FOLLOWERS

Tuesday, 17 November 2009

PANDANGAN TERKINI MOHD SABU TERHADAP PAS : DIA BENCI !


Dipetik dari Blog : Penarik Beca



..................................Tadi, saya menziarahi Haji Mohamad Sabu yang baru pulang dari luar negara. Beliau mempunyai pandangan lain mengenai perkara itu (Lihat berita Harakahdaily 13/11/09 "Tiada lafaz 'cerai talak tiga' dalam bai'ah PAS").

"Orang Umno kekal dalam PAS pasai bai'ah tu. Dia nak lompat tak boleh, tapi jiwa dia dah Umno. Lagi untung Umno. Tak payah susah-susah (aturkan babak lompat). Orang dia dah ada dalam PAS. Lagi bagus, lagi untung Umno," katanya.Bila kami tanya tentang ribut-ribut baru-baru ini sehingga terpaksa buat mesyuarat khas dan seminar, dia kata, "Aku tak campoq. Aku benci".Beliau juga mengakui persepsi masyarakat terhadap PAS jatuh merudum.

"Boleh jadi tak dak sapa dah dalam PAS yang jumpak sulit-sulit dengan Umno. Tapi persepsi orang (terhadap PAS) dah rosak," katanya."Dah rosak, bukan senang nak perbetui".Ketika kawan-kawan lain pakat-pakat balik dan saya bersembang dengan dia sahaja, saya tanya perlukah buat perubahan dalam kepimpinan PAS?Mat Sabu terus menegaskan:

"Dua tu kena kekal (maksudnya Tok Guru Mursyidul Am dan Tok Guru Presiden)".Saya diam sahaja sebab saya tengah berminat dengan cadangan supaya Presiden dan Timbalan Presiden PAS pegang jawatan paling maksimum tiga penggal sahaja dan setiap penggal dipanjangkan kepada tiga tahun dan bukan dua tahun seperti sekarang. Kepimpinan parti pula dipilih di peringkat cawangan-cawangan dan bukan lagi di dalam Muktamar PAS di peringkat pusat."Tak dak orang yang layak nak ganti.

Langsung tak dak," katanya."Kadang-kadang, kalau orang tu kata tak dak orang yang layak nak ganti, dalam hati dia berasa dia la yang layak. Aku pun tak layak," katanya lagi."Abang Mat nak buat apa?" saya tanya dia."Aku nak lawan rasuah dan penyalahgunaan kuasa, dalam dan luar parti (PAS)," kata Mat Sabu.

Tengah tulis ni saya teringat yang beliau bersetuju sangat dengan institutional change yang beberapa kali disebutkan kebelakangan ini (yang saya ingat, dua orang pemimpin PAS yang sakan dok cadang institutional change tu ialah Haji Mahfuz Omar dan Haji Salahuddin Ayub).Antara lain, institutional change tu melibatkan badan-badan yang berkaitan integriti seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). SPRM mesti bertanggungjawab dan answerable kepada Jawatankuasa Khas Parlimen.

Badan-badan tersebut mesti dibebaskan dari cengkaman Perdana Menteri, tidak kira siapa pun Perdana Menteri.Begitu juga polis, mesti wujud badan seperti Suruhanjaya Bebas Pengaduan dan Salah Laku Polis (IPCMC).Badan yang berkaitan dengan demokrasi seperti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga mesti bertanggungjawab dan answerable kepada Jawatankuasa Khas Parlimen.Dari segi melaksanakan kehendak Fasal 153 Perlembagaan Malaysia pula, badan-badan seperti MARA dan Tabung Haji juga mesti bertanggungjawab dan answerable kepada Jawatankuasa Khas Parlimen. Itu institutional change yang selalu saya dengar depa sebut.

Penghuni Gua : Dengan lain perkataan, Mohd sabu sudah naik menyampah dan meluat dengan PAS dan pemimpinnya.

2. Nampak dari percakapanya , beliau begitu kecewa dengan apa yang berlaku dalam PAS dan di kalangan pemimpinnya sejak kebelakangan ini. Kalau sebelum ini, inilah ayam sabung PAS yang dikerah ke sana ke sini dalam menghentam UMNO / BN, kini Mohd Sabu diam seribu bahasa.

3. Nampak gaya , PAS nak bungkus pada PRU13 ini kot. Moral penyokong dan pemimpin PAS di segenap peringkat terutama diperingkat pertengahan dan bawahan amat rendah sekali dari perbualan PG dengan beberapa kenalan PG dari kalangan PAS.

4. PAS kata kebanyakkan mereka : pemimpinnya hanya mementingkan diri, riak, dan sukar mendengar pandangan ahli parti apatah lagi pandangan orang luar. PAS juga pada pandangan mereka tidak bijak menguruskan kuasa. Tanya mereka :! Apa yang telah PAS buat untuk pembangunan negara atau di negeri yang di kuasainya atau yang dikuasai oleh rakannya. Tiada pelan jangka panjang dan jangka pendek. Yang ada hanya perancangan dari hari ke hari dan hanya enak dengan slogan. Lebih-lebih lagi slogan berkaitan islam. dan kebanyakkan pemimpin mereka keras kepala. Tindakan, habok pun tak ada.

5. PG pun berpendapat sama seperti mereka. Kosong. Yang mereka tahu hanya kritikan kosong kepada segala perancangan dan tindakan yang dilakukan oleh kerajaan yang ada. Dari parti sendiri atau dari PR : *()_)(*&^%$#@#$%^&*(*&^%$

6. Boleh lah kot , dari sekarang kita mula membacakan talkin untuk parti ini dan rakan mereka dalam pakatan.

7 comments:

  1. SLM BRO..SELAIN 2 EKOR BERUANG TUA PAS TU DH X DAK CALON YG LAYAK?. KLU DI TAKDIRKAN 2 EKOR TU PADAM TIBA2, BYGKAN TAK KELAM KELIBUT DIBUATNYE? TP APE NAK HERANKAN SGT..2-2 EKOR DH XDE GIGI KEHKEHKEH

    ReplyDelete
  2. mat sabun mudah lupa,sianwar dulu kata ada ramai mp nak lompat pati dia,jadi dia yang mulakan..

    ReplyDelete
  3. PAS mungkin tidak muflis terus tetapi kembali menjadi pembangkang kecil-kecilan macam dulu. Itupun kalau dia sanggup berpisah dengan DAP. Jika tidak, jangan salahkan sesiapa jika PAS benar-benar musnah.

    ReplyDelete
  4. Jangan lupa baca talkin sekali untuk parti MCA yang bakal hancur

    ReplyDelete
  5. Dollah : Tq. untuk MCA dah 10 kali talkin dah saya buat posting dari sep, okt dan nov. dis ini aje yang belum. MCA tu biar di telan bumi terus.MCA tu pun dah hancur jasad . hanya tinggal tenggorak. itupun gigi aje.

    ReplyDelete
  6. Salam bro..

    Masalah kepimpinan dalam politik negara semakin menjadi-jadi sama ada di pihak pembangkang ataupun kerajaan. Seolah-olahnya pemimpin hari ini tidak mahu memulihkan imej diri sendiri. Ini kerana semua parti mempunyai visi dan misi masing-masing yang tidak perlu diperbaiki.

    Manakala yang sewajarnya untuk diperbaiki ialah sikap dan imej pemimpin itu sendiri. Barulah masyarakat akan setia pada satu-satu organisasi. Jika seseorang pemimpin itu sayangkan partinya, sudah tentu dia memperbaiki kelemahan imejnya. Berhijrah daripada baik kepada yang lebih baik.

    wallahu a'lam.
    anda semua dijemput melayari blog saya di : http://selempangmerah69.blogspot.com/

    ReplyDelete
  7. hahaha...cakap orang kalah. Masuk lah UMNO la Mat Sabu oiii....hang dalam PAS bukan laku lagi. hang pung dua kali lima....huhuhu

    ReplyDelete

PETA PELAYAR