
Penghuni Gua : Selsema babi semakin menular. Nampaknya diluar kawalan. Menteri dan Kementerian kesihatan Malaysia seolah tidak bermaya dalam merancang dan membuat pelan tindakan jangka pendek dan jangka panjang bagi membendungnnya.
2. KPI menteri ini ( Liow Tiong Lai ) pun tak lepas ( gagal ). Kepada PM DS Najib, dicadangkan Menteri dan Ketua Pengarah Kesihatan atau juga KSU Kementerian ini ditukar dan diganti dengan orang lain yang lebih bertenaga dan lebih mempunyai idea.
3. Kelambatan dan kelesuan mereka ini boleh menjahanamkan negara dalam semua segi apatah lagi saban hari ada sahaja nyawa melayang dengan sia-sia.
4. Segerakan pengantian kesemua mereka ini.
