FOLLOWERS

Monday 17 August 2009

ARAHAN MB SELANGOR TIDAK SAH : KATA PEGUAM NEGARA !




Penghuni Gua : PG sudah berulangkali mengatakan bahawa arahan ini tak sah dan arahan sampah sahaja. SPRM tidak perlu takut kepada arahan sampah MB ini. Undang-undang mengatasi segalannya. Jika berkaitan dengan saksi , SPRM perlu gunakakan sepenuhnya seksyen 111 KAJ. Lihat tulisan PG sebelum ini mengenai arahan ini dan seksyen 111. KLIK

2. Keduanya pun, Peguam Negara pada pandangan PG juga tidak perlu mendapatkan perintah mahkamah bagi membatalkan arahan MB Selangor ini. Ia tidak ada kekuatan undang-undang langsung. Abaikan sahaja arahan MB ini. Seksyen 111 KAJ mengatasi segalanya. Seksyen ini memberikan kelebihan kepada mana-mana pegawai penyiasat untuk memaksa saksi memberikan keterangan di mana-mana tempat dan di sebarang masa.

3. Atau mungkin juga Peguam negara sekadar nak tunjukkan dengan sah melalui perintah mahkamah ( walau pun tidak perlu ) kepada semua penjenayah dan samseng politik dari kerajaan PR ini bahawa mahkamah juga mengesahkan arahan MB ini satu kesilapan dan mengatasi undang-undang. Boleh , memang boleh. Tapi PG berpendapat tidak perlu ke mahkamah. Buang masa.

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR