FOLLOWERS

Saturday, 28 November 2009

MALAYSIA LAW JOURNAL : KES HABEAS CORPUS !


[1994] 2 MLJ 657
Nadarajan v Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Malaysia & Anor and other applications
Case Details:

Malaysia HIGH COURT (PENANG) — CRIMINAL APPLICATION NOS
44–1–94, 44–2–94, 44–3–94, 44–231–91, 44–91–92, 44–7–93,
44–33–93, 44–5–93, 44–7–94 AND 44–9–94

Judges SELVENTHIRANATHAN JC

Date 26 MAY 1994

Citation [1994] 2 MLJ 657


Catchwords:

Constitutional Law — Preventive detention — Application for habeas corpus — Allegations of fact on which detention order was based also formed subject matter of criminal proceedings — Whether detention tantamount to prosecuting applicants twice — Whether Deputy Minister acted mala fide

Constitutional Law — Preventive detention — Application for habeas corpus — Detention orders made by Deputy Minister — Whether should be made by Minister himself — Whether Deputy Minister conferred with all powers of Minister — Federal Constitution art 7(2) — Interpretation and General Clauses Ordinance 1948 s 30

Constitutional Law — Preventive detention — Application for habeas corpus — Reports of circumstances of arrest and detention addressed to Inspector-General of Police but intended for designated police officer — Dangerous Drugs (Special Preventive Measures) Act 1985 s 6(1)
Criminal Procedure — Autrefois acquit and autrefois convict — Situations when plea would be available — Federal Constitution art 7(2)

Bahasa Malaysia Summary:

Pemohon dalam tiga permohonan jenayah yang pertama (‘tiga pemohon yang pertama’) telah ditahan di bawah s 4(1) Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Mencegah Jenayah) 1969 (‘Ordinan itu’). Peguam untuk tiga pemohon yang pertama menghujahkan bahawa satu daripada pengataan fakta atas mana perintah tahanan bagi setiap pemohon itu didasarkan juga merupakan perkara di dalam prosiding jenayah terhadap mereka bersesama, yang belum diselesaikan, dan bahawa tahanan mereka di dalam keadaan itu terjumlah kepada pendakwaan mereka sebanyak dua kali untuk jenayah yang sama.

Beliau menghujahkan bahawa Timbalan Menteri tidak menimbangkan kebelumselesaian pendakwaan pemohon di mahkamah undang-undang apabila membuat perintah tahanan itu, yang menunjukkan bahawa beliau tidak berhati-hati dan merupakan pelaksanaan kuasa tahanan yang tidak wajar olehnya. Alasan lain untuk mencabar perintah tahanan itu adalah bahawa pegawai polis yang dilantik telah melaporkan keadaan penangkapan dan tahanan pemohon kepada Menteri menurut s 3(3)(c) Ordinan itu sementara perintah tahanan itu dibuat oleh Timbalan Menteri. Peguam tiga pemohon yang pertama telah berhujah bahawa perintah tahanan itu sepatutnya dibuat oleh Menteri sendiri dan bukannya oleh Timbalan Menteri.

Di dalam tujuh permohonan yang lain, Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri telah membuat suatu perintah tahanan di bawah s 6(1) Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 (‘Akta itu’) untuk menahan pemohon itu (‘tujuh pemohon itu’). Perintah tahanan itu telah dicabar, antara lain, atas alasan bahawa laporan mengenai keadaan penangkapan dan penahanan tujuh pemohon itu di bawah s 3(2)(c) Akta itu, masing-masing telah dialamatkan kepada Inspektor Jeneral Polis manakala ia sepatutnya dialamatkan kepada pegawai polis yang dilantik itu.
Diputuskan:
Diputuskan, menolak semua permohonan itu:

(1) Tuduhan dan tuduhan alternatif di dalam prosiding jenayah itu adalah mengenai kesalahan yang lain dan berdasarkan fakta yang berlainan daripada fakta yang, antara lain, membentuk sebahagian daripada dasar alasan atas mana perintah tahanan itu dibuat.

(2) Seseorang boleh membuat pli autrefois acquit atau autrefois convict di dalam prosiding jenayah yang kemudiannya hanya jika beliau telah dibicarakan untuk kesalahan yang sama di mana beliau telah dibebas atau disabit, atas alasan bahawa prosiding jenayah yang kemudian itu telah meletakkan beliau di dalam jeopardi dua kali bagi kesalahan yang sama.

Walau bagaimanapun, beliau tidak boleh membuat pli yang sedemikian di dalam prosiding jenayah yang kemudiannya di mana beliau telah dibicarakan untuk kesalahan yang lain dari kesalahan yang beliau telah dibebaskan atau disabitkan di dalam prosiding jenayah yang terdahulu, walaupun berdasarkan fakta yang sama atau fakta yang muncul dari satu siri perbuatan yang sebegitu berkaitan sehingga membentuk satu transaksi yang sama. Seseorang juga tidak boleh membuat pli autrefois acquit atau autrefois convict di dalam prosiding jenayah yang kemudiannya di mana beliau tidak dibebaskan atau disabit untuk satu kesalahan di prosiding jenayah yang telah diselesaikan, walaupun beliau telah dituduh untuk kesalahan yang sama di dalam prosiding jenayah yang kemudiannya.

Untuk seseorang memperolehi perlindungan di bawah perkara 7(2) Perlembagaan Persekutuan (‘Perlembagaan itu’), beliau mesti terlebih dahulu dibebaskan atau disabit atas satu kesalahan oleh mahkamah yang mempunyai bidangkuasa yang kompeten dan seterusnya beliau mesti dituduh atas kesalahan yang sama. Beliau tidak boleh memperolehi perlindungan di bawah perkara 7(2),

dalam mana-mana keadaan sekalipun, and tentunya bukan di dalam suatu keadaan di mana beliau dituduh dengan suatu kesalahan tetapi tidak dibebaskan atau disabit atas kesalahan itu.

(3) Berdasarkan perkara 43A(2) Perlembagaan itu dan s 30 Ordinan Tafsiran dan Fasal-Fasal Am 1948, seorang Timbalan Menteri diberi semua kuasa Menteri di bawah Ordinan itu.

(4) Dengan memberi perhatian kepada alasan dan pengataan fakta atas mana perintah tahanan itu didasarkan, tidak boleh dikatakan bahawa Timbalan Menteri tersebut bertindak secara tidak wajar atau secara mekanikal semasa membuat perintah itu. Dengan itu, tiga pemohon itu telah ditahan menurut undang-undang mengikut perintah tahanan yang sah yang dibuat oleh Timbalan Menteri itu di bawah pelaksanaan kuasanya di bawah s 4(1) Ordinan itu dan bahawa mereka telah gagal menujukkan bahawa perintah itu cacat dengan mala fides atau sebaliknya telah dibuat secara tidak wajar atau secara mekanikal yang akan memungkinkan pengeluaran perintah habeas corpus.

(5) Bagi tujuh pemohon itu, adalah tidak penting bahawa laporan itu dialamatkan kepada Inspektor Jeneral Polis walaupun diniatkan untuk pegawai polis yang dilantik itu. Ini adalah kerana s 3(2)(c) Akta itu memperuntukkan supaya keadaan bagi penangkapan dan tahanan dilaporkan kepada sama ada pegawai tersebut yang kemudiannya akan melaporkan dengan serta-merta kepada Menteri.

Akta itu juga mengiktiraf fakta bahawa Inspektor Jeneral Polis mungkin tidak dapat menguruskan sendiri semua kes yang dilaporkan kepada beliau di bawah s 3(2)(c) Akta itu, maka terdapat peruntukan di dalam seksyen itu bagi beliau melantik seorang pegawai polis kepada siapa laporan itu juga boleh dibuat. Atas sebab-sebab di atas, tujuh pemohon itu juga telah ditahan mengikut undang-undang di bawah perintah tahanan yang sah, yang dibuat oleh Timbalan Menteri apabila melaksanakan kuasa di bawah s 6(1) Akta itu dan mereka telah gagal menunjukkan bahawa mereka berhak di dalam keadaan sedemikian untuk pengeluaran perintah habeas corpus.

Obiter:
(1) Walaupun jika tiga pemohon itu dituduh di dalam prosiding jenayah yang sama atau kemudiannya dengan salah satu pengataan fakta atas mana perintah tahanan itu didasarkan, mereka tidak akan dapat menuntut perlindungan yang diperuntukkan oleh perkara 7(2) Perlembagaan itu daripada didedahkan atau dikenakan jeopardi dua kali.

Tuduhan tambahan ini boleh dikemuakan bersama-sama dengan tuduhan yang belum diselesaikan mengikut s 163 Kanun Acara Jenayah (FMS Bab 6) (‘KAJ itu’) yang memperuntukkan bahawa mesti terdapat tuduhan yang berasingan untuk setiap kesalahan yang berlainan atas mana seseorang itu telah dituduh dan s 165 KAJ yang memperuntukkan bagi seseorang yang dituduh dengan lebih dari satu kesalahan yang dilakukan di dalam satu siri perbuatan yang sebegitu berkaitan bersama sehingga membentuk satu transaksi yang sama, dan mengenai perbuatan yang didakwa itu, membentuk satu kesalahan yang jatuh di bawah dua atau lebih definisi undang-undang yang berasingan dan orang yang dituduh di atas tuduhan ini dituduh dan dibicara di dalam satu perbicaraan untuk setiap satu kesalahan itu.

(2) Walaupun pengataan fakta di mana perintah tahanan itu didasarkan adalah sama dengan kesalahan atas mana pemohon itu dituduh di dalam prosiding jenayah itu, itu dengan sendirinya tidak menunjukkan mala fide pada pihak Timbalan Menteri kerana pengataan fakta yang dipersoalkan itu bukan merupakan fakta tunggal yang menjadi dasar kepada perintah tahanan itu. Dengan mengambil pengataan fakta itu secara keseluruhannya, tidak boleh dikatakan secara zahirnya bahawa Timbalan Menteri telah bertindak secara mekanikal apabila membuat perintah tahanan itu.

(3) Mahkamah tidak boleh melihat di sebalik perintah tahanan itu untuk mempersoalkan sama ada terdapat cukup fakta untuk menyokong perintah itu, lebih-lebih lagi di mana pemohon sendiri telah memilih supaya tidak membuat sebarang representasi kepada lembaga penasihat dan dengan itu menyekat diri mereka sendiri dari peluang untuk memperolehi keterangan terhadap mereka yang mungkin akan dapat membantu mereka di dalam prosiding ini.

Penghuni Gua : Semuga semua pembaca dan pelajar mendapat menafaat dari paparan ini. Tq

1 comment:

PETA PELAYAR