Kelmarin PM ada menegur Presiden CEUPECS dan CUEPES juga kerana isu 2 bulan bonus yang didesak oleh badan tersebut. Alasan PM , tidak bermoral badan ini memohon bonus kerana ekonomi negara sekarang masih dalam keadaan tidak stabil.
2. Betul juga kata PM tu. PG setuju.
3. Memang kecewa juga kerana tidak mendapat bonus 1 bulan gaji seperti biasa . Tahun ini hanya dapat RM 500 sahaja. Hendak beli motosikal anak perempuan yang belajar Kolej di Kelantan pun tak dapat. Jalan kaki lah anak perempuan tu buat masa ini sejauh 2 km merentasi bandar Kota Bharu. Sabar aje le.
4. Tetapi kita semua misti rasional, memang ekonomi negara sekarang masih tidak stabil. Banyak pihak akan terjejas jika bonus diberikan kepada seluruh kakitangan kerajaan. Ia melibatkan hampir RM 500 juta tambahan perbelanjaan kerajaan . Jadi kalau bonus dibayar juga, mungkin sebahagian projek dan perancangan untuk rakyat terbanyak akan dipotong. Ini akan menjejaskan kualiti kehidupan rakyat.
5. Jadi sabau aje le. Dapat le tu akan datang. Ramai lagi mereka yang tidak bernasib baik di Malaysia ini. Kita kakitangan kerajaan ini, susah-susah pun hanya nak tunggu bulan cukup aje. Cukup bulan ada gaji. Tetapi di kalangan penoreh getah, nelayan , penganggur dan mereka yang bergaji tidak tetap dan swasta : tidak kerja , tak bergaji dan tak makan lah mereka.
6. Kakitangan kerajaan ini , busuk-busuk pun, cukup bulan dapat gaji. Itu pun kerja tak cukup sebulan. Cuti bola, cuti sakit, cuti itu , cuti ini, masa kerja pun ponteng, datang lewat, masa kerja pergi makan dan berpolitik dan berbagai lagi. Dapt juga gaji.
7. Jadi pada pandangan PG, kita semua terimalah apa yang kita dapat kini. Syukorlah. Negara ini bukan hak kakitangan awam sahaja. Tetapi ia adalah hak dan kepunyaan semua rakyat Malaysia.
8. ................Dapat bonus 2 bulan pun, habis juga. Cukai pendapatan pun tak bayar, pinjaman PTPTN pun tak bayar. Jadi terima ajelah keadaan ini buat sementara.
Hmm..bonus dapat..
ReplyDeletetapi koje tu serupa ngan takok lama..dok lagu tu jugak ..tak berubah-rubah..
hehehe
ReplyDeletemmg nasib pekerja bawahan,
kena siapkan skt boss..
cuma layak kena seranah je kot..
ygPNP mmg x yah dapat bonos, gaji besar..
yg sokongan je merana..
AZku setuju dengan PM dan PG. Kalo kerja swasta kerja sampai perah darah untuk dapat gaji. Ada yang kena potong gaji 20% sebab ekonomi x menentu, ada kena buang kerja ada yang dah 2 tahun gaji x naik , bonus x dapat.. tapi dtg keja waktu tepat , masa makan pun termiss sebab kerja, cuti jenoh nak mintak susah nak diluluskan walaupun ada cuti...kalo kerajaan banyak releknyer . Kerja untuk sorang tapi 2 3 orang yang buat. Efficiency dan productivity jarang di tekankan. Maka ada yang masih relek baca paper d pejabat, minum kopi berjam jam dan kalo g bahagian gov servis, aku rasa sedih dengan slow motion kakitangan...
ReplyDeleteSo pikir la sendiri, jangan selalu minta apa yang gov boleh bagi , apa yang kita bagi ke gov. Ada tak kita meningkatkan efficiency and productivity sekali or 2 kali ganda
lu pikirla sendiri
Najib telah membuat kesilapan besar menghina Penjawat Awam Malaysia.
ReplyDeleteRamai Penjawat Awam marah akan ucapan Najib itu.
Kalau tak percaya layarilah blog Cuepacs, ramai yang mencurahkan perasaan marah kepada Perdana Menteri ini.
Sebelum ini tidak pernah Perdana Menteri menghina Penjawat Awamnya sendiri.
Sedih, kerana Najib sudah lupa daratan.
hehehe...PM baru je cakap macam tu dah nak mengamuk sakan!...klaulah dorang tu dlm sektor swasta dgn margin keuntungannya tgh menguncup,jgn nak kata bonus...silap2 kena potong gaji...klau tak, berhenti keje la gamak!...ada berani ka??!
ReplyDeleteP/S: Susah klau dlm diri xde perkataan ni....
"B E R S Y U K U R"
anakjati_sgway