FOLLOWERS

Showing posts with label GAJI / XXXX. Show all posts
Showing posts with label GAJI / XXXX. Show all posts

Thursday, 5 November 2009

BONUS ! BETUL KATA PM!


Kelmarin PM ada menegur Presiden CEUPECS dan CUEPES juga kerana isu 2 bulan bonus yang didesak oleh badan tersebut. Alasan PM , tidak bermoral badan ini memohon bonus kerana ekonomi negara sekarang masih dalam keadaan tidak stabil.

2. Betul juga kata PM tu. PG setuju.

3. Memang kecewa juga kerana tidak mendapat bonus 1 bulan gaji seperti biasa . Tahun ini hanya dapat RM 500 sahaja. Hendak beli motosikal anak perempuan yang belajar Kolej di Kelantan pun tak dapat. Jalan kaki lah anak perempuan tu buat masa ini sejauh 2 km merentasi bandar Kota Bharu. Sabar aje le.

4. Tetapi kita semua misti rasional, memang ekonomi negara sekarang masih tidak stabil. Banyak pihak akan terjejas jika bonus diberikan kepada seluruh kakitangan kerajaan. Ia melibatkan hampir RM 500 juta tambahan perbelanjaan kerajaan . Jadi kalau bonus dibayar juga, mungkin sebahagian projek dan perancangan untuk rakyat terbanyak akan dipotong. Ini akan menjejaskan kualiti kehidupan rakyat.

5. Jadi sabau aje le. Dapat le tu akan datang. Ramai lagi mereka yang tidak bernasib baik di Malaysia ini. Kita kakitangan kerajaan ini, susah-susah pun hanya nak tunggu bulan cukup aje. Cukup bulan ada gaji. Tetapi di kalangan penoreh getah, nelayan , penganggur dan mereka yang bergaji tidak tetap dan swasta : tidak kerja , tak bergaji dan tak makan lah mereka.

6. Kakitangan kerajaan ini , busuk-busuk pun, cukup bulan dapat gaji. Itu pun kerja tak cukup sebulan. Cuti bola, cuti sakit, cuti itu , cuti ini, masa kerja pun ponteng, datang lewat, masa kerja pergi makan dan berpolitik dan berbagai lagi. Dapt juga gaji.

7. Jadi pada pandangan PG, kita semua terimalah apa yang kita dapat kini. Syukorlah. Negara ini bukan hak kakitangan awam sahaja. Tetapi ia adalah hak dan kepunyaan semua rakyat Malaysia.

8. ................Dapat bonus 2 bulan pun, habis juga. Cukai pendapatan pun tak bayar, pinjaman PTPTN pun tak bayar. Jadi terima ajelah keadaan ini buat sementara.

PETA PELAYAR