FOLLOWERS

Thursday 20 August 2009

TANGKAPAN SPRM / PDRM : PANDANGAN DR ABDUL RANI KAMARUDDIN UIAM !


Nota : Ini ialah respon yang dikirimkan oleh Dr Abdul Rani kamaruddin atas posting PG. Disiarkan sepenuhnya :

Pandangan Dr Abdul Rani Kamaruddin



Bagaimanapun, SPRM dan PDRM perlu memberikan kefahaman kepada masyarakat bahawa sememangnya SPRM berhak menangkap saspek tanpa waran dan mereka yang menghalang penjawat awam juga boleh dikaut bersama dan didakwa.


Tindakan SPRM melepaskan Wong sebenarnya telah memberikan gambaran salah kepada masyarakat bahawa tindakan mereka tidak mengikut undang2. Penjawat awam memiliki kekebalan asalkan tindakan mereka berlandaskan kuasa mereka dalam undang2.


Mungkin SPRM mengambil kira sensitiviti keadaan. Samada itu langkah wajar atau tidak, pendapat dan pendapatan satu orang dengan yang lain mana mungkin sama.

Mana-mana orang berhak menyaman SPRM dan PDRM jika mereka berpendapat tindakan SPRM dan PDRM tidak betul. Maka SPRM dan PDRM hendaklah tegas jika mengikut undang2 tindakannya adalah betul.

SPRM jangan pula terlupa orang yang ditangkap dan dibawah jagaan sahpun ada hak dibawah seksyen 28 & 117 Kanun Prosedur Jenayah serta haknya dibawah Peraturan Lokap.



Dr Abdul Rani Kamarudin
Pensyarah Undang-Undang UIAM

1 comment:

  1. Mangkuk duk dalam gua lagi baguih..

    Cuba baca/siar surat puaka kes TBH....UMNO akan cakap ...ni semua usaha PR untuk memburukkan Khir Toyol dan SPRM.

    Suruh DR ARK ni komem...ada telo ke???

    ReplyDelete

PETA PELAYAR