FOLLOWERS

Tuesday, 3 November 2009

BERITA PALSU KESIHATAN RAJA THAI : TOKOH PERNIAGAAN DI DAKWA !





BANGKOK 2 Nov. - Pihak berkuasa Thailand mendakwa dua orang dengan tuduhan menyebarkan maklumat palsu mengenai kesihatan raja, selepas khabar angin bulan lepas yang menyebabkan pasaran saham menjunam.

Katha Pajariyapong dan Theeranan Vipuchanin, kedua-duanya mempunyai latar belakang dalam industri kewangan ditahan dan dibawa ke balai polis Bangkok semalam sebelum dilepaskan dengan ikat jamin.

Raja Bhumibol Adulyadej, 81, yang dipuja sebagai separa tuhan oleh ramai orang Thai dan merupakan kuasa penstabilan di negara yang bergolak secara politik itu, telah dimasukkan ke hospital sejak pertengahan September dengan jangkitan paru-paru dan demam panas. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Dua tokoh perniagaan Thailand di dakwa dan berdepan dengan hukuman penjara. Selalunya jarang mereka yang dituduh menghina Raja Thai terlepas.

2. Ini yang sepatut dan sewajarnya dikenakan kepada mereka yang menghina DYMM Raja-Raja Melayu di Malaysia. Penghinaan setengah pihak dan rakyat negara ini ( hanya badan mereka sahaja warga negara tetapi otak dan rohnya masing asing ) yang menghina Institusi ini berjata kali lebih teruk dari yang dilakukan oleh 2 tokoh perniagaan Thailand di atas.

3. Mengapa amat sedikit tindakan dikenakan dan mengapa terlalu lambat tindakan diambil oleh pihak-pihak tertentu bagi menangani masalah ini. Semua undang-undang mengenai ini dan semua perkara di Malaysia ini sudah lengkap. Hanya penguatkuasaan.

4. PG mengharapkan kita jangan bertangguh lagi dalam mengambil tindakan tegas dan keras bagi memelihara institusi ini. Institusi ini adalah tunggak kekuatan negara. Kalau bukan kita yang menjaganya , siapa lagi.

5. Tindakan perlu setegas dan sesegera mungkin. Ini kerana banyak pihak yang sudah besar kepala dan telah beraja di hati dan di mata. Setengahnya telah menjadi Maharaja. Sakit mata dan hati kami ini.

6. Tunggu apa lagi!

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR