[1996] 1 MLJ 393
Tun Datuk Patinggi Haji Abdul–Rahman Ya’kub v Bre Sdn Bhd & Ors
Case Details:
Malaysia HIGH COURT (KUCHING) — CIVIL SUIT NO KG 400–1986
Judges RICHARD MALANJUM J
Date 28 FEBRUARY 1995
Citation [1996] 1 MLJ 393
Catchwords:
Tort — Defamation — Libel — Publication of defamatory letter in newspaper — Whether letter was capable of being and was in fact defamatory of plaintiff — Whether letter calculated to expose plaintiff to hatred, ridicule or contempt in mind of reasonable man or would tend to lower him in estimation of right-thinking members of society generally
Tort — Defamation — Defence — Justification — Publication of defamatory letter in newspaper — Whether defendants could prove truth of defamatory imputations on balance of probabilities — Whether defendants could rely on general and specific wrong-doings of plaintiff — Defamation Act 1957 s 8
Tort — Defamation — Defence — Fair comment — Publication of defamatory letter in newspaper — Whether defendants could prove publication was fair comment on balance of probabilities — Whether publication was a comment — Whether publication was a matter of public interest — Whether publication was fair — Whether fair-minded person could honestly make such comment without having any basic facts to rely upon
Tort — Defamation — Defence — Qualified privilege — Publication of defamatory letter in newspaper during state by-election — Whether defendants could prove qualified privilege on balance of probabilities — Whether defendants had duty to publish letter — Whether publication was privileged as by-election generated public interest — Whether journalists, editors and newspapers in special positions which entitled them to defence of qualified privilege
Tort — Defamation — Malice — Meaning of — Inference of malice — Publication of defamatory letter in newspaper without prior verification — Whether editor was reckless and not concerned with truth or falsity of letter — Whether such malice on editor’s part could be imputed to his employer
Tort — Defamation — Damages — Compensatory damages — Aggravated damages — Publication of defamatory letter in newspaper — Whether compensatory damages could include aggravated damages — Whether award of damages was fair and adequate to vindicate plaintiff and to console him for wrong done
Bahasa Malaysia Summary:
Plaintif, bekas Ketua Menteri dan Gabenor Sarawak, telah menuntut ganti rugi dan suatu injunksi terhadap defendan-defendan untuk libel yang disiarkan dalam suatu artikel suratkhabar harian tempatan (‘artikel tersebut’). Defendan pertama merupakan penyiar suratkhabar tersebut manakala defendan-defendan kedua dan ketiga adalah masing-masing pencetak dan penyunting suratkhabar tersebut. Artikel tersebut adalah mengenai sepucuk surat kepada defendan ketiga selaku penyunting suratkhabar tersebut, dan ia adalah berkenaan dengan suatu pilihanraya kecil kawasan pilihanraya negeri di mana plaintif mengiringi seorang calon bebas ke pusat pencalonan pada hari pencalonan.
Defendan-defendan berhujah bahawa perkataan-perkataan yang didakwa dalam artikel tersebut tidak memfitnahkan plaintif. Defendan-defendan seterusnya berhujah bahawa sekalipun perkataan-perkataan sedemikian memfitnahkan plaintif, mereka boleh bergantung kepada pembelaan justifikasi, komen berpatutan dan perlindungan bersyarat. Untuk menyokong pembelaan justifikasi, defendan-defendan menyatakan dalam plidingnya tentang perbuatan salah am dan khusus yang dilakukan oleh plaintif.
Berkenaan dengan pembelaan perlindungan bersyarat, defendan-defendan menuntut bahawa mereka mempunyai kewajipan terhadap rakyat Sarawak untuk menyiarkan artikel tersebut dan rakyat Sarawak juga mempunyai kewajipan yang sama untuk menerima penyiaran tersebut. Defendan-defendan seterusnya menuntut bahawa pilihanraya kecil tersebut telah menimbulkan kepentingan awam. Defendan ketiga telah memberi keterangan, antara lain, bahawa dia tidak menentusahkan isi kandungan artikel tersebut sebelum menyiarkannya dan artikel tersebut telah disiarkan secara keseluruhannya.
Diputuskan:
Diputuskan, membenarkan tuntutan itu:
Diputuskan, membenarkan tuntutan itu:
(1) Ujian sama ada perkataan-perkataan yang diadu dalam artikel tersebut adalah berkeupayaan untuk memfitnah dan sebenarnya telah memfitnah plaintif, adalah sama ada perkataan-perkataan tersebut adalah diperhitungkan untuk mengakibatkan plaintif dibenci, dipersenda atau dihina dalam minda seorang yang munasabah atau sama ada perkataan-perkataan tersebut berkecenderungan untuk merendahkan plaintif dalam pandangan ahli-ahli masyarakat yang berfikiran waras secara amnya. Perkataan-perkataan yang diadu dalam artikel tersebut adalah berkeupayaan untuk memfitnah dan sebenarnya telah memfitnah plaintif (lihat ms 402H dan 403C); JB Jeyaretnam v Goh Chok Tong [1985] 1 MLJ 334 dan Syed Husin Ali v Sharikat Penchetakan Utusan Melayu Bhd & Anor [1973] 2 MLJ 56 diikut.
(2) Berkenaan dengan pembelaan justifikasi, beban adalah atas defendan-defendan untuk membukti kebenaran tohmahan khusus terhadap plaintif dengan berpandu kepada s 8 Akta Fitnah 1957. Defendan-defendan tidak berhak untuk bergantung kepada pertuduhan am atau khusus berkenaan dengan perbuatan salah plaintif yang tidak relevan kepada tohmahan khusus yang memfitnah plaintif dalam kes ini. Defendan-defendan telah gagal membuktikan kebenaran kenyataan yang memfitnah plaintif atas imbangan kebarangkalian (lihat ms 406E); Bookbinder v Tebbitt[1989] 1 All ER 1169; Templeton v Jones[1984] 1 NZLR 448; Plato Films Ltd & Ors v Speidel [1961] AC 1090 dan Scott v Sampson (1882) 8 QBD 491 diikut.
(3) Berkaitan dengan pembelaan komen berpatutan, perkataan-perkataan yang diadu itu tidak merupakan komen. Secara alternatif, perkataan-perkataan tersebut adalah tidak dibuat atas perkara yang berkepentingan awam kerana kehadiran plaintif pada hari pencalonan semata-mata tidak merupakan perkara yang berkepentingan awam. Jikapun perkataan-perkataan tersebut layak menjadi komen, perkataan-perkataan tersebut adalah tidak berpatutan, dari segi bahawa seseorang yang bersikap adil tidak akan membuatnya secara jujur tanpa berdasarkan apa-apa fakta asas. Oleh yang demikian, pembelaan komen berpatutan gagal atas imbangan kebarangkalian (lihat ms 408H, 409E–G dan 410G); JB Jeyaretnam v Goh Chok Tong [1985] 1 MLJ 334, Lee Kuan Yew v JB Jeyaretnam [1979] 1 MLJ 281, Telnikoff v Matusevitch [1991] 4 All ER 817 dan Abdul Rahman Talib v Seenivasagam & Anor [1965] MLJ 142 diikut. Odger v Mortimer (1873) 28 LT 472 dibezakan.
(4) Defendan-defendan tidak dapat membuktikan bahawa mereka mempunyai kewajipan untuk menyiarkan artikel tersebut kepada rakyat Sarawak. Walaupun pilihanraya kecil tersebut telah menimbulkan banyak kepentingan awam, tetapi peristiwa yang sedemikian, dengan sendirinya, tidak menjadikannya sesuatu yang terlindung. Wartawan, penyunting dan suratkhabar tidak mempunyai kedudukan yang istimewa yang membolehkan mereka bergantung kepada perlindungan bersyarat atas perkara-perkara yang disiarkan oleg mereka. Justeru itu, pembelaan perlindungan bersyarat gagal atas imbangan kebarangkalian (lihat ms 411E–I); Blackshaw v Lord[1983] 2 All ER 311; Adam v Ward [1917] AC 309 dan Arnold v King Emperor (1914) 30 TLR 462 diikut.
(5) Apabila menyiarkan artikel tersebut, defendan ketiga tidak mengambil apa-apa tindakan berjaga-jaga, bersikap tidak peduli dan tidak prihatin tentang kebenaran atau kepalsuan artikel tersebut. Kesemua ini membuktikan niat jahatnya. Niat jahat defendan ketiga boleh dikaitkan dengan defendan pertama yang merupakan majikannya. Tetapi, oleh kerana tidak terdapat keterangan bahawa defendan ketiga adalah pekerja atau ejen defendan kedua, plaintif telah gagal membuktikan niat jahat defendan kedua. Oleh yang demikian, pembelaan-pembelaan komen berpatutan dan perlindungan bersyarat bagi defendan-defendan pertama dan ketiga akan gagal kerana kewujudan niat jahat (lihat ms 415D–I dan 416A); Guise v Kouvelis (1946) 46 SR (NSW) 419 tidak diikut.
(6) Dalam tindakan libel, atas peraturan am, ganti rugi adalah ditaksirkan atas dasar pampasan. Ganti rugi bersifat pampasan boleh termasuk ganti rugi teruk (aggravated damages) sekiranya keadaan yang teruk wujud. Dalam kes ini, selepas mempertimbangkan faktor-faktor yang teruk, jumlah RM100,000 sebagai ganti rugi bersifat pampasan adalah dianggap adil dan memadai untuk memulihkan nama baik plaintif dalam masyarakat di samping memberi pampasan kepada beliau akibat kesalahan yang dilakukan terhadap beliau. Perintah pengagihan tidak dibuat oleh kerana tidak terdapat permohonan untuk taksiran berasingan oleh defendan-defendan (lihat ms 416F–I, 419E–F dan 420A); Uren v John Fairfax & Sons Pty Ltd (1966) 117 CLR 118, Syed Husin Ali v Sharikat Penchetakan Utusan Melayu Bhd & Anor [1973] 2 MLJ 56 dan Datuk Patinggi Abdul Rahman Ya’kub v Abang Mohammad bin Abang Anding [1979] 2 MLJ 185 diikut.]
Penghuni Gua : Semuga dengan paparan ini ianya memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar untuk menambahkan pengetahuan. Tq
No comments:
Post a Comment