidak dipanggil memberi keterangan kerana telah bersara dan tidak dapat dikesan.

Barang kes tidak dapat dicam oleh pegawai yang merampas di tempat kejadian. Diputuskan : membenar rayuan dan mengenepikan sabitan. Pendakwa dalam kes tidak memberi alasan yang sah kenapa penama The Kok Liang tidak dikesan dan apakah usaha yang dilakukan untuk mengesannya.

Kegagalan untuk memanggil saksi ini telah menyebabkan jurang yang berat kepada putusnya rantaian keterangan mengenai indentiti dadah yang dikemukakan di mahkamah.Oleh kerana pendakwa gagal memenohi keperluan ketat dalam pembuktian kes jenayah, rayuan mestilah dibenarkan dan sabitan diketepikan.

Penghuni Gua : Semuga semuanya mendapat menafaat darinya.

UNDANG-UNDANG KETERANGAN : BILANGAN SAKSI !


Akta Keterangan


Seksen 134 – Bilangan saksi.



Peraturan umum.

Tertuduh boleh disabitkan dengan kesalahan dengan satu cebisan keterangan terus. Dalam hal itu sokongan tidak diperlukan jika keterangannya cukup kuat untuk membuktikan keterangan terhadap tertuduh di luar keraguan munasabah. Lagi pun bukan bilangan saksi yang penting tetapi nilai keterangan yang diberikan. Oleh yang demikian sekiranya keterangan seorang saksi mempunyai kesan bukti yang kuat ( strong probative value) maka ia boleh mensabitkan tertuduh tanpa sebarang keterangan bebas sokongan lain, kecuali dalam kes-kes sokongan diperlukan ( e.g rakan jenayah,kanak-kanak dan sebagainya).

Seksen 134 – bilangan saksi.

Seksen ini menyatakan tidak ada jumlah saksi tertentu diperlukan untuk membuktikan sesuatu fakta. Ini bermakna keterangan dari saksi tunggal, jika dipercayai cukup untuk membuktikan sesuatu fakta (Khaw Cheng Bok V Khaw Cheng Poon (1998) 3 MLJ 457), kecuali dalam kes-kes yang memerlukan sokongan. Kepentingan adalah kuanliti keterangan bukanya kuantiti keterangan. Seksen ini adalah mengikut Maxim : Testes Ponderantur non Numberantur –keterangan untuk dinilai bukan di kira (Evidence has to be weight not caunted).

Selagi saksi boleh di percayai mahkamah boleh mensabitkan tertuduh berdasarkan keterangan saksi ini.

Badri V State of Rajasthan [1976] 1 SCC 447 Hakim Goswami meneliti :

` Oleh kerana di bawah Akta keterangan bilangan saksi tidak diperlukan untuk membuktikan sesuatu fakta, sebagai peraturan undang-undang , adalah waras dan ketetapan diterima baik (well established) bahawa kualiti keterangan dan bukan bilangan yang diambil kira. Dalam setiap kes, mahkamah hendaklah menimbang sama ada berpuas hati dengan munasabah untuk bertindak di atas keterangan seorang saksi saja untuk tujuan mensabitkan kesalahan seseorang`.

Keterangan hendaklah dinilai bukan dikira.

MGG Pillai V Tan Sri Dato Vincent Tan Chee Yioun [1995] 2 MLJ 493.

Hakim Gopal Sri Ram `......Responden adalah satu-satu saksi yang dipanggil untuk membuktikan kesnya. Hakim nampaknya telah menerima keterangan tersebut. Diputuskan berdasarkan autoriti yang dirujuk adalah tidak perlu responden untuk memanggil saksi lain bagi membuktikan tuntutan umumnya.`.

Vadivelu Thevar V State of Madras AIR 1957 SC 617, Hakim Sinha.

`Undang-undang India ( dan juga Parlimen Malaysia) adalah mengikut pengecualian yang ada di bawah seksen 134. Seksen tersebut menggunakan maxim yang diterima baik ` keterangan hendaklah dinilai bukan dikira`. Undang-undang kita telah memberi pengiktirafan bahawa pentadbiran keadilan akan terganggu (hamper) jika bilangan saksi memberi keterangan dimestikan`.

Ram August Tewari & Ors V Bindeshwari Tewari & Ors AIR 1972.

`Keterangan setiap saksi hendaklah dinilai pada meritnya sendiri dan sekiranya tidak ada keterangannya atau keterangan dari saksi lain yang mencabar kebolehpercayaannya (discredit) ,maka keterangan tersebut tidak boleh dikira tidak boleh dipercayai atas alasan hanya seorang saksi sahaja dan tidak ada saksi lain yang menyokongnya keterangannya`.

Aziz Bin Muhamad Din V PP [1996] 5 MLJ 473.

Hakim Augustine Paul. `Seksen 134 Akta Keterangan ,1950 tidak perlu bilangan saksi tertentu untuk membukti sesuatu fakta. Seksen ini menyerlahkan maxim yang diterima baik ` keterangan hendaklah dinilai bukan dikira`.

Vadivelu Thevar V State of Madras AIR 1957 SC 614.

Hakim Sinha mengenai pembuktian keterangan yang perlu disokong :

1. Sebagai peraturan umum, mahkamah boleh bertindak di atas keterangan seorang saksi saja, walaupun tidak disokong. Keterangan seorang saksi yang boleh dipercayai mengatasi keterangan beberapa orang saksi lain.

2. Kecuali sokongan diperlukan di bawah undang-undang, mahkamah tidak seharusnya meminta keterangan sokongan, kecuali dalam kes yang di mana keadaan keterangan saksi itu sendiri memerlukan sokongan sebagai amalan baik dan praktik (prudence and practice). Keterangan tersebut seperti keterangan dari saksi kanak-kanak atau keterangan dari rakan sejenayah.

3. Sama ada sokongan diperlukan bagi keterangan seorang saksi sahaja, ianya mestilah bergantung kepada fakta dan keadaan setiap kes dan tidak ada peraturan umum boleh dinyatakan dalam perkara ini dan ianya banyak bergantung kepada budi bicara kehakiman seseorang hakim yang mengendalikan kes di hadapannya. ( sila lihat juga kes PP V Dato Seri Anwar Bin Ibrahim (no.3), 1999 2 MLJ 1 ( HC).

Pendakwa tidak terikat untuk memanggil semua saksi-saksi yang dirakam kenyataannya.

PP V Teh Cheng Poh (1980) 1 MLJ 251.

Peguam menyatakan saksi PW2 adalah tidak boleh dipercayai dan berkepentingan dan keterangan tidak harus diterima oleh Mahkamah. Dia juga menyatakan pemandu kereta polis, Subramaniam dan Quek Kwang Hun tidak dipanggil oleh pendakwa. Hakim dalam kes ini telah merujuk kepada kes PP V Mohamed Ali (1962) MLJ 257 `


Apabila seorang saksi polis menyatakan sesuatu yang tidak mungkin, ianya terlebih dulu hendaklah diterima. Jika dia menyatakan seekor kambing melompat ke bulan, tentunya keterangan tersebut tidak boleh diterima, tetapi jika ia menyatakan seekor kambing merayau-rayau di sepanjang jalan utama di Kuala Lumpur, maka bukanlah justifikasi dengan ujian ringkas bagi tidak mempercayai keterangannya.


Memang sekiranya keterangan beliau bercanggah dengan keterangan lain atau tergugat semasa pemeriksaan balas, maka adalah tugas magistrate untuk memutuskan sama ada menerima atau menolak keterangan tersebut. Tetapi jika tidak ada percanggahan atau sebarang elemen yang tidak mungkin dari keterangan diberi secara bersumpah , sama ada keterangan dari saksi polis atau tidak, hendaklah pada biasanya diterima.

Khoon Chye Hin V PP [1961] MLJ 105.

Mahkamah rayuan telah menyemak semua autoriti dan membuat kesimpulan memanggil saksi adalah pada budi bicara pendakwa.

Samsudin V PP [1962] MLJ 45.

`Adalah jelas dari autoriti ini bahawa pendakwa mempunyai budi bicara untuk memanggil saksi dan juga jika tidak memanggil saksi material yang ada , maka mengalami bahaya anggapan seksen 114(g)`.

Sabitan hanya bergantung kepada keterangan seorang saksi.

Long Bin Samat & Ors V PP [1974] 2 MLJ 152 (FC).

Che Mat Bin Hj. Awang ( PW2) dalam perjalanan untuk memancing ikan di sawah padi di waktu malam. Apabila dinyalakan lampu suluh dia melihat 3 orang perayu yang dikenali sebelum itu. Pada masa itu hujan dan kadang-kadang petir. 3 Perayu yang bersenjata telah menyerangnya. Dia telah ditetak beberapa kali oleh perayu pertama dan selepas itu tidak sedar diri. PW3 datang dan melihat PW2 terbaring dan memberitahu seseorang telah bertanggungjawab atas kecederaannya, tetapi tidak memberitahu nama.


Kemudiannya ada orang lain sampai di tempat kejadian dan membawa PW2 ke hospital. Ketiga-tiga perayu telah disabitkan dengan kesalahan di bawah seksen 324 KK. Apabila dirayu telah dipertikaikan di antaranya keterangan PW2 tidak disokong. Hakim Ibrahim menjawab ` Magistrate yang terpelajar telah menjelaskan sebab-sebab penemuan keputusan dan terdapat keterangan yang mencukupi bagi menyokong penemuan/kedapatannya.


Di bawah seksen 134 Akta Keterangan ,1950 , tidak perlu bilangan saksi tertentu untuk membukti sesuatu fakta dan di dalam kes ini tidak ada saksi semasa PW2 diserang dan hanya keterangan PW2.Oleh kerana Magistrate telah menerima keterangan tersebut maka ia adalah mencukupi`.

Penghuni Gua : Semuga semua pelawat dan juga pelajar-pelajar dapat menafaat dari ini. Ia adalah sebahagian kuliah undang-undang semasa PG belajar masa muda-muda. Bacaan tambahan adalah wajib dan perlu.

Saturday, 30 May 2009

Pengiktirafan Kehakiman(Judicial Notice)


Nota : Kuliah lama ( 2002 ) : Undang-undang Keterangan

Pengiktirafan Kehakiman
(Judicial Notice).

1. Peraturan umum adalah semua fakta yang menjadi isu dan fakta relevan hendaklah dibukti melalui keterangan ( Maksud terbukti adalah seksen 3 yang cuba memberi definisi mencapai ketahap pasti sebelum fakta ditimbang sebagai terbukti atau terbukti sebaliknya. Seksen 56 dan 57 adalah mengenai pengiktirafan kehakiman.

2. Walau bagimanapun Akta Keterangan menyediakan sekurang-kurangnya dua pengecualian di mana fakta tidak perlu dibuktikan iaitu :

i. Seksen 56- 57 - makkamah mengambil pengiktirafan kehakiman (judicial notice).
ii. Seksen 58 – Fakta tidak perlu dibuktikan. Seksen ini tidak boleh dipakai dalam pembicaraan jenayah.

3. Pembangunan Maha Murni Sdn.Bhd v Jumrus Ladang Sdn.Bhd [1986] 2 MLJ 30 Hakim Syed Agil Barakbah berkata

“pengiktirafan kehakiman bukanlah untuk dibuktikan. Pengiktirafan kehakiman adalah berdasarkan doktrin “apa di kenali sebagai tidak perlu dibuktikan” ( what is known need not be proved).

4. Pengiktirafan kehakiman hanya bermaksud suatu fakta diambil sebagai benar tanpa menawarkan keterangan pembuktiannya dari pihak yang terbabit. Pengiktirafan kehakiman adalah cara pintas , tidak mengambil keperluan formal mengenai keterangan kerana tidak ada keperluan sebenar untuknya. Pengetahuan umum mengenainya adalah tidak perlu keterangan formal dan secara praktikal semua orang tahu dan tidak dipersoal .

5. Commonweath Shipping Rep V Pando [1923] AC 191, Lord Summer berkata

“pengiktirafan kehakiman dirujuk kepada fakta di mana seorang hakim boleh menerima atau bertindak dari pengetahuan umum yang diketahui mengenainya atau dari pertanyaan yang dibuat bagi mendapat maklumannya dari sumber-sumber tadi (judicial notice) di mana beliau rasa perlu untuk dirujuk”.

6. Sesetengah fakta diketahui tidak boleh dipertikai. Untuk mahkamah menerima pertikaian sedemikianya ianya akan membazir masa dan perbelanjaan dan juga memberi malu. Prinsip pengiktirafan mahkamah adalah berdasar maxim:

i. Lex non requirit verificare quod apparet curiae – undang-undang tidak perlu pembuktian di mana ianya jelas kepada mahkamah ( the law does not require proof of that which is apparent to the court).
ii. Quod constate curiae opera testium non indigent – perkara yang sudah berada dalam pengetahuan mahkamah tidak perlu pembuktian dari bantuan saksi-saksi. (that which is established to the knowledge of court does not require the aid of witnesses).

7. Seksen 57(1) menyenaraikan 15 perkara di mana mahkamah mesti mengambil pengiktirafan kehakiman. Apabila dibaca bersama seksen 56 dan seksen 57, terdapat dua katagori fakta di mana mahkamah mengambil pengiktirafan kahakiman:

i. Pengiktirafan kehakiman pada undang-undang dan peraturan.
ii. Pengiktirafan kehakiman berdasarkan ianya jelas dan pengetahuan (notorious and knowledge).

8. Seksen 57(1) –senarai di bawah seksen ini bukanlah terhad (exhaustive) . Pembangunan Maha Murni Sdn.Bhd v Jumrus Ladang Sdn.Bhd [1986] 2 MLJ 30 Hakim Syed Agil Barakbah berkata

“ perkara penting yang perlu beri perhatian kepada seksen 57 adalah ianya tidak menghalang dari Mahkamah memberi pengiktirafan kehakiman kepada fakta lain yang tidak terenarai di dalam seksen tersebut. Perkara di mana mahkamah memberi pengiktirafan kehakiman hendaklah dengan syarat ianya umum, pengetahuan umum, keujudannya dan operasinya diterima oleh publik tanpa sebarang syarat dan bantahan. Ujian yang perlu dilakukan adalah ianya mesilah cukup jelas ( sufficiently notorious) dan menjadi wajar mengandai keujudannya tanpa pembuktian …….

9. Pengetahuan kehakiman berterusan ditambah/dipanjangkan untuk bersama dengan kemajuan seni (art) ,sains dan pengetahuan umum” (rujuk seksen 57(2) dan seksen 57(3) ).

10. Ramah Binti Ta”at v Laton v Laton Binti Malim Sutan [1931] 6 FMSLR 128.

Majoriti mahkamah rayuan memutuskan undang-undang islam bukanlah undang-undang asing (foreign law) dan ianya adalah undang-undang tempatan dan undang-undang negeri (law of the land) yang mana mahkamah mesti mengambil pengiktirafan penghakiman. Undang-undang islam adalah percampuran antara undang-undang islam dan undang-undang adat melayu. Terdapat proses lama penerapan udang-undang adat kepada undang-undang islam dan adat seperti harta sepencarian telah menjadi sebahagian dari undang-undang islam dan boleh digunakan oleh Kadhis di dalam Mahkamah Syariah.

11. *Sivagami Ach V P.RM Ramanathan Chetiar & Anor [1959] 1MLJ 3

– mahkamah tidak boleh memberi pengiktirafan kehakiman pada undang-undang Hindu kerana ia adalah undang-undang asing. Plantif selepas kematian suaminya yang meninggal dunia tanpa wasiat adalah pewaris tunggal kepada harta suaminya seperti di bawah sistem Mitakshara undang-undang hindu. Plantif membuat tuntutan supaya 2 rakan kongsi syarikat bekas suaminya di India di gugurkan. Sementara rakan kongsi (defendant) dalam kes ini menyatakan mengikut sistem undang-undang hindu tersebut semua harta peninggalan hendaklah diserah kepada rakan kongsi dan rakan kongsi hanyalah menjaga plantif. Diputuskan “ Mahkamah tidak boleh membuat pengiktirafan kehakiman kepada undang-undang Hindu tanpa keterangan pakar “

(the Court is not entitled to take judicial notice of Hindu law and in the absence of expert evidence or arguments based on uthoritative decisions as to rules of intestate succession cannot decide whether upon the death of the plaintiff’s husband, his estate devolved on the plaintiff or, as is contended, on three surviving brothers, the co-partners)

12. *Yong Pak Yong V PP [1959] 25 MLJ 176.

Perayu seorang ahli kongsi gelap di Ipoh telah disabitkan dengan kesalahan peras ugut dan dijatuhi hukuman 2 tahun penjara dan 8 kali sebatan. Rayuan terhadap sebatan terutama menyatakan dia tidaklah sebenarnya ganas semasa melakukan jenayah. Hakim Good yang menolak rayuan berkata

“ kami ahli kehakiman yang berada di dalam mahkamah ini tidak dapat mengelak dari membuat pertanyaan bagi mendapat pengetahuan tentang aktiviti kongsi gelap terutamanya di Ipoh. Setiap hari, hampir setiap hari, minggu selepas minggu, bulan selepas bulan, apabila saya membaca akhbar diwaktu pagi dan perkara inilah yang saya baca”.

13. *Lee Chow Meng v PP [1976] 1 MLJ 287

– Mahkamah mengambil pengiktirafan kehakiman tentang peningkatan kes jenayah samun bersenjatapi di Kuala Lumpur.Tertuduh telah disabitkan dan dihukum dengan kesalahan merompak dengan senjatapi. Pendakwa menyatakan terdapat 677 kes samun di Kuala Lumpur dalam masa 4 bulan dan separuh darinya adalah samun bersenjatapi.

14. “Adalah perkara pengetahuan umum dan fakta jelas bahawa terdapat peningkatan samun bersenjatapi di Kuala Lumpur sejak akhir-akhir ini dan mahkamah mengira fakta ini dan adalah kepentingan awam (public interest) untuk mengenakan hukuman yang berat (deterrent sentence)”.

15. Apakah perkara yang dikira sebagai pengetahuan umum (common knowledge) boleh dilihat juga dalam buku Sarkar On Evidence di mana penulisnya menyatakan seperti berikut :

“ Perkara di mana mahkamah mengambil pengiktirafan kehakiman adalah dengan syarat ianya adalah pengetahuan umum. Dalam perkataan lain, pengetahuan kehakiman mengenai sesuatu fakta adalah diukur dengan pengetahuan umum fakta berkenaan. Suatu fakta dikenali dan diketahui secara umum adalah apabila keujudan dan operasinya diterima oleh awam tanpa syarat dan bantahan. Ujian samada fakta tersebut cukup jelas adalah adakah wajar menerima kewujudannya tanpa sebarang bukti.


16. Bolehkan seorang hakim dengan pengetahuannya yang ada padanya memberi pengiktirafan kehakiman kepada sesuatu fakta.


17. *Low Moh & Anor V PP [1954] 1 MLJ 14 Hakim Ballamy berkata

“ hakim tidak boleh mengimport pengetahuannya dalam sesuatu kes”.

18. Dalam kes ini perayu telah memandu sebuah lori bermuatan 50 guni beras dan apabila mengenakan brake tiba-tiba lori yang dipandu telah hilang keseimbngan ke kiri dan melanggar seorang yang menaiki basikal dan menyebabkan kematian. Pegawai pemereksa kenderaan dipanggil memberi keterangan dan menyatakan berpuas hati dengan brake ketahap 54% dan percaya kejadian berlaku kerana kurang penjagaan kepada sistem brake. Lori yang dimaksudkan juga telah dihantar oleh perayu untuk dibaiki.
19. Mekanik yang membaiki lori tersebut memberi keterangan terdapat keretakan pada drum brake ,tetapi sistem brake lori masih baik. Dalam penghakiman dibuat oleh hakim mahkamah seysen beliau menyatakan “pada pengetahuan umum , saya tidak pecaya brake berada dalam keadaan normal dan dalam penggunaan biasa ianya tidak boleh secara tiba-tiba rosak tanpa sebarang amaran terlebih dulu dan sebagai pemandu yang selalu memandu lori itu dia mestilah dapat mengesan/notis bahawa terdapat tarikan ke kiri.
20. Saya tidak pecaya apabila dia menyatakan brake berada dalam keadaan baik”. (nota: hakim menggunakan pendapat nya sendiri bukan berdasarkan pegawai pemereksa kenderaan). Hakim mahkamah rayuan berkata

21. “Apa yang dilakukan oleh Yang Arif hakim mahkamah President adalah di luar skop pengetahuanya. Sistem mekanikal brake,tahap brake haidrolik,cara brake beroperasi atau gagal beroperasi dalam keadaan keadaan biasa bukanlah perkara yang mahkamah boleh mengambil pengiktirafan kehakiman di bawah akta keterangan. Ini adalah perkara yang perlu dibukti melalui fakta-fakta”.

22. *Lee Seow Kuan v R [1940] MLJ 211 hakim Terell berkata

“magistrate adalah jelas menggunakan pengiktirafan kehakiman dengan menggunakan pengetahuannya sendiri dalam kes judi Chap Ji Kian yang diperolehi semasa di mahkamah. Dia tidak layak berbuat demikian”.

23. *PP V Lee Ee Teong [1953] MLJ 244 hakim Thomson berkata

“ Saya tahu, magistrate tahu tentang loteri dengan ciri 1,000. Majoriti orang dewasa yang berada di negara ini juga mengetahuinya . Tidak ada ruang keraguan sedikitpun ianya adalah loteri haram di bawah maksud Enekmen Rumah Judi Terbuka. Malangnya, ianya tidak terbuka kepada hakim atau magistrate untuk mengimport pengetahuannya sendiri ke dalam pembicaraan kes jenayah untuk membantu keterangan kes pendakwa yang tidak cukup untuk menyokong sabitan”

Pemakaian Doktrin Res Gestae (pengecualian kepada peraturan dengar cakap)


Nota : Kuliah-kuliah lama PG iaitu di bawah Akta Keterangan: Mungkin berguna kepada anda semua.


Pemakaian Doktrin Res Gestae (pengecualian kepada peraturan dengar cakap)
Di Amerika dan perspektif Malaysia
.

1. Kedudukan Common Law.

Doktrin Res Gestae lahir kerana keperluan bagi mengatasi masalah kelemahan (cumbersome) pada peraturan dengan cakap. Doktrin ini biasanya di kenali di England - sebahagian dari cerita ( it means that it is part of story ).

2. Doktrin Res Gestea adalah ketat pemakaiannya:

a) Statement mestilah berlaku serentak (contemporaneous) dengan perbuatan. Bermaksud mengeringi dan menjelaskan tindakan relevan dan tindakan itu mestilah berterusan.
b) Statement mestilah berkait dengan perbuatan. ( iaitu kepada fakta menjadi isu ).
c) Sahutan/jeritan spontan oleh orang yang terlibat atau orang yang memerhati satu kejadian atau oleh orang secara kebetulan berada di tempat kejadian (bystander).

i. Statement spontan yang terkeluar dari seseorang yang mengambil bahagian atau menyaksikan sesuatu apabila keadaan menjadi hangat.(nature of calculated outburst as it were in the heat ).

ii. Sangat rapat pertalian dengan masa, tempat dan keadaan sehingga membentuk sebahagian daripada cerita. (so closely associated with it in time, place and circumstances so as to be part of story). Atau fakta lain atau keadaan lain yang begitu rapat berhubung dengan fakta yang menjadi isu yang pada hakikat sebenarnya adalah sebahagian daripada transaksi yang sama dan oleh itu boleh dibuktikan atau diterima sebagai keterangan.

3. Sebab dibuat doktrin ini : (doktrin ketat dibuat)

a) Mencegah mereka cerita ( concoction).
b) Untuk minimakan fabrikasi dan menjadikanya lebih dipercayai.

5. Thomson V Trevanion.

Seorang perempuan telah diserang dan hakim Hlt berkata

“ apa sahaja yang diucapkan sebaik saja diserang boleh diterima (admissible) kerana dia tidak mempunyai masa untuk mereka cerita baru”.

6. R V Fowkes

– A dibicara membunuh B dengan menembaknya. B dilihat melalui tingkap terbuka ke dalam bilek B ditembak dan menjerit “sembelihnya” (there butcher). Fakta ini diputuskan adalah relevan,

7. R V Nye and Loan

– pemandu yang terlibat dengan kemalangan telah diserang oleh seorang penumpang dari kenderaan lain. Beberapa minit kemudian semasa memulihkan diri dari diserang, polis sampai di tempat kejadian dan pemandu tersebut menunjukan kepada polis orang yang menyerangnya. Semasa pembicaraan pemandu tersebut tidak dapat mengenali orang yang menyerangnya, tetapi pihak polis yang ditunjuk oleh pemandu boleh mengecamnya . Mahkamah rayuan memutuskan keterangan begini boleh diterima oleh kerana pengecaman adalah secara spontan dan tidak ada peluang untuk mereka cerita atau berlaku kesilapan.

8. Ratten V R

- Ratten telah dituduh kerana membunuh isterinya. Pembelaan yang dibuat olehnya adalah semasa membersih senapang dia telah tidak sengaja tertembak.

9. Masa lebih kurang kejadian berlaku satu panggilan talifon perempuan dalam keadaan histeria telah diterima oleh operator talifon dipercayai simati meminta bantuan polis (get me the police) dan memberi alamat no 59, lorong Mitchell.

10. Sebelum operator dapat menyambungkan kepada polis pemanggilnya telah meletakkan talifon. Tidak lama kemudian pemanggil telah di tembak mati.

11. Operator talifon telah dipanggil memberi keterangan dan paguam membantah penerimaan keterangan tersebut kerana ianya adalah hearsay (keterangan dengar cakap ).

12. Keputusan privy counsel :

Ini bukan keterangan hearsay dan adalah keterangan terus (direct evidence). Sungguhpun ianya keterangan dengar cakap tetapi adalah pengeculian kepada peraturan dengar cakap. Dia membuat panggilan pada kemuncak pertelingkahan di mana pembunuhan menguasai pemikirannya ( She made the call in the intensity of argument when the kill dominating her mind).

13. Hakim seterusnya menyatakan

“Dalam menentukan samada kenyataan adalah sebahagian dari Res Gestea ianya hendaklah ditanya samada kenyataan dibuat dengan jelas dalam keadaan spontan dan tidak ada kemungkinan ia direka. Untuk membuat statement cukup spontan ianya mestilah rapat berkait dengan kejadian yang mengairah statement dan adalah adil dinyatakan pemikiran perempuan itu adalah di kuasai oleh kejadian semasa statement/ucapan dibuat.”

14. *lihat cabutan penoh teks

R v Andrew

– dua orang telah mengetuk pintu rumah flat mangsa. Setelah membuka pintu dia telah ditikam didada dan perut . Pihak polis sampai di tempat kejadian tidak lama kemudian. Mangsa yang luka parah telah memberitahu polis orang yang menyerangnya dan alamat seorang lagi lelaki yang menyerang sebelum mangsa pengsan. 2 bulan kemudian mangsa telah meniggal dunia. Diputuskan keterangan mangsa boleh diterima.(keterangan butir-butir penyerang)

*lihat cabutan penoh teks.

15. Tapper V R

– Seorang lelaki dituduh kerana secara niat jahat membakar rumahnya bagi tujuan untuk menipu. Keterangan anggota polis telah diterima sebagai keterangan bahawa dia telah mendengar seorang perempuan telah menjerit

“Tempat awak terbakar dan anda melarikan diri dari api itu” (you place burning and you going away from fire) dan sebaik saja selepas itu sebuah kereta hitam keluar dari tempat terbakar membawa tertuduh didalamnya. Tempat anggota polis mendengar jeritan itu adalah kira-kira 20 ela dan berlaku 26 minit selepas kejadian.

16. Polis yang mendengar pada masa itu juga tidak melihat api dan perempuan yang menjerit tidak dipanggil untuk memberi keterangan.

17. Privay Counsel memutuskan keterangan berkenaan adalah hearsay dan tidak boleh diterima. Adalah tidak dipastikan ianya berterusan selepas 26 minit kejadian berlaku dan tiada keterangan diberi oleh orang yang mendengar jeritan. Ia tidak berkaitan dengan perbuatan jenayah.

*lihat cabutan penoh teks.

18. Handu V State

– Bukan saja faktor kehampiran kepada tempat kejadian dan berterusan adalah berkait tetapi juga dalam kes-kes tertentu fakta kejadian pada masa dan tempat berlainan boleh menjadi sebahagian dari transaksi yang sama. (sila lihat ilustrasi seksen 6 (b) ).

6 (b) A. is accused of waging war against the Yang di-Pertuan Agong by taking part in an armed insurrection in which property is destroyed, troops are attacked and gaols are broken open. The occurrence of these facts is relevant as forming part of the general transaction, though A. may not have been present at all of them.

(A dituduh melakukan perang bersenata terhadap yang di Pertuan Agong di mana harta benda dirosak ,tentera diserang dan penjara di pecah. Kejadian ini adalah fakta-fakta relevan yang membentuk sebahagian dari transaksi umum walaupun A tidak hadir pada semua tempat tersebut).

19. Nasir Din V Emperor

– orang yang berada di tempat kejadian (bystanders) adalah orang yang berada semasa kejadian berlaku dan bukan orang yang berkumpul di tempat kejadian selepas itu.

20. Fakira telah dibunuh dipekan Gujaranwala. Semasa pembicaraan seorang saksi bernama Aishan Bibi dipanggil memberi keterangan dan menyatakan semasa sampai di tempat kejadian dia mendengar dari orang yang hadir di tempat itu bahawa Rajja , Nasiria dan Jagari yang membunuh. Tetapi tidak dinyatakan bahawa orang-orang yang memberi kenyataan hadir semasa kejadian berlaku atau hadir kemudian selepas kejadian berlaku.

21. Di putuskan kenyataan begini tidak diterima.

22. Salwa Das V State of Bihar

– Perayu, bapanya dan emaknya dituduh kerana membunuh isteri perayu. Sebaik sahaja isteri perayu ditolak masuk ke dalam bilek kedengaran suara “ Bachao,bachao” (tolong, tolong) keluar dari bilek tersebut. Kanak-kanak yang bermain di perkarangan rumah mula menjerit, menangis meminta supaya tidak membunuh emaknya. Perkara ini di dengar oleh jirannya. Jirannya telah dipanggil memberi keterangan.

Diputuskan keterangan jiran adalah boleh diterima dan membentuk sebahagian “ res gestae”.

23. Kedudukan di Amerika.

Di Amerika “ Res Gestae” dipanggil “spontaneous exclamation doctrine” ( doktrin sahutan spontan) atau “ excited utterances”( ucapan teransang/provokasi).

24. Kes di Amerika adalah US v Napier

Mangsa yang diculik mengalami kecederaan kepala dan melalui 2 rawatan pembendahan kepala. Selepas 8 minggu kejadian dia telah melihat gambar tertuduh di dalam surat khabar dan terus menjerit “ he kill me,he kill me” (dia bunuh saya, dia bunuh saya) dengan menunjukkan kepada gambar. Mahkamah rayuan US menerima kenyataan berkenaan sebagai “spontaneous exclamation doctrine” oleh kerana mangsa tidak pernah membincangkan tentang serangan colik dengan keluarganya dan secara tiba-tiba dan tidak dijangka melihat gambar penyerangnya dan tidak diragukan kenyataan tersebut adalah cukup mengejutkan (startling) dan cukup selamat dari rekaan.

25. Res Gestae pada perspektif Malaysia.

Akta Keterangan tidak menyebut langsung apa yang dikatakan doktrin “res gestea” . Tetapi hakim cuba menyamakan dengan seksen 6 Akta Keterangan yang menyatakan mengenai transaksi dan mempunyai ciri yang sama dengan Res Gestea.

26. Pada maksud yang lebih luas seksen 6- 9 adalah berkait dengan pemakaian kebolehterimaan “rea gestea”.

27. Chin Choy V PP [1955] MLJ 236

– Hakim Mathew berkata “ Ujian terbaik untuk menimbang perkara ini adalah terkandung dalam kes Amrita Lal Hazra V Emperor 42 Cal 957

“Ianya tidak mungkin untuk membentuk formula menyeluruh untuk pemakaian umum bagi menentukan samada dua atau lebih tindakan terjumlah kepada transaksi yang sama, tetapi keadaan mestilah ujud menunjukkan ada kedekatan masa, penyatuan atau kedekatan tempat, kesenambungan tindakan dan satu kelompok tujuan atau niat”.

28. Thavanathan a/l Balasubramaniam v PP [1997] 2 MLJ 401 Hakim Chong Siew Fai berkata

“Istilah transaksi di dalam seksen 6 ditakrif sebagai satu kumpulan fakta yang berhubung dengan fakta menjadi isu dan membentuk sebahagian transaksi yang sama. Untuk menjadi rantaian terdiri dari tindakan-tindakan transaksi yang sama ia mestilah dihubung dengan faktor kedekatan masa, kedekatan atau penyatuan (unity) tempat dan satu kelompok tujuan atau niat ( community purpose or design ).

29. Walau bagaimana pun seksen 6 adalah liberal dan tidak menyatakan ianya berlaku pada masa dan tempat yang sama atau berbeza tempat dan masa. Ia nampaknya tidak menekankan berterusan atau perkaitan rapat masa atau tempat.

30. Sebahagian dari kes-kes tempatan yang menerangkan penggunaan kehakiman Doktrin Res Gestea.

31. Tan Geok Kwang v PP [1949] 15 MLJ 203

– tertuduh (perayu ) telah dituduh di Pulau Pinang kerana memiliki pistol .38 pada 13.3.49 di mana kesalahan di bawah peraturan 4(1)(a) Peraturan Darurat, 1949.

32. Fakta kes.

Pada 13.3.49 jam 7.30 -8.00 malam sepasukan polis bertindak di atas maklumat diterima telah pergi ke kawasan setinggan perayu . Pada masa itu cahaya bulan adalah terang. Apabila pasukan polis kira-kira 2 ela dari rumah setinggan seorang lelaki Cina didapati keluar dari rumah tersebut. Beliau juga enggan berhenti dan tembakan telah dilepaskan oleh ketua serbuan. Lelaki cina tersebut telah tercedera dari jeritan kesakitan kedengaran. Lelaki Cina itu kemudian telah menghilangkan diri di dalam belukar berdekatan. Semasa pihak polis mengepong belukar itu sebiji hand-granade telah dibaling keluar dari belukar. Keterangan di berikan oleh pihak polis bahawa belukar tesebut telah di kepong dan tidak seorang dilihat memasuki atau meninggal belukar itu. Pihak polis kemudian menjalankan pemereksaan dan menjumpai tertuduh yang cedera terbaring di dalam parit., Beliau kemudian ditangkap. Semasa tangkapan tidak ada apa-apa yang dijumpai dibadan. Kemudian pihak polis meninggalkan tempat kejadian.

32. Pihak polis pada malam itu datang semula kira-kira jam 9.30 malam dan membuat pemereksaan lanjut dan menjumpai sepucuk pistol bersama bungkusan dokumen di dalam parit di mana tertuduh dijumpai . Pistol dan bungkusan kertas terdapat kesan darah yang kemudiannya disahkan kumpulan darah itu sama dengan kumpulan darah tertuduh.

33. Hakim William semasa memberi penghakiman berkata

“Keterangan berkait membaling hand-granade, berlari ke dalam belukar, dan transaksi sekeliling adalah sebagai sebahagian dari “res gestea” dan diterima (admissible). Justifikasi menerima keterangan adalah kumpulan fakta yang membentuk transaksi ini adalah begitu bersambungan (connected).

34. Tahun berikutnya (1950) hakim William telah menimbangkan dokrirn res gestea dalam dua kes .

*Jaafar Bin Hussain V PP [1950] 16 MLJ 157.

35. Perayu dituduh kerana memiliki senapang patah dan hand-granade. Pada masa ditangkap beliau membawa senapang dan hand-granade tetapi apabila dicabar oleh polis beliau telah membuangnya.

36. Dari permohonan pendakwa perayu hanya dituduh memiliki hand-granade sahaja. Peguam kemudianya membantah keterangan bahawa tertuduh sedang membawa senapang diterima oleh mahkamah kerana tuduhan tersebut telah digugurkan.

37. Mahkamah rayuan memutuskan keterangan tersebut boleh diterima di bawah seksen 6. Apabila seorang dijumpai memiliki senapang dan hand-granade bersamaan dan pada satu masa, fakta tersebut bukanlah sukar. Ianya boleh dirujuk kepada satu transaksi.

38. Hakim berkata lanjut

“Jika seorang didapati membawa senjata api dan peluru bersamaan dan pada masa dan tempat yang sama dan senjata dan peluru dijumpai selepas itu , tidak ragukan terdapat kesenambungan tindakan dan pengumpulan tujuan dan niat ( community of a purpose and design).

39. Mahkamah kerap merujuk kepada kes Chong Kim Seng v PP [1949] MLJ 109 di mana keterangan res gestea tidak dterima dan fakta kes berkenaan adalah sukar dan berbeza.

40. Tertuduh dalam kes ini dapati membawa sebuah beg pakaian mengandungi peluru dihadapan pintu masuk rumah (tuduhan pertama) . Di dalam rumah tersebut dijumpai pistol, handgranade , peluru dan seorang lelaki didapati melarikan diri dari rumah tersebut semasa polis sampai (tuduhan kedua) . Lelaki berkenaan tidak dapat ditangkap. Dalam kes ini tidak ada keterangan pemilikan ekslusif pistol, hand-granade dan peluru yang dijumpai di dalam rumah. Mahkamah dapati tidak ada sebarang peruntukan undang-undang untuk menghubungkan pistol, hand grenade dan peluru dalam pertuduhan kedua.

41. Beberapa hari kemudian mahkamah yang sama memberi penghakiman yang sama pada kes Wong Chik & Anor v PP [1950] 16 MLJ 157.

42. Perayu dituduh kerana membawa senapang patah ,hand-granade dan peluru. Pembicaraan hanyalah dibuat kepada membawa senapang patah sahaja. Dalam kes ini walaupun pembicaraan pada membawa senapang patah, keterangan membawa peluru dan handgranade juga diterima.

43. Dari fakta tidak diragukan bahawa membawa hand-granade dan peluru membentuk sebahagian dari transaksi yang sama dan boleh diterima di bawah seksen 6.

44. *Hamsa Kunju V R [1963] 29 MLJ 228

–satu kejadian yang berlaku pada pagi dikira sebahagian dari transaksi yang sama kepada kejadian yang berlaku waktu malam. 3 tuduhan dibuat kepada perayu kerana mencederakan dengan sengaja pada malam 21.3.62 di mana perayu telah memukul Samsudin dan Simpson yang berkerja di tempat pembinaan. Mahkamah juga telah menerima keterangan pada kejadian pagi tersebut di mana perayu datang dan cuba memukul Simpson dan ditahan oleh Shamsuddin. Semasa kejadian pada waktu pagi Shamsudin berkata dia akan memaklum kepada persatuan dan perayu juga telah berkata kepada Samsudin “jika awak mahu, awak boleh turun juga” dan pada malam itu kedua-dua mereka telah di pukol.

45. Hakim Buttrose berkata

“Kesemua keterangan pada pendapat saya adalah jelas sebahagian dari res gestea dan adalah material dan relevan` (kejadian ugutan pada pagi dan dipukol waktu malam)

46. Tep V R

– jurang 26 minit dikira sebagai fakta yang terputus dengan fakta yang lain. Masa pendek, tindakan dalam kedekatan yang rapat adalah ketat dalam peruntukan seksen 6. Seperti dalam kes Tep V R jarak 20 ela dan masa 26 minit adalah statement yang bukan sebahagian dari res gestae sebab ianya tidak berterusan kepada masa dan tempat dan perempuan itu ada kemungkinan mereka cerita keterangan –jadi ianya hearsay.

47. Walaupun terdapat penggunaan liberal res gestea dalam kes Hamsa Kunju. Mahkamah masih tidak melanjutkan penggunaannya kepada masa beberapa hari. Ianya boleh dirujuk kepada kes-kes berikut :

48. *Leong Hong Khie v PP [1986] 2 MLJ 206 .

2 perayu dituduh bersama kerana mengedar heroin. Keterangan pendakwa adalah bergantung kepada keterangan lisan pegawai kastam

“pemberi maklumat memberitahu saya” (keterangan hendak dibuat adalah berdasar apa yang beritahu oleh pemberi maklumat) . Penerimaan keterangan ini dibantah kerana bercanggah dengan peraturan penerimaan hearsay dan tidak ada sebarang peruntukan mengenainya.

49. Hakim Seah memberi penghakiman berkata

“ianya adalah keterangan dengar cakap yang tidak boleh menjadi sebahagian dari transaksi sama oleh kerana statement dibuat dalam masa 4 hari dan ada kemungkinan cerita rekaan dan tidak ada keputusan lepas yang disebut keterangan dengar cakap yang telah berlaku beberapa hari diterima sebagai sebahagian dari rea gestea”.

50. *JAAFAR BIN HUSSAIN v PUBLIC PROSECUTOR [1950] 1 MLJ 154

Facts:
In this case the appellant was charged with two offences, first with carrying a shot gun at Kuala Krau, Pahang, on 5 January 1950, and secondly with carrying a hand-grenade at the same time and place. At the trial the learned trial Judge directed that the trial should proceed on the second charge only. On the trial of this second charge, evidence was given that the appellant was carrying a gun. The appellant was convicted. On appeal it is argued that the evidence that the appellant was carrying a gun should not have been admitted, because the appellant was being tried on the second charge only, namely, for carrying a hand-grenade.

Held,
(1) that where the acts of carrying arms and ammunition are so connected together as to form one transaction the person so found carrying the arms and ammunition should be charged with both offences and tried at one and the same trial for both of them; (2) that where, as in this case, one of the charges is stayed and the other charge is proceeded with, the evidence touching the charge which has been stayed is admissible, as the facts are so connected with the facts on which the other charge is born as to form part of the same transaction; (3) that the evidence was rightly admitted in this case and therefore the appeal must be dismissed.

51. *KUNJU v REGINA [1963] 1 MLJ 228

Facts:
The appellant was convicted on three charges of causing hurt and grievous hurt by a dangerous weapon and was sentenced to various sentences which were to run concurrently. The learned District Judge found as a fact that the appellant without provocation and without acting in self-defence committed the offences with which he was charged.It was argued for the appellant that the learned District Judge had erred in law in admitting certain evidence, particularly with reference to an alleged incident at the Delta Road work-site on the morning of 21 March 1962. The assaults which formed the subject matter of the charges occurred on the night of 21 March. The evidence alleged to be prejudicial to the fair trial of the appellant was that on that very morning an incident occurred between the appellant and one Simpson, a fellow labourer at the work-site in which Samsuddin one of the complainants intervened. It appeared that during the course of this incident the appellant struck Simpson, and Samsuddin, who was on top of a piling frame nearby, called out that it was not right for the appellant to hit such a weak man and that the Union could deal with the matter. According to Simpson’s evidence the appellant said to Samsuddin, “if you want to you can come down too,” to which the latter replied that he did not go there to fight but to work and that he would report the matter to the Union.

Held:
(1) the whole of that evidence was part of the res gestae and was material and relevant.
Samsuddin’s interference in the incident and his threat to report the matter to the Union supplied a motive for the attack on him by the appellant a few hours later. It was on an entirely different footing to evidence tending to show the previous bad character of the appellant or to evidence of similar acts tending to show that the appellant was likely to have committed the offence for which he was tried;
(2) even if the evidence was inadmissible and had been excluded, the learned District Judge could not have arrived at any other conclusion than the one which he did.

52. *LEONG HONG KHIE v PUBLIC PROSECUTOR AND TAN GONG WAI v PUBLIC PROSECUTOR [1986] 2 MLJ 206

53. Facts:

These were appeals against the conviction of the appellants on a charge of trafficking in a dangerous drug. The principal evidence against the appellants was given by a Senior Customs Officer who stated that he acted on information from informers. It was sought at the trial to introduce evidence of oral statements made to the witness by two informers, neither of whom was called to testify. The defence objected to the evidence on the ground that it contravened the rule against the admission of hearsay evidence and also because it did not fall within any of the recognised exceptions thereto. The learned trial judge ruled that the statements were admissible and convicted the appellants — See [1985] 1 MLJ 355. The appellants appealed.

54. Held

(1) the general rule is that hearsay evidence is not admissible as proof of a fact which has been stated by a third person. In Malaysia certain exceptions have been set out in s 32 of the Evidence Act, 1950, but these statutory provisions were not relied in this case;

(2) the general proposition laid down by the Privy Council in the case of Subramaniam v Public Prosecutor [1956] MLJ 220 must be read subject to this condition viz that the statement must be directly relevant in considering the state of mind of the witness to whom it is made. In other words the proposition could only apply when the mental state of the witness evidenced by the statement was itself directly in issue at the trial;

(3) in this case the prosecution had failed to satisfy this strict test. Since the mental state of both the appellants was not in issue at the trial, the condition had not been satisfied. All the statements allegedly made by the informers to the witness are to be treated as hearsay evidence and therefore inadmissible in law and ought to have been rejected by the learned trial judge;

(4) none of the reasons given by the learned judge come within the statutory exception to the hearsay rule contained in s 32 of the Evidence Act 1950 and the res gestae rule does not and cannot apply to the facts of the case;

(5) the hearsay evidence of the informers was so interwoven with the testimony of the principal prosecution witness that its misreception had seriously prejudiced the fair trial of the appellants and resulted in a miscarriage of justice. Having regard to the other oral evidence, it would be unsafe to allow the conviction to stand, as there was no satisfactory oral evidence to support the con viction.

PETA PELAYAR