FOLLOWERS

Tuesday 11 August 2009

4 PENJENAYAH DI TEMBAK MATI : TAHNIAH PDRM !



( 4 Penjenayah di tembak mati )
Penghuni Gua : Tahniah PDRM. Hapuskan penjahanam ini. Tahniah kerana terus melaksanaka komitmen di dalam mencegah jenayah walaupun sebahagian lain seperti pejuang hak asasi manusia di Malaysia ini sentiasa mencari kesalahan dan kecacatan anda.

2. Sekarang ini keadaan jenayah meningkat. Rumah-rumah Dato-Dato dan kenamaan juga dirompak. Kita semua sekarang melihat tak ada lagi suara sumbang dari pejuang-pejuang hak asasi ini seperti menuduh polis trigger happy, pembunuh berlesen yang dilabelkan oleh loyar-loyar burok dan pejuang hak asasi ini. Sebabnya kerana orang yang mereka bela sudah mula menggigit mereka semula. Jenayah meningkat dan ada kes juga loyar-loyar burok ini juga dibunuh dan di samun oleh penjenayah ini.

3. Mereka sudah tidak berani bersuara : ini kerana mereka juga mula terancam kerananya. Tak ada pun mereka menggesa nak tubuhkan badan bebas seperti sebelumnya ( contohnya nak tubuhkan badan bebas dalam kes penjenayah / penculik yang menculik anak Dato Mohamad Taib - bekas MB Selangor dulu ). Tak ada pun suara polis sebagai trigger happy sekarang.


4. Inilah wajah sebenar mereka. Membuka mulut jika berkepentingan dan menutup mulut juga kerana berkepentingan. Inilah wajah pejuang ini.

5. Apa pun kepada PDRM , persetankan mereka. Teruskan tugas anda tanpa ada rasa takut dan tekanan. Ramai lagi yang menyokong anda di luar sini.

6 comments:

  1. Tahniah PDRM semoga semua rakyat Malaysia menghargai usaha anda semua termasuk puak pembangkang yang selalu buat isu

    ReplyDelete
  2. Tahniah PDRM... Tapi jangan lah kerana rumah dato'2 disamun saja cepat bertindak.. Kes yang melibatkan rumah rakyat marhaen pon kenalah cepat bertindak sama..

    ReplyDelete
  3. Tahniah PDRM, dulu bila ingat polis, ingat rasuah. Bukan semua polis kaki sapu dan kaki lipat. Ada juga yang ingat anak bini kat rumah. Sekarang imej polis perlu dibersihkan. Keselamatan rakyat banyak bergantung kepada polis dan tentera. Terima kasih cikgu....

    ReplyDelete
  4. SLM BRO..SUARA2 PEMBANGKANG SONYAPPP JO JANG?..XDE KE UCAPAN TAHNIAH KAT PIHAK POLIS?? OPSS LUPE!..XDE BERKAITAN DGN MSLH DIORANG PEDULI HAPE YE TAK?..KEHKEHKEH

    ReplyDelete
  5. PDRM patut lebih jelas bukan nak berpaut kepada mana2 parti politik. Walaupun semuanya dah jelas kemana mereka ini selalu digunakan selama ini pun.
    p/s - Yg mati tu kalau polis tak tembak depa yg kena tembak itu je. So tembak je lah ! Dari hidup menyusahkan orang lebih baik mati boleh juga berbakti pada tanah(cacing dsb) dan pokok2.

    ReplyDelete
  6. PEJUANG HAK ASASI INI SEMUA HIPOKRIT BELAKA. NAK MELAWAT DAN BERI BANTUAN 1 SEN PUN TIDAK KEPADA POLIS YANG CEDERA ATAU MENINGGAL DALAM OPERASI. TAK PERNAH SEINGAT PENGHUNI GUA.

    ReplyDelete

PETA PELAYAR