23 ogos 2009
SEJAK beberapa bulan kebelakangan ini, Raja-raja Melayu tidak berhenti bersuara dalam hal melibatkan kepentingan agama Islam dan orang Melayu yang termaktub dalam perlembagaan.
Terbaru Raja Muda Perak Raja Dr. Nazrin Shah mengingatkan tentang tujuh wasiat Raja Melayu. Ia diikuti Sultan Kedah yang mahu kontrak sosial dipertahankan bagi mengelakkan negara ditimpa huru- hara. Beberapa hari selepas itu, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah terpaksa campur tangan menolak cadangan kerajaan pakatan pembangkang di negeri itu mahu menggunakan wang zakat untuk tujuan pembangunan semua kaum.
Seingat Awang, semua Raja Melayu dari Perlis hingga ke Johor telah melahirkan pandangan dan penegasan agar rakyat tidak meruntuhkan asas kenegaraan yang berpaksikan sejarah, tamadun dan masyarakat Melayu itu sendiri.
Malah sebahagian raja Melayu makin lantang mempertahankan kepentingan Melayu. Belum pernah berlaku dalam sejarah Raja-raja Melayu ke hadapan dan secara konsisten menjadi benteng melindungi perlembagaan. Ini semua berlaku kerana sesungguhnya juga belum pernah berlaku kedudukan Melayu, agama Islam dan institusi raja dicabar sebegini dahsyat oleh pergerakan politik bukan Melayu tertentu dengan dibantu oleh pengkhianat Melayu yang mahu berkuasa.
Kebiadapan terhadap Islam, raja dan Melayu makin menjadi-jadi yang tidak boleh dibiarkan. Setakat ini tiada seorang pun pemimpin pembangkang yang tampil memohon maaf terhadap banyak penderhakaan yang turut mereka cetuskan sama ada secara langsung mahu pun tidak langsung. Bibit-bibit ke arah negara republik sudah bermula.
Maka apa yang disuarakan oleh Raja-raja Melayu mempunyai mesej tersendiri bahawa Melayu perlu bangkit bersatu dan lebih yakin dalam menghadapi persekitaran politik yang makin membahayakan. Awang sudah lama bangkit...
Penghuni Gua : Untuk difikirkan oleh kita bersama.
Salam,
ReplyDeleteSikap kurang ajar dari pergerakann politik bukan Melayu terhadap agama Islam dan Raja-Raja Melayu kerana sikap orang Melayu sendiri yang melebelkan mereka bukan berjuang kerana bangsa Melayu, ada yang melebelkan mereka bukan golongan Melayu.
Mereka lebih mengagungkan mereka hanya bangsa Islam yang beragam Islam, sudah malu melebelkan diri Melayu, tetapi bersemangat kononnya mendaulatkan bahasa Melayu menentang PPSMI.
INI lah karenah putarbelit pengkhianat bangsa dan agama yang bernafsu tinggi menguasai negara Melayu dengan mengadai bangsa dan agama...
Mari sama-sama kita berkempen untuk calon Bn di Permatang Pasir,...niatkan dalam puasa supaya menangkan calon BN di permatang pasir daripada terus dipimpin dari wakil parti munafik!
ReplyDeleteLakukan solat sunat hajat beramai2,...Insyaallah kita pasti diberkati dan perjuangan kita akan dimakbulkan Allah....menangkan calon Bn Ya ALLAH,..AMIN.