FOLLOWERS

Showing posts with label KRISIS SELSEMA BABI. Show all posts
Showing posts with label KRISIS SELSEMA BABI. Show all posts

Friday, 14 August 2009

H1N1 : PERANGAI BUROK DOKTOR DI KLINIK KESIHATAN PRESINT. PUTRA JAYA !


Penghuni Gua : Sedikit kisah perangai seorang doktor kerajaan yang bertugas di hospital Putra Jaya dalam menangani epidemik Selsema babi ini.

2. Pada 6 ogos 2009 jam 6 petang, seorang kawan PG telah membawa anak-anak beliau yang sakit demam. batuk dan selsema seramai 3 orang ke klinik kesihatan Presint 9., Putra Jaya.

3. Apa yang PG nak kisahkan ialah, semasa sahabat PG menuggu giliran untuk berjumpa Doktor di Klinik berkenaan, sahabat PG ini telah melihat bagaimana seorang Ibu ( berbangsa Cina ) yang membawa anaknya bagi pemeriksaan selsema babi telah dimarah dengan bahasa yang tinggi oleh doktor bertugas.

4. Puncanya apabila doktor ini bertanya perempuan cina ini sudah berapa lama anaknya deman, perempuan cina ini menjawab baru satu hari anaknya mengalami demam dan selsema serta batuk. Perempuan ini terus dimarahi dan doktor bertugas tersebut berkata ini bukan H1N1 tetapi demam biasa. Kalau selepas 5 hari barulah datang buat pemeriksaan. Selepas di marah perempuan ini beredar pulang dengan muka yang hampa dengan sikap biadap doktor bertugas tersebut.

5. Sahabat PG yang melihat dan mendengar kisah ini terus beredar pulang. Jika beliau menunggu dan berjumpa doktor ini, mungkin berlaku pertengkaran kerana kebiadapan doktor berkenaan. Sahabat PG ini orangnya garang juga.

6. Jadi inilah sikap sebahagian doktor yang ada di Malaysia , yang mana telah dan akan merosakkan nama dan profesion kedoktoran.

7. Kalau sudah demam 5 hari , barulah disuroh datang buat pmeriksaan, maka PG rasakan dari penerangan ketua pengarah kesihatan di TV tempoh hari, maka kanak-kanak berkenaan sudah menjadi mayat. Sukar sangatkah untuk membuat pemeriksaan dan saringan? Inilah mungkin mengapa wabak ini masih belum selesai dan makin merebak agaknya.

8. Seperti kata Ketua Pengarah Kesihatan tempoh hari, ada doktor yang tidak faham , kerana mereka tiada komputer dan malas membaca arahan ( SOP ) bagi menangani wabak ini yang dikeluarkan oleh kementerian kesihatan Malaysia. Mungkin doktor ini salah seorang kot.

9. Ambil tindakan kepada Dr yanag biadap dan tidak berbahasa ini. Tukar dan gantikan dengan Dr yang lebih cerdik daan berbahasa serta mahir dalam menangani H1N1.

PETA PELAYAR