SPRM tahan 6 ahli Umno Kota Tinggi
Oleh Johan Afandi
Oleh Johan Afandi
JOHOR BAHRU: Enam ahli Umno bahagian Kota Tinggi termasuk Ketua Pemuda Umno bahagian berkenaan serta seorang bekas Setiausaha Akhbar Menteri ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor awal pagi tadi semalam untuk siasatan berhubung dakwaan cuba menyogok tiga Ahli Jawatankuasa (AJK) Pemuda Umno bahagian berkenaan sebanyak RM40,000.
Semua mereka yang berusia antara 30 dan 40 tahun itu, ditahan kira-kira jam 2 pagi di rumah seorang AJK berkenaan, selepas kumpulan terbabit dikatakan cuba berunding dengan lelaki terbabit untuk menarik balik hasrat meletakkan jawatan sebagai AJK Pemuda bersama 17 yang lain. Berita lanjut : KLIK
Penghuni Gua : Sudah lebih 12 jam tangkapan ini berlaku. PG membelek semua akhbar dan e- berita, juga menghubungi rakan-rakan di Johor. Tiada reaksi di dalam akhbar dari pemimpin UMNO. Juga tiada pun UMNO Johor nak komen lebih-lebih.
2. PG melihat tidak ada pun UMNO dan pemimpinnya , baik di peringkat Pusat mahupun di Johor atau di negeri-negeri lain yang bising dan mempertikaikan tangkapan ini. Pagi tadi lagi PG sudah maklum tentang tangkapan ini. Kawan di Johor hanya memberi reaksi menyokong tindakan SPRM. Mereka berkata biar pengadilan yang menentukan. Berani buat berani tanggung.
3. Jadi sampai sekarang tiada lagi pemimpin UMNO segenap peringkat komen dan mepertikaikan bahawa tangakapan ini satu konspirasi, tangan-tangan ghaib mengarahkan SPRM, sabotaj, cuba nak jatuhkan kerajaan Johor dan berbagai alasan lagi seperti mana pemimpin PR. Jika tangkapan ini terjadi di kalangan pemimpin PR, PG rasakan , tenggelam Malaysia ini di dalam laut china selatan atau selat Melaka. gegak gempitalah alasan dan dakwaan konspirasi atau ada tangan ghaib yang mengarahkan SPRM dan lain-lain . Begitulah biasanya.
4.Inilah peribadi pemimpin kerajaan / UMNO. Bersikap terbuka dan telus. Berhati besar ( walaupun bukan semuanya ). Itulah bezanya pemimpin antara dua parti ini.
5. Jadi fikirlah sendiri , jika PR memerintah negara ini. PG berpendapat , semua jabatan akan di terjah oleh mereka untuk mereka campurtangan. Dilihat dari perpektif hari ini , tidak salah telahan tersebut.
6. ISA akan digunakan oleh mereka sepenuhnya. Mengecam TGNA atau TGHA atau DSAI atau Lim Kit Siang pun akan di ISAkan. Lihat ajelah apa terjadi dengan pemimpin pembangkang di singapura. Itulah contoh terdekatnya jika ..................
7. Itulah bezanya. Walaupun PG tak berparti, demi masa depan anak isteri dan agama, serta bangsa dan negara, setakat ini tak terliur lagilah nak memangkah PR tu. Baik PG pangkah yang memerintah sekarang. Sekurangnya kita sudah tahu siapa dan bagaimana prestasinya. Negara bukan tempat untuk berjudi dan boleh cuba-cuba seperti yang Prof Aziz Bari seru kepada rakyat Malaysia. Jangan sesekali naik main cuba-cuba............Lihat ajelah Indonesia.
Mana pakar dalam bercakap ,tunjuk perasaan dan reformasi , si Amien Rais tu. Ia tempat DSAI belajar dan merujuk untuk berdemo. . Dialah perosak Indonesia. Runtuh dan menderita Indonesia dan rakyatnya angkara Amien. Akhirnya sekarang ia hanya memperkayakan diri sendiri. Yang tinggal dan terpaksa menyapu bangkai dan najis yang Amien tinggalkan ialah SBY.
8. Profil dan sikapnya sama saja dengan DSAI. Kalau jenis yang pandai bercakap, mereka ini hanya auta sahaja. Hanya tahu mengkritik sahaja. Kerja hampas. Negara dah jahanam , mereka senyap membisu.
9. Itulah bezanya........fikir-fikirkanlah.
betul tu PG, kalau pkr/pas yg kene mesti tuduh umno yg pasang perangkap. sbb tu aku meluat dgn pas/pkr.....
ReplyDeletesalim
SLM BRO..KWN SEPENDAPAT GAK. DS NAJIB DH MULAKAN AGENDA PEMBERSIHAN. JIKA ANDA TAK BERSALAH X PERLU TAKUT. DAN PIHAK YG RASA BERSLH JGN RISAU, MASA ANDA AKAN SAMPAI JUGAK
ReplyDeleteMemang kalau geng awang batil, awang belanga, tok selampit tu kalau yang untung mereka diam diam je. Tetapi kalau rugi je mereka akan bising satu dunia.
ReplyDeletePelan MCA Yang Membahayakan Posisi Barisan Nasional
ReplyDeleteRetakkan di dalam parti MCA pada masa ini sememangnya membahayakan masa depan Barisan Nasional. Apa yang malangnya adalah ini merupakan masa yang terbaik bagi Barisan Nasional untuk menolak Pakatan Rakyat ketepi dan menguatkan posisinya.
Pakatan Rakyat kini dilanda pelbagai masalah dalaman.
Dapat dilihat bahawa PAS sekarang terpaksa bertungkus lumus menangani isu menantu Nik Aziz yang dikatakan terlibat dalam skandal rasuah di Kelantan. Ketua PAS di Selangor iaitu Datuk Hasan Ali pula sekarang nampaknya berusaha sedaya upaya untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor melalui pertikaiannya dengan polisi-polisi DAP.
Di sebelah PKR pula, bisikan di kalangan orang ramai adalah mengapa Saudara Anwar Ibrahim telah nampaknya mengundur diri daripada menjadi muka depan PKR. Beliau dikritis kerana kerap berada di luar negara dan tidak memberi perhatian kepada masalah dalam negara.
Barisan Nasional pada masa ini sepatutnya mengambil kesempatan untuk mencuri langkah daripada Pakatan Rakyat tetapi malangnya masalah MCA menghalang perkara ini daripada berlaku. Apabila rakyat membaca suratkhabar, mereka dapat melihat bahawa kedua-dua Barisan Nasional dan juga Pakatan Rakyat mempunyai masalah besar dan pertelingkahan dalaman.
Sudah sekian lama masalah dalaman MCA timbul tetapi masih lagi tiada penyelesaian. Pelan Damai Besar Ong Tee Keat adalah pelan yang kosong selagi pelan tersebut tidak disokong oleh Pemuda MCA dan Wanita MCA.
Pelan ini dilihat oleh rakyat sebagai satu perjanjian buruk di antara Chua Soi Lek dan Ong Tee Keat yang mengetepikan pandangan majoriti ahli MCA yang jelasnya telahpun menolak pimpinan Ong Tee Keat pada mesyuarat yang lepas.
Apa yang menjadikan perkara ini lebih teruk adalah fakta bahawa Ong Tee Keat sekarang lebih sibuk dengan masalah dalaman MCA daripada memfokuskan dirinya kepada tanggungjawabnya sebagai Menteri Pengangkutan.
Mengapakah Ong Tee Keat tidak mahu mengadakan undian baru bagi pemimpin MCA? Inilah jalan yang paling muda serta demokratik bagi menyelesaikan kesemua masalah parti tersebut. Letakkanlah masa depan parti ke dalam tangan ahli-ahli. Inilah cara yang paling bagus.
Selagi MCA bergaduh, Barisan Nasional tidak boleh melawan Pakatan Rakyat secara efektif.
Salam sejahtera, PG,
ReplyDeleteSama ada sangkut atau lepas, biar SPRM tentukan. Bos-bos yang diam tu bukan telus, tapi tekedu amat malu, atau rimas juga kut..? Baguslah tu...muhasabah-muhasabahlah diri..! Banyak yang dah keterlaluan pun ..!
Itulah .. berpolitik kalau tidak bersandarkan kayu ukur syarak, tidak memperhitungkan haram-halal, dosa-pahala, syurga-neraka, perintah Allah-larangan Allah, redha Allah-laknat Allah, tak nampak jalan, bahkan tak ada niat pun untuk meneggakkan Daulah Khilafah yang menegakkan hukum-hukum syarak (syari'at) Allah, aktivis politik Muslim yang dahinya sudah hitam pun tidak akan mengambil politik demokrasi-Machevellian ini sebagai kewajipan untuk melaksanakan amar ma'ruf nahi munkar. Sekalipun Nabi saw yang namanya mereka sebut di dalam syahadah mereka telah menunjukkan fikrah & jalan politik yang benar - politik yang menjaminkan mereka syurga - namum politik tanpa berlandaskan wahyu hanya jadi amar ma'ruf amar munkar. Heran, bagaimana suatu kaum yang Allah bekalkan al-Quran boleh berpolitik sama macam berpolitiknya puak-puak yang tak beriman itu!
Tu la bezanya standard antara parti politik di Malaysia. Bukan baru.....dulu pun ramai pemimpin UMNO yang ditahan dan dihukum melakukan pelbagai kesalahan. Termasuklah Anwar Ibrahim yang memegang jawatan TPM. Yang salah tetap salah. Berani buat berani tanggung
ReplyDeletePG, kawan sependapat dengan tuan, kawan dah hubungi sahabat di Kota Tinggi, dia juga berpendapat biarlah, kerana mereka yang cari masalah untuk kepentingan mereka sendiri......
ReplyDeleteTerima kasih selalu jenguk blog kawan........
Setuju dengan PG. Semakin lama semakin jelas kredibiliti dan sikap yang begitu berbeza anata kedua parti ini. Yang pastinya, PR yang snetiasa membangkitkan permasalahn dengan tuduhan-tuduhan ringan dan bodoh lupa bahawa hal yang dikutuk itu akan patah balik ke batang hidung sendiri.
ReplyDeleteSalam bro Arif Omar..
ReplyDeleteSepatutnya hari ini, rakyat sudah semakin faham bahawa UMNO bukan parti yang suka "menegakkan benang yang basah". Malah dalam UMNO sendiri, jika seseorang itu bersalah..biarlah pihak berkuasa yang mengambil tindakan. Tiada ulasan pemimpin tertinggi untuk membela.
Jika kita bandingkan dengan parti pembangkang, mesti mereka akan menggunakan istilah "konspirasi jahat kerajaan BN" untuk menunding jari kepada orang lain pula.
Tidak pernah pemimpin mereka mengucapkan tahniah kepada pihak berkuasa kerana membantu mereka membersihkan parti mereka daripada kaki rasuah dan sebagainya.
Apa yang penting sekali ialah jangan sesekali Pegawai SPRM terlibat dengan rasuah. Jika tidak, SPRM akan menjadi "Paku Dulang Paku Serpih..." dan tiada lagi yang percaya pada SPRM. Persoalan, siapa pula yang layak memantau SPRM agar tidak wujud rasuah dalam organisasinya?
Wallahu a'lam..
Salam bro Arif Omar..
ReplyDeleteSepatutnya hari ini, rakyat sudah semakin faham bahawa UMNO bukan parti yang suka "menegakkan benang yang basah". Malah dalam UMNO sendiri, jika seseorang itu bersalah..biarlah pihak berkuasa yang mengambil tindakan. Tiada ulasan pemimpin tertinggi untuk membela.
Jika kita bandingkan dengan parti pembangkang, mesti mereka akan menggunakan istilah "konspirasi jahat kerajaan BN" untuk menunding jari kepada orang lain pula.
Tidak pernah pemimpin mereka mengucapkan tahniah kepada pihak berkuasa kerana membantu mereka membersihkan parti mereka daripada kaki rasuah dan sebagainya.
Apa yang penting sekali ialah jangan sesekali Pegawai SPRM terlibat dengan rasuah. Jika tidak, SPRM akan menjadi "Paku Dulang Paku Serpih..." dan tiada lagi yang percaya pada SPRM. Persoalan, siapa pula yang layak memantau SPRM agar tidak wujud rasuah dalam organisasinya?
Wallahu a'lam..