FOLLOWERS

Wednesday 19 August 2009

INKUES TEOH : SPRM BOLEH TIDOR LENA !


Berita Harian

18 ogos 2009


Inkues Teoh: Mangsa tak diserang sebelum meninggal dunia



SHAH ALAM: Tiada sebarang bukti yang menunjukkan bahawa Teoh Beng Hock telah diserang, sebelum pembantu politik itu menemui ajalnya bulan lalu. Pakar patologi forensik Dr Prashant Naresh Samberkar juga memberitahu inkues terhadap kematian Teoh bahawa tiada sebarang kemungkinan bahawa serangan telah mengakibatkan kecederaan pada kawasan dubur dan tengkorak simati.

"Dalam kes ini, kecederaan pada dubur tidak mungkin akibat serangan kerana kecederaan sedemikian kepada bukaan pada bahagian anatomikal akan mengakibatkan banyak kesan koyak sekitar kulit dan ia amat menyakitkan.

"Tidak mungkin bagi seseorang yang menanggung kesakitan seperti itu, untuk berjalan ke tingkap dan kemudiannya jatuh," katanya hari ini, ketika disoal oleh peguam Tan Hock Chuan, yang hadir bagi pihak kerajaan, berhubung teori serangan yang dibangkitkan di mahkamah sebelum ini.

Dr Prashant, 42, yang berkhidmat dengan Unit Forensik Pusat Perubatan Universiti Malaya, berkata kecederaan seperti itu boleh menyebabkan pendarahan yang banyak yang tidak didapati ketika mayat dijumpai. - Bernama

Penghuni Gua : Dua pakar patologist telah memebri keterangan dalam inkues Teoh / SETPOL yang dijumpai mati di bangunan Massalam SPRM Shah Alam.

2. Pada pandangan PG, Inkues ini sudah berakhir dan memang sah Teoh membunuh diri. Kedua patologist sudah mengesahkannya. Tiada apa lagi yang harus dimushkilkan. Dua patologist sudah mengesahkan sebab kematian iaitu tiada unsur jenayah.

3. Pada peringkat ini pada pandangan PG, inkues sudah tamat. Yang tinggal hanyalah hanya untuk melengkapkan inkues ini sahaja. Tiada apa lagi yang berubah. Pakar telah mengesahkan sebab kematian.

4. SPRM boleh tidor lena sekarang. Tapi ingat : di masa depan SPRM harus bertindak lebih hari-hati selagi saksi dan orang tahanan masih di dalam perlindungan anda. Jangan ulangi lagi peristiwa ini kerana ia boleh merosakkan SPRM sendiri dan boleh menjatuhkan sesebuah kerajaan yang tidak sepatutnya berlaku. Anda semua boleh tidor lena sekarang. Semuanya sudah berakhir.

5. Kepada keluarga Teoh dan penyokong dan pemimpin PR, terimalah ia dengan hati terbuka. Semua sudah berakhir dan dua pakar sudah mengesahkan sebab kematiannya. Inkues hari ini dan hari-hari yang kehadapan hanyalah untuk melengkapkan proses inkues ini sahaja. Sebab kematian tidak akan berubah. Ia telah disahkan oleh patologist.

6. TEOH mati adalah kerana bunuh diri dan tiada sebarang kekasaran dilakukan terhadapanya serta kematiannya tiada unsur perbuatan jenayah. TUTUP.

1 comment:

  1. Salam,

    Tetapi DAP tidak mahukan jawapan seperti itu, dia mahu sebut UMNO yang punya angkara, kalau tidak malulah DAP........perompak negara....

    ReplyDelete

PETA PELAYAR