FOLLOWERS

Sunday, 15 November 2009

YB AZMI KHALID ARAH POLIS TEMBAK AMARAN DAN TEMBAK KAKI PENJENAYAH SAHAJA ! BIAR BETUL !

Berita Harian

16 nov 2009

Lelaki mengamuk mati ditembak



KANGAR: Seorang lelaki bersenjata pisau yang mengamuk berhampiran pusat khidmat wakil rakyat Guar Sanji, dekat sini, hari ini mati ditembak selepas dikatakan menyerang seorang anggota polis yang cuba mententeramkannya.

Pemangku Ketua Polis Perlis, Datuk Jamshah Mustapa, berkata dalam kejadian pada jam 8 pagi itu, Mohamad Taufik Noorzan, 21, mengamuk dan mengancam untuk membunuh rakannya yang tinggal berhampiran pusat khidmat wakil rakyat itu. Polis melepaskan satu das tembakan amaran ke udara namun lelaki itu yang dalam keadaan tidak terkawal emosinya terus menyerang anggota polis menyebabkan satu lagi tembakan dilepaskan dari jarak dekat dan terkena badan lelaki itu, katanya.

.............................................. Salmiah turut mempertikaikan tindakan polis menembak anaknya sehingga mati.
Sementara itu, Ahli Parlimen Padang Besar, Datuk Seri Azmi Khalid, turut mempertikaikan kewajaran polis menembak Mohamad Taufik pada anggota badan yang tidak sepatutnya. "Saya tidak pertikai tugas polis tapi mengapa tidak ditembak bahagian kaki atau lepaskan sahaja tembakan amaran ke udara," katanya. - Bernama

Penghuni Gua : Dalam hal keselamatan, PG minta Azmi Khalid jangan cuba bermain politik dan cuba naik mencari populariti. Cukuplah pembangkang melakukan banyak perkara bodoh sebegini.

2. Azmi perktikai tindakan polis menembak mati lelaki berkenaan. Persoalnya, mengapa polis tidak menembak amaran dan tidak menembak kaki sahaja. Mengapa menembak bahagaian yang boleh menyebabkan kematiannya ( mungkin kepala atau dada ).

3. Azmi Khalid ini tahu apa kehendak undang-undang ke? Dalam undang-undang tiada pun tercatat polis atau sesiapa sahaja yang cuba mempertahankan dirinya atau diri orang lain atau hartanya atau harta orang lain perlu memberikan tembakan amaran. Tiada langsung. Selagi nyawa dan diri sendiri dan hartanya terancam , maka hak pertahanan persendirian sek 99 dan sek 100 Kanun keseksaan tetap berjalan dan sah sehingga mendatangkan kematian.

4. Juga tiada dalam mana-mana undang-undang, perlunya polis menembak kaki ke atau ditangan. hak pertahanan diri dan harta tidak menyatakan demikian.

5. Uniform polis dan amaran lisan polis sudah cukup sebagai amaran kepada semua mereka yang melakukan kesalahan untuk tidak melakukan jenayah tersebut. Dalam kes di atas, tiada apa yang salah kalau dibaca berita tersebut. Pihak polis sepanjang masa telah memberi amaran sepanjang masa sebelum penjenayah tersebut ditembak setelah menyerang polis.

6. Dalam hal ini, atas sebab yang menasabah dalam keadaan pada masa tersebut dan atas pertimbangan yang menasabah pada masa tersebut , pihak polis telah dengan betul dalam menembak lelaki berkenaan. Ini kerana ia bersenjata dan serangannya pada penilaian anggota polis berkenaan dengan menasabah boleh mendatangkan kematian kepada anggota polis ini atau pada orang lain.

7. Jadi mengapa Azmi begitu dangkal sekali sehingga cuba mengajar polis agar melepaskan tembakan amaran dan menembak kaki atau memilih kawasan tubuh yang tidak mendatangkan kematian?

8. PG malas nak bincangkan lebih lanjut aksi-aksi dangkal dan tidak cerdik YB-YB begini samada pembangkang atau kerajaan yang kerap menjadikan polis sebagai kambing hitam dan cuba menjadi polis, mereka lah juga akan jadi hakim, mereka juga yang mahu menjadi pegawai penjara. YB jadi lah YB. Jangan cuba mengajar polis hal-hal sebegini. Nam[ak bodohlah kita sebagai YB. Nak cari nama pun carilah cara lain. Banyak lagi isu di Perlis yang belum selesai. Atau dicadangkan YB Azmi ini masuk aje PDRM jadi polis. Kemudian buat operasi menangkap penjenayah seperti cara yang YB cadangkan tersebut. Kita lihat apa akibatnya.................Nak?

9. Jadi sebagai rujukan, PG paparkan kes seorang anggota polis yang telah menembak mati seorang doktor ( bukan islam ) yang berada dalam gelap ( berkhalwat ) dengan seorang jururawat di dalam gelap ( malam ) di kawasan Sg Besi beberapa tahun dahulu. Kes ini menjadi penanda aras kepada semua pihak penguatkuasa dan penjelasan mahkamah tentang hak pertahanan persendirian oleh semua rakyat Malaysia. Kita masih terikat dengannya. Undang-undang , tetap undang-undang. Kalau nak raih keuntungan politik pun tak perlulah beri kenyataan secara terbuka. Suroh keluarga magsa buat repot dan buta tindakan saman di mahkamah. Saluran ada. Jangan menjadi juara kepada politik murahan.

10. Dalam kes ini, Mahkamah menegaskan anggota ini iaitu Tony Beliang adalah betul Tiada perlu tindakan amaran. Uniform yang dipakai itu pun sudah merupakan satu amaran. Lihat kes yang dipaparkan di bawah :

Tony Ak Beliang v Pendakwa Raya

RAYUAN JENAYAH NO 42A-49-2000

HIGH COURT (KUALA LUMPUR)2002 MLJU LEXIS 1127; [2002] 578 MLJU 1

DECIDED-DATE: 1 November 2002


1. CATCHWORDS:[*1]

Criminal Procedure - Appeal - Conviction and sentence, against - Accused police officer convicted for causing death - Private defence - Findings of fact by sessions court judge - Sessions court judge relied heavily on testimony of pathologist to support his finding that accused was not in danger at the time when he fired shots at deceased's car - Whether sessions court judge ought to accept testimony of accused's patrol partner that car was speeding towards accused's direction - Whether sessions court judge's failure to consider evidence of both the pathologist and patrol partner resulted in him making an erroneous finding of fact - Whether appellate court should interfere -2.

Criminal Procedure - Defence - Private defence, right of - Accused police officer convicted for causing death - Deceased drove car towards direction of accused - Accused fired shots in the direction of car - Whether it was necessary for accused to retreat or seek refuge before exercising his right of private defence when faced with apprehension of danger to his body - Whether accused had successfully proven private defence -COUNSEL:Mohamed Haniff Bin Khatri Abdulla with Cheow Wee (Haniff & Rajendran), Ahmad Bin Bache [*2] (Timbalan Pendakwa Raya)JUDGES: Augustine Paul J3.

JUDGMENTS:

ALASAN PENGHAKIMANDalam kes ini Tertuduh menghadapi pertuduhan seperti berikut di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur:Bahawa kamu pada 29hb Sept. 1999 jam lebih kurang 10.00 malam di kawasan lapang Stesyen LRT Bandar Tasek Selatan, di dalam Daerah Cheras, dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, telah menyebabkan kematian Tai Eng Teck, KPT 700624-04-5053 iaitu dengan mendatangkan bencara tubuh yang mungkin menyebabkan kematian Tai Eng Teck itu dan dengan yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan.4. Setelah pertuduhan dibaca dan diterangkan Tertuduh telah membuat pengakuan tidak bersalah. Pihak pendakwaan telah memanggil 12 orang saksi bagi membuktikan kesnya. Kes pihak pendakwaan diteraskan kepada keterangan-keterangan ahli kimia Khoo Ah Kow (SP7); rakan rondaan Tertuduh L/Kpl Abdul Moin b Idris (SP8); ahli pathologis Dr Sharom b Abd Wahid (SP9); teman simati Suhana bt Mod Nor (SP10); dan pegawai penyiasat ASP Wan Kok Chai (SP12).


5. Di akhir kes pendakwaan Hakim Mahkamah Sesyen yang bijaksana memutuskan pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie dan Tertuduh telah [*3] dipanggil membela diri. Tertuduh memilih untuk memberi keterangan atas sumpah. Di samping itu tiga orang saksi lain dipanggil oleh Tertuduh. Di kesudahan kes, Hakim Mahkamah Sesyen yang bijaksana mendapati Tertuduh bersalah dan menjatuhkan hukuman lapan tahun penjara. Terkilan dengan keputusan tersebut Tertuduh merayu ke Mahkamah ini terhadap sabitan dan hukuman.


6. Fakta kes secara ikhtisarnya adalah seperti berikut; Tertuduh adalah seorang anggota polis yang bertugas di Balai Polis Sungai Besi, Kuala Lumpur. SP8 dalam keterangannya menyatakan beliau keluar bertugas bersama Tertuduh selepas taklimat tugasan dengan menaiki motosikal masing-masing. Mereka berdua pada mulanya membuat rondaan di kawasan Bandar Tun Razak dan Desa Tun Razak. Lebih kurang jam 10.00 malam mereka menuju ke stesen LRT Bandar Tasek Selatan. Semasa membuat tinjauan di situ mereka ternampak sebuah kereta diletak di hujung tempat letak kereta yang sunyi dan gelap.


7. Kereta tersebut kemudiannya dicamkan memakai nombor pendaftaran JCJ 8336. SP8 merasa curiga dan mengajak Tertuduh membuat pemeriksaan lebih dekat terhadap kereta tersebut. Setibanya mereka dekat dengan kereta itu masing-masing telah turun dari motosikal. [*4] SP8 melihat cermin kereta tersebut berkabus. Oleh itu isi kereta tidak kelihatan. SP8 telah mengetuk pintu hadapan sebelah penumpang kereta itu. Semasa itu Tertuduh berada di belakang SP8. Pintu dan cermin kereta tidak dibuka. SP8 kemudiannya telah mengetuk cermin hadapan kereta dan menyuluh ke bahagian dalam kereta dengan menggunakan lampu suluh yang dibawa.


8. Oleh kerana cermin hadapan juga berkabus SP8 sekali lagi gagal melihat isi kereta. Namun begitu SP8 perasan ada pergerakan dalam kereta dan nampak bayangan manusia tetapi tidak dapat dipastikan jumlah orang yang berada di dalam kereta. Semasa SP8 telah memperkenalkan diri dan meminta pintu kereta dibuka dia telah terdengar bunyi enjin kereta serta penyaman udara kereta dihidupkan.

Pemandu kereta terus mengundurkan kereta tersebut. Selepas bergerak sedikit enjin kereta telah mati tetapi kemudiannya telah dihidupkan semula. Kereta tersebut terus mengundur dengan laju. SP8 kemudian menambah:9. 'Selepas itu kereta itu bergerak ke hadapan dan menghala ke arah saya dan OKT. 2 kaki sebelum sampai kereta ini membelok ke kiri. Semasa belok ke kiri kereta itu terus terbabas di lereng bukit.'10. Menurut SP8 Tertuduh telah berlari [*5] ke arah kereta. Kereta berkenaan telah sekali lagi mengundur. SP8 telah melihat Tertuduh berada di hadapan kereta dalam keadaan mengacukan revolvernya. SP8 mengarahkan Tertuduh agar tidak mengacu senjatanya dan melepaskan tembakan. SP8 menganggarkan Tertuduh berada lebih kurang lima kaki daripada kereta itu. Semasa SP8 melarang Tertuduh daripada mengacukan revolvernya dan tidak melepaskan tembakan kereta itu belum lagi meluru ke arah Tertuduh.


11. Ini dijelaskan oleh SP8 semasa soal balas seperti berikut:'Q: Di mana OKT berada semasa menjerit itu?A: Berdekatan X5.Q: Semasa OKT berada di X4, beliau juga angkat tangan kanan melambangkan isyarat berhenti.A: Tidak setuju.Q: Awak tidak pasti atau tidak ingat?A: Yang saya ingat dia angkat tangan dan pegang pistol di tangan kanan. Dengan angkat tangan kiri beliau memberi isyarat berhenti.Q: Adakah kereta berhenti?A: Tidak.Setuju kereta kemudian berundur ke X6. Cara undur masih secara tergesa-gesa dan dengan laju.Q: Pada masa kereta undur kali kedua, pada fikiran awak kereta masih cuba melarikan diri?A: Setuju.Q: Bila OKT berganjak ke X5, secara tiba-tiba kereta meluru ke arah OKT?A: Setuju.'12. Dalam menjelaskan [*6] apa yang telah berlaku kemudiannya SP8 berkata:'Saya terus berjalan ke arah kereta dan kereta tersebut meluru ke arah OKT.

Tiba-tiba saya dengar 3 das tembakan daripada arah OKT. Saya cuma dengar bunyi tembakan. Tidak nampak cahaya tembakan dan tidak nampak ke arah mana dia tembak. Tetapi bunyi tembakan datang dari arah OKT.'13. Selepas tembakan dilepaskan kereta tersebut telah terbabas di lereng bukit dan tidak dapat bergerak. SP8 pergi menghampiri kereta dan melihat cermin pintu hadapan sebelah pemandu pecah. SP8 telah mematikan enjin kereta. Daripada cermin pintu yang pecah itu SP8 telah melihat pemandu kereta berdarah di kepala. Pemandu tersebut adalah simati. SP8 kemudian melihat SP10 keluar dari kereta.

SP10 tidak mengalami apa-apa kecederaan. SP10 pada masa itu merupakan seorang jururawat pelatih. SP10 membuat pemeriksaan ke atas simati mendapati simati masih bernafas. Simati telah dihantar ke hospital dengan ditemani Tertuduh bersama SP10. Malangnya simati telah menemui ajalnya. Bedah siasat terhadap mayat simati telah dilakukan oleh SP9. Dalam keterangannya SP9 berkata:14. 'Saya berpendapat simati telah mati akibat kecederaan kepala akibat luka tembakan.

Gun [*7] shot di humerus tidak fatal. Terdapat 2 gun shot wound - iaitu satu tembak di kepala yang fatal dan satu lagi di siku kanan.Peluru yang masuk memecahkan tengkorak dan mencederakan otak dan ini boleh menyebabkan kematian. Daripada kecederaan yang dialami oleh simati, chance of survival beliau adalah kosong.'15. Dalam memberikan pendapatnya berkenaan kedudukan sipenembak sebelum tembakan dilepaskan, SP9 menyatakan:'Ada 2 kebarangkalian:(1) Si penembak memang ada di bahagian kanan tepi hadapan kereta dan melepaskan tembakan; atau(2) Dia berada di hadapan bucu kanan kereta, dan si pemandu mengilas ke kiri kereta dan tembakan dilepaskan dan mengenai simati.'16. Dalam pembelaannya

Tertuduh mengakui melepaskan tembakan yang membawa maut kepada simati dan ianya terpaksa dilakukan dalam melaksanakan hak pertahanan persendirian. Tertuduh menyatakan beliau terpaksa melepaskan tembakan kerana pada sangkaannya simati cuba melanggarnya dengan kereta semasa beliau berada di hadapan kereta simati. Tertuduh dalam keterangannya berkata:17. 'Apabila kereta berhenti seketika saya menghala dua langkah ke hadapan. Bila saya melangkah ke hadapan tiba-tiba bunyi enjin kereta kuat dan hendak langgar [*8] saya.

Pada masa itu nyawa saya betul terancam.18. Seterusnya saya terpaksa lepaskan tembakan secara spontan kerana saya yakin nyawa saya betul-betul terancam ketika itu dan saya juga ketika itu cemas dan terdesak. Seterusnya saya tidak dapat berfikir kerana masa terlalu singkat dan saya lepaskan tembakan ke arah kereta pada masa itu. Tidak ingat berapa das tembakan saya lepaskan ketika itu.


19. Pada masa itu saya tidak berniat untuk menyebabkan kematian atau mencederakan orang dalam kereta. Sekiranya saya tidak ambil tindakan sedemikian kemungkinan saya akan mati. Saya beranggapan sedemikian ketika itu.'20. C/Insp Rapolla @ Raffiullah Haji Abdul Satar (DW2) adalah Ketua Polis di mana Tertuduh berkhidmat. DW2 dalam keterangannya menyatakan bahawa anggota-anggota di bawah seliaannya termasuk Tertuduh mempunyai tugasan membuat rondaan. Terdapat dua kawasan rondaan di bawah bidangkuasa Balai Polis Sungai Besi. Pada malam 20hb September 1999 untuk shif antara pukul 7.00 hingga 11.00 malam terdapat dua kumpulan rondaan. Tertuduh bersama SP8 telah ditugaskan untuk membuat rondaan di kawasan satu yang mana kadar jenayah adalah lebih kritikal berbanding kawasan dua.


21. Sebelum Tertuduh dan [*9] SP8 keluar membuat rondaan satu taklimat telah diadakan oleh penyelia bertugas di balai berkenaan. Taklimat berkenaan menumpukan kepada kes-kes jenayah yang berlaku di kawasan Sungai Besi dan penekanan khususnya diberikan kepada kes bunuh dan samun berkumpulan. Tujuan taklimat adalah untuk memperingatkan anggota-anggota yang keluar bertugas supaya lebih berwaspada serta sedar akan keadaan jenayah yang telah berlaku. Di dalam taklimat tersebut dimaklumkan bahawa satu pembunuhan telah berlaku di Lebuhraya Kesas berdekatan stesen LRT Bandar Tasek Selatan.


22. Juga dimaklumkan tentang satu kejadian di stesen LRT Sri Petaling di mana seorang ahli pasukan polis yang membuat intipan telah cuba dilanggar dengan kereta yang dipandu oleh orang yang disyaki penjenayah. Kes-kes yang ditaklimatkan tersebut adalah kes yang belum diselesaikan dan anggota rondaan diarah mencari dan mengesan penjenayah-penjenayah terbabit. Di samping itu anggota-anggota juga beri maklum bahawa kadar kes-kes kecurian di stesen LRT terlalu tinggi.23.

Pembelaan Tertuduh merupakan pertahanan persendirian. Undang-undang berkaitan dengan hak pertahanan persendirian termaktub di dalam seksyen-seksyen 96, 97, 99, 100 dan [*10] 102 Kanun Keseksaan. Untuk memudahkan rujukan diperturunkan peruntukan-peruntukan tersebut. Ianya adalah seperti berikut:24. Seksyen 96Tidaklah menjadi kesalahan apa-apa jua yang dilakukan pada menjalankan hak pertahanan persendirian.Seksyen 97Tiap-tiap orang ada hak, tertakluk kepada sekatan-sekatan yang terkandung dalam seksyen 99, mempertahankan -

(a) Tubuhnya sendiri, dan tubuh seseorang lain, terhadap apa-apa kesalahan mengenai tubuh manusia;(b) Hartanya sendiri atau harta seseorang lain, sama ada yang boleh dialih atau yang tak boleh dialih, terhadap apa-apa perbuatan yang menjadi suatu kesalahan yang termasuk di bawah takrif kesalahan mencuri, rompak, khianat, atau pencerobohan jenayah, atau yang menjadi suatu percubaan bagi melakukan kesalahan mencuri, rompak, khianat, atau pencerobohan jenayah.25.

Seksyen 99(1) Tidaklah ada hak pertahanan persendirian terhadap sesuatu perbuatan yang tidak munasabah menyebabkan ketakutan mati atau cedera parah, jika perbuatan itu dilakukan, atau cuba dilakukan, oleh seseorang penjawat awam yang bertindak dengan suci hati atas kuasa jawatannya, meskipun perbuatan itu mungkin tidak diluluskan di sisi undang-undang dengan sepenuhnya. [*11]


(2) Tidaklah ada hak pertahanan persendirian terhadap sesuatu perbuatan yang tidak munasabah menyebabkan ketakutan mati atau cedera parah, jika perbuatan itu dilakukan, atau cuba dilakukan, menurut arahan seseorang penjawat awam yang bertindak dengan suci hati atau kuasa jawatannya, meskipun arahan itu mungkin tidak diluluskan di sisi undang-undang dengan sepenuhnya.


(3) Tidaklah ada hak pertahanan persendirian dalam hal-hal yang sempat mendapat perlindungan pihak berkuasa awam.(4) Hak pertahanan persendirian tidaklah sekali-kali termasuk kerosakan yang lebih daripada yang perlu dikenakan bagi maksud pertahanan.Huraian 1 - Seseorang tidaklah terlucut hak pertahanan persendirian terhadap sesuatu perbuatan yang dilakukan, atau cuba dilakukan, oleh penjawat awam, atas sifatnya sebagai penjawat awam, melainkan jika ia ketahui, atau ada sebab mempercayai bahawa orang yang melakukan perbuatan itu adalah seorang penjawat awam yang sedemikian.


29. Huraian 2 - Seseorang tidaklah terlucut hak pertahanan persendirian terhadap sesuatu perbuatan yang dilakukan, atau cuba dilakukan, menurut arahan penjawat awam, atas sifatnya sebagai penjawat awam, melainkan jika ia ketahui, atau ada sebab mempercayai [*12] bahawa orang yang melakukan perbuatan itu adalah bertindak menurut arahan tersebut; atau pun melainkan jika orang itu menyatakan kuasa yang membolehkan ia bertindak atau pun sekiranya orang itu mempunyai kuasa bertulis, melainkan jika ia menunjukkan kuasa itu, apabila diminta.30. Seksyen 100


Hak pertahanan persendirian mengenai tubuh, di bawah sekatan-sekatan yang tersebut dalam seksyen yang terakhir di atas, adalah termasuk menyebabkan dengan sengaja kematian atau apa-apa kerosakan yang lain kepada penyerang itu, jika kesalahan yang menyebabkan hak itu dijalankan adalah dari mana-mana jenis yang disenaraikan di bawah ini -(a) Sesuatu serangan yang munasabah menyebabkan ketakutan bahawa kematian akan berakibat dari serangan itu jika hak pertahanan tersebut tidak dijalankan;(b) Sesuatu serangan yang munasabah menyebabkan ketakuan bahawa cedera parah akan berakibat dari serangan itu jika hak pertahanan tersebut tidak dijalankan;(c) Sesuatu serangan dengan niat melakukan rogol;(d) Sesuatu serangan dengan niat memuaskan nafsu luar tabii;(e) Sesuatu serangan dengan niat mencolek atau melarikan orang;(f) Sesuatu serangan dengan niat hendak mengurung seseorang dengan salah [*13] dalam keadaan yang munasabah menyebabkan ia takut bahawa ia tidak akan boleh dapat pertolongan pihak berkuasa awam bagi kelepasannya.


32. Seksyen 102Hak pertahanan persendirian mengenai tubuh bermula setelah sahaja ketakutan yang munasabah akan bahaya kepada tubuh terbit dari sesuatu percubaan atau ugutan hendak melakukan kesalahan itu, walaupun kesalahan itu tidak dilakukan; dan hak itu masih ada selagi ketakutan akan bahaya kepada tubuh itu masih ada.33. Di dalam penghakimannya Hakim Mahkamah Sesyen yang bijaksana telah panjang lebar membincangkan pemakaian prinsip hak pertahanan persendirian. Beliau telah memetik kes-kes Lee Thian Beng v PP (1972) 1 MLJ 248; Palmer v Queen (1971) WLR 831; PP v Ngoi Ming Seng (1981) 1 MLJ 24; dan Jai Dev v State of Punjab AIR 1963 SC 612. Juga dipetik ucapan Ong Hock Sim HMP dalam kes Lee Thian Beng v PP (1972) 1 MLJ 248 antara lain pada muka surat 252 memutuskan:34.

'Turning to the plea of private defence, s 99 of the Penal Code provides that the right of private defence in no case extends to the infliction of more harm than is necessary to inflict for the purpose of defence. Subject [*14] thereto, s 100 provides that the right of private defence extends to the voluntary causing of death or of any other harm to the assailant if the offence which occasions the exercise of the right be such an assault as may reasonably cause the apprehension that death will otherwise be the consequence of such assault. Section 102 provides that the right of private defence of the body commences as soon as a reasonable apprehension of danger to the body arises from an attempt or threat to commit the offence; and it continues as long as such apprehension of danger to the body continues.

The plea of private defence is one of the general exceptions set out in Chapter IV of the Penal code, proof of which by virtue of s 105 of the Evidence Ordinance, rests on the accused.'35. Malangnya tidak dirujuk oleh Hakim Mahkamah Sesyen yang bijaksana satu keputusan oleh Nik Hashim PK (sebagaimana beliau pada masa itu) dalam kes Ya bin Daud v PP (1997) 4 MLJ 322 di mana pada muka surat 326 telah diputuskan:36. 'In the case of Musa bin Yusof v PP (1953) MLJ 70 the Court of Appeal held that:'... The law in this country gives greater latitude to a person who is attacked than does the law in [*15] England.

The question in such cases is not whether there was an actual continuing danger, but whether there was a reasonable apprehension of danger. If such a condition exists, the person attacked is not obliged to retreat, but may pursue his adversary till he finds himself out of danger, and if in a conflict between them, he happens to kill, such killing is justifiable.'37. Whilst in the case of Govindran Neelambaran v State of Kerala AIR 1960 Ker 258 the following passage appears in the judgment of the Court of Appeal:


'It is not necessary nor does the law require that the accused should wait till he receives a grievous injury for the purpose of exercising his right of private defence. In considering whether the accused is entitled to exercise the right of private defence, one has to place himself in the position of the accused in the midst of circumstances in which the accused stood and then form an opinion whether under the peculiar circumstances, the accused had not the apprehension of such injuries to his body as would entitle him to exercise his right.'


38. The Supreme Court of India made the following observations in the case of Jai Dev v State of Punjab AIR 1963 SC 612: [*16]'The law of private defence does not require that the person assaulted or facing an apprehension of an assault must run away for safety'.'39. Jelas sekali seseorang yang menghadapi ancaman bahaya bencana kepada tubuh badannya tidak perlu mengundurkan diri atau mencari perlindungan terlebih dahulu sebelum hak pertahanan persendirian boleh digunakan. Malah dia diperbolehkan menggunakan segala kekerasan munasabah bagi perlindungan dirinya sehingga dirinya terkeluar daripada ancaman bahaya.40.

Hakim Mahkamah Sesyen yang bijaksana dalam alasan penghakimannya telah mendapati Tertuduh tidak berada dalam keadaan bahaya semasa melepaskan tembakan dan jika sekalipun Tertuduh terdedah kepada ancaman bahaya kepada tubuh badan beliau seharusnya mestilah cuba mengelak terlebih dahulu sebelum bertindak mempertahankan diri. Oleh itu Hakim Mahkamah Sesyen yang bijaksana memutuskan dalam alasan penghakimannya seperti berikut:41.

'Seterusnya saya mendapati bahawa OKT tidak mengambil sebarang tindakan untuk retreat atau mengelak dari bahaya yang datang mengancam keselamatan dan nyawa seperti yang didakwanya bila nyata beliau mempunyai segala masa dan ruang. Apa yang dibuat hanya melepaskan tembakan [*17] yang bertubi-tubi sehingga beliau tidak sedar berapa das tembakan telah dilepaskan.


42. Kedudukan OKT menjadi lebih buruk dengan fakta bahawa sebelum tembakan dilepaskan simati telah membelokkan keretanya ke kiri seperti mana boleh diinfer dari fakta bahawa cermin hadapan kereta tidak pecah dan kecederaan yang dialami oleh simati seperti dihuraikan di perenggan-perenggan di atas.'43. Dalam menyokong dapatan faktanya beliau telah menerima keterangan SP9 bahawa simati telah cuba membelok ke kiri dalam usahanya untuk mengelak dari melanggar Tertuduh.

Beliau berpendapat nyawa Tertuduh tidak pernah terancam sejurus sebelum tembakan dilepaskan. Dengan kata lain Tertuduh tidak pernah berada dalam kebimbangan yang munasabah bahawa bahaya bencana tubuh badan akan menimpanya.


44. Beliau berpendapat oleh kerana cermin depan kereta simati tidak pecah tertuduh tidak mungkin berada di hadapan kereta. Dalam membuat kesimpulan tersebut beliau telah menerima keterangan SP9 yang menyatakan daripada kecederaan-kecederaan yang dialami oleh simati kebarangkaliannya Tertuduh berada di tepi hadapan kereta dan bukannya di hadapan kereta. Sekiranya penemuan fakta seperti yang dirumuskan oleh Hakim Mahkamah [*18] Sesyen yang bijaksana itu betul maka natijahnya pembelaan Tertuduh bahawa beliau bertindak sedemikian demi pertahanan dirinya tidak berasas dan sewajarnya ditolak.


45. Di hadapan saya peguam terpelajar bagi Tertuduh menyatakan bahawa penemuan fakta yang dibuat oleh Hakim Mahkamah Sesyen yang bijaksana tidak boleh diterima. Untuk menimbang hujahan pihak pembelaan adalah perlu pertama-tamanya untuk dipertimbangkan keadaan-keadaan di mana mahkamah yang mendengar rayuan boleh campur tangan terhadap penemuan fakta yang dibuat oleh mahkamah bawahan. Adalah amalan yang mantap Mahkamah yang mendengar rayuan tidak akan menganggu penemuan fakta yang dibuat oleh Mahkamah yang membicarakan kes kecuali dalam keadaan tertentu, umpamanya apabila ianya boleh ditunjukkan bahawa perjalanan peristiwa yang didapati oleh hakim perbicaraan tidak mungkin telah berlaku.


46. Gangguan fakta di perdengaran rayuan juga mungkin diwajarkan dalam keadaan di mana hakim perbicaraan telah gagal menilai dan menganalisis keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwa secara kritikal. Umumnya Mahkamah yang mendengar sesuatu rayuan daripada Mahkamah bawahan tidak akan mencampuri penetapan fakta yang dibuat oleh Mahkamah [*19] yang mendengar kes memandangkan Mahkamah yang mendengar rayuan kehilangan manfaat melihat dan mendengar keterangan saksi-saksi bagi menilai kekukuhan keterangan mereka.

Namun begitu, jika sekiranya hakim yang mendengar kes di peringkat pertama silap dalam membuat menerima fakta, maka Mahkamah yang mendengar rayuan wajar campur tangan. Dalam kes DP Vijandran v PP (1999) 1 MLJ 385 Gopal Sri Ram HMR pada muka surat 413 berkata:46. 'It is the settled practice of this court not to interfere with concurrent findings of fact save in very rare cases. If, for instance, it could be shown that the course of events affirmed by the trial judge could not have occurred, that would be a good reason for reversing his view. See The Eurymedon (1942) 73 Lloyd LR 217; Tara Singh & Ors v PP (1949) MLJ 88 and Tengku Mahmood v PP (1974) 1 MLJ 110. So too may appellate interference be warranted where the trial judge has failed to critically assess and analyse the prosecution's evidence. See Syed Abu Bakar bin Ahmad v PP (1984) 2 MLJ 19.'47. Mokhtar Sidin H (sebagaimana beliau pada masa itu) dalam kes Dato' Yap Peng v PP (1993) 1 MLJ 337 dalam membincangkan dalam keadaan mana Mahkamah yang mendengar rayuan [*20] diwajarkan campur tangan terhadap penemuan fakta Mahkamah bawahan pada muka surat 342 berkata:48.

'Before proceeding further, it was raised by the respondent that the appellate court had no right to disturb the findings of fact by the trial court. It was contended by the respondent that the decision of the learned sessions court judge was based on findings of fact by her and as such I could not disturb the findings of fact. I agree with the learned DPP that it is trite law that an appellate court does not interfere with the findings of facts of the trial court. But there are exceptions to this rule. An appellate court is always empowered to interfere and must so interfere if the so-called findings of facts of the trial judge suffer from some serious error or the decision is against the weight of evidence. Thus in the case of Chia Han Kiat v R (1937) MLJ 261, it was held that:


'An appellate court should not rarely interfere with the conclusions arrived at by the judge or magistrate who has had the advantage of hearing the witnesses and obtaining the impression of their veracity from their demeanour. But it is the duty of an appellate court to be a judge of fact as well [*21] as of law and it would be abrogating its functions if it made a hard and fast rule never to interfere with the findings of fact, and felt bound to support a judgment which, on a review of all the evidence, it considered to be clearly wrong . (Emphasis added.)'49. Again in the case of Goh Ah San & Ors v R (1938) MLJ 95, the same principle was stated by the court as follows:'Although an appellate court is reluctant to reverse a magistrate's decision based on a finding of fact, it should set aside the orders of the lower court if it is of opinion that such decision is against the weight of evidence'.'50.

Sekarang saya akan meneliti sama ada penemuan fakta yang dibuat oleh Hakim Mahkamah Sesyen yang bijaksana itu sememangnya berdasarkan keterangan yang diberikan oleh saksi-saksi. Beliau banyak terpengaruh dengan keterangan SP9 yang merumuskan bahawa ada kebarangkalian Tertuduh berada di bahagian kanan tepi hadapan kereta atau di hadapan bucu kanan kereta dan sipemandu mengilas steering kereta ke kiri semasa tembakan dilepaskan.


51. Keterangan SP9 itu diterima oleh beliau sebagai menyokong penemuan faktanya bahawa Tertuduh tidak berada dalam keadaan bahaya semasa melepaskan tembakan. [*22] Tetapi beliau telah tidak memberi pertimbangan kepada keterangan SP9 di mana SP9 tidak dapat membuat konklusi yang tepat tentang kedudukan Tertuduh sebelum tembakan dilepaskan memandang beliau gagal menemui kesan tayar kereta simati pada tempat kejadian. SP9 mengatakan:52. 'Saya ke tempat kejadian untuk cari kesan tayar untuk tunjukkan samada kereta sudah berpusing atau tidak. Tanpa kesan tayar saya tidak dapat memastikan kedudukan si penembak sebelum tembakan dilepaskan.'53.

Walaupun SP9 tidak dapat memastikan kedudukan Tertuduh semasa tembakan dilepaskan beliau tetap dengan pendiriannya dan berkata:54. 'Semasa tembakan dilepaskan kedudukan pemandu dan penembak adalah seperti yang saya terangkan pagi tadi.'55. Keterangan SP9 telah diterima bulat-bulat oleh Hakim Mahkamah Sesyen yang bijaksana. Beliau tidak langsung menimbangkan keterangan SP9 yang menyatakan tanpa kesan tayar kedudukan Tertuduh sebelum tembakan dilepaskan tidak dapat dipastikan. Oleh itu keterangan SP9 berkenaan kedudukan Tertuduh sebelum berlaku tembakan perlu ditimbangkan dengan penuh waspada. Hakim Mahkamah Sesyen yang bijaksana tidak merujuk kepada keterangan SP8 di mana dalam keterangannya beliau [*23] ada berkata seperti berikut:56. '

Semasa kereta berundur saya berada di belakang kereta, sementara OKT saya lihat berada di depan kereta.'57. Seterusnya SP8 menambah:'Saya terus berjalan ke arah kereta dan kereta tersebut meluru ke arah OKT.'Semasa disoal-balas oleh peguam Tertuduh SP8 telah menjawab seperti berikut:'Q: Bila OKT berganjak ke X5, secara tiba-tiba kereta meluru ke arah OKT?A: Setuju.Q: Pada masa itu lampu masih terpasang?A: Ya.58. Semestinya pemadu boleh lihat OKT ada di hadapan beliau. Cara panduan kereta daripada X6 ke X5 adalah dengan tergesagesa dan laju.Q: Cara kereta dipandu daripada X6 ke X5 dalam keadaan tidak mempedulikan keujudan OKT di hadapan.A: Setuju.Q: Bila kereta benar-benar hampir dengan OKT awak dengar tembakan?A: Benar.


59. Pada keseluruhan masa, cara kereta dipandu tidak mengendahkan keselamatan saya dan OKT.'60.Sekiranya keterangan-keterangan yang dipetik di atas dirujuk oleh Hakim Mahkamah Sesyen yang bijaksana pasti beliau akan membuat penemuan fakta bahawa Tertuduh berada di hadapan kereta simati semasa Tertuduh melepaskan tembakan.61.

Dalam keadaan SP9 gagal memberi kepastian tentang kedudukan Tertuduh Mahkamah [*24] seharusnya menerima keterangan SP8 yang menyatakan Tertuduh berada di hadapan kereta simati semasa tembakan dilepaskan. Perlu diperhatikan SP8 memberi keterangan sebagai saksi yang melihat kejadian sementara keterangan SP9 pula, jika sekalipun keterangannya boleh diterima hanyalah keterangan berasaskan pendapat. Hakim Mahkamah Sesyen yang bijaksana juga berpendirian bahawa Tertuduh berada di tepi kereta simati sebelum tembakan dilepaskan memandangkan cermin hadapan kereta simati tidak pecah.


62. Beliau mungkin akan membuat rumusan yang berlainan sekiranya keterangan SP8 dipertimbangkan sewajarnya. Adalah dapat diperjelaskan kenapa cermin hadapan kereta simati tidak pecah semasa tembakan dilepaskan biarpun Tertuduh berada di hadapan kereta simati. Pada pendapat saya semasa tembakan dilepaskan oleh Tertuduh simati semestinya telah mengilas steering keretanya ke sebelah kiri. Tembakan yang dilepaskan oleh Tertuduh dan percubaan simati mengelak ke kiri berkemungkinan besar berlaku secara serentak. Keadaan ini memperjelaskan kerosakan yang berlaku pada cermin pintu hadapan sebelah pemandu kereta simati dan keterangan SP8 yang menyatakan kereta simati meluru ke arah Tertuduh.


63. Ini semua [*25] telah gagal dipertimbangkan oleh Hakim Mahkamah Sesyen yang bijaksana. Kesilapan beliau memberikan pertimbangan sewajarnya kepada keterangan kedua-dua saksi penting pihak pendakwaan ini menyebabkan beliau telah membuat penemuan fakta yang silap dan tidak didasarkan kepada keterangan saksi-saksi. Seharusnyalah campur tangan Mahkamah ini terhadap penemuan fakta beliau adalah wajar dalam keadaan sedemikian. Oleh itu dengan mengenepikan keterangan SP9 dan menerima keterangan SP8 berkenaan kedudukan Tertuduh sebelum tembakan dilepaskan jelas menunjukkan Tertuduh berada dalam ancaman bahaya dilanggar oleh kereta simati.


64. Ini mewajarkan Tertuduh mengambil tindakan bagi pertahanan diri. Keadaan Tertuduh ketika itu juga perlu dipertimbangkan berdasarkan latarbelakang taklimat yang diberikan kepada Tertuduh sebelum keluar membuat rondaan dan juga keengganan simati mematuhi amaran yang diberikan oleh Tertuduh dan SP8. Tembakan yang dilepaskan oleh Tertuduh hanya dibuat bilamana nyawanya benar-benar dalam bahaya dan terancam dan bukannya dibuat secara membabi buta tanpa amaran terlebih dahulu dan mengambil tindakan awalan membuat siasatan terdahulu.


65. Pada masa SP8 melarang Tertuduh dari melepaskan [*26] tembakan Tertuduh akur memandangkan ancaman bahaya kepada nyawa belum lagi timbul. Tertuduh juga mengambil langkah berhati-hati dengan mengacukan revolver ke udara terlebih dahulu dan bukannya terus melepaskan tembakan. Ini jelas dari petikan keterangan berikut:66. 'Peguam: Rujuk P6 (revolver)A: Tidak cam samada ini revolver yang telah diisu kepada saya malam itu. Bentuk dan jenisnya adalah sama.Witness demonstrates bagaimana revolver diacukan ke arah bumi dan tangannya menghala ke hadapan. Juga demonstrates bagaimana revolver diacukan ke arah langit sambil tangan kiri dihalakan tegak ke hadapan.Q: Apa tujuan mengeluarkan revolver.A: Untuk memberhentikan orang yang saya anggap sebagai penjenayah.


67. Pada masa itu saya tidak berniat untuk gunakan revolver itu. Saya cuma berniat memberi amaran supaya dia berhenti. Saya keluarkan revolver kerana saya anggap orang dalam kereta adalah penjenayah kerana pada anggapan saya dari mula lagi dia hendak langgar saya dan tidak endahkan kata-kata amaran saya berulangkali. Saya juga yakin dia adalah penjenayah yang saya harus tangkap.'68. Tembakan yang dilepaskan Tertuduh itu bukanlah dibuat serta merta apabila Tertuduh melihat [*27] kereta simati. Ianya dibuat dalam keadaan kereta simati meluru ke arah Tertuduh. Sebelum daripada itu simati juga ada memandu keretanya ke arah Tertuduh tetapi Tertuduh tidak melepaskan tembakan. Keterangan Tertuduh ini disokong oleh SP8 di mana dia ada berkata:69.

'Selepas itu pemandu start engine balik dan terus undur dalam keadaan laju dan tergesa-gesa. Selepas itu kereta bergerak ke hadapan dan menghala ke arah saya dan OKT. 2 kaki sebelum kereta sampai kepada kami, kereta ini membelok ke kiri. Semasa belok ke kiri kereta itu terus terbabas di lereng bukit.'70. Jika Tertuduh berhasrat untuk menggunakan senjatanya sewenang-wenang pastinya bila kereta simati meluru ke hadapan Tertuduh buat kali pertama tembakan telah dilepaskan. Perlu diperhatikan bila kereta simati pertama kali meluru ke arah Tertuduh dan SP8, Tertuduh tidak pun mengeluarkan revolvernya apatah lagi melepaskan tembakan. Apabila enjin kereta simati dihidupkan semula dan percubaan untuk mengundur sekali lagi dibuat barulah SP8 melihat Tertuduh mengeluarkan senjatanya.


71. Apabila kereta simati sekali lagi meluru ke arah Tertuduh, barulah tembakan dilepaskan. Ini semua menunjukkan bahawa langkah berhati-hati [*28] diambil oleh Tertuduh. Hanya bila terdedah kepada bahaya yang tidak terelak barulah tembakan dilepaskan. Dalam keadaan ini ianya munasabah Tertuduh beranggapan kereta itu cuba melanggarnya memandangkan ianya dipandu ke arah Tertuduh dalam keadaan tergesa-gesa. Dilanggar kereta yang dipandu laju ke arah seseorang pastinya boleh membawa maut atau setidak-tidaknya mengakibatkan cedera parah. Jika demikian halnya seksyen 100(a) dan (b) Kanun Keseksaan membenarkan tindakan yang boleh menyebabkan kematian demi pertahanan diri.


72. Seperti yang dirujuk sebelum daripada ini seksyen 102 Kanun Keseksaan memperuntukkan hak pertahanan diri bermula sebaik sahaja ketakutan munasabah akan bahaya kepada tubuh badan terbit dan hak tersebut berterusan selagi ketakutan yang munasabah itu ada. Dalam keadaan di mana kereta simati meluru betul-betul ke arah Tertuduh sudah semestinya terbit ketakutan yang munasabah pada dirinya akan bahaya kepada tubuh badan jika tidak diambil tindakan nekad dalam keadaan sedemikian. Selagi ketakutan masih ada adalah tidak perlu untuk Tertuduh mengelak diri daripada ancaman bahaya kepada tubuh badannya.



73. Tertuduh semestinya tidak menyangka simati akan mengelak ke sebelah [*29] kiri supaya tidak terlanggarnya. Seperti yang dikatakan terdahulu percubaan untuk mengelak ke sebelah kiri oleh simati dan tembakan yang dibuat oleh Tertuduh berlaku dalam masa yang sama. Tertuduh pada masa melepaskan tembakan beranggapan simati akan melanggarnya dan nyawanya dalam bahaya.


74. Dia tiada menduga simati akan mengelak ke sebelah kiri. Persoalannya adakah kesilapan Tertuduh dalam keadaan tersebut menghalang beliau daripada bergantung kepada hak pertahanan persendirian. Sesuatu perbuatan yang dilakukan akibat kekhilafan fakta bukanlah satu kesalahan di sisi undang-undang. Undang-undang memberi kemaafan jika sesuatu perbuatan yang merupakan suatu kesalahan itu dilakukan kerana kekhilafan fakta asalkan pelakunya dengan suci hati percaya dia dibenarkan oleh undang-undang melakukannya. Kedudukan undang-undang ini dikanunkan melalui seksyen 79 Kanun Keseksaan yang berbunyi seperti berikut:75.

'Tidaklah menjadi kesalahan apa-apa jua yang dilakukan oleh seseorang yang diluluskan oleh undang-undang pada melakukannya, atau oleh seseorang yang oleh kerana silapfaham nyataan dan bukannya oleh silapfaham undang-undang dengan suci hati percaya dirinya sebagai diluluskan oleh undang-undang [*30] pada melakukannya.'76. Seksyen tersebut memperuntukkan bahawa seseorang yang membangkitkan kekhilafan fakta dikehendaki bertindak dengan suci hati dan seksyen 52 Kanun Keseksaan mensyaratkan suci hati melibatkan kecermatan dan perhatian.

Ketiadaan suci hati dalam ruanglingkup kedua-dua seksyen bermaksud kegopohan atau kecuaian (lihat Bux Soo Meah Chowdhry v King AIR 1938 Rang 350). Sir Hari Singh Gour dalam bukunya Penal Law of India 11 th Ed Vol 4 pada muka surat 571 menjelaskan:77. 'The question of good faith must be considered with reference to the position of the accused and the circumstances under which he acted.

Good faith requires not logical infallinility but due care and attention. The question of good faith is always a question of fact to be determined in accordance with the proved facts and circumstances of each case.'78. Seksyen 79 ini dibaca bersama dengan seksyen 105 Akta Keterangan 1950 meletakkan beban pembuktian ke atas Tertuduh untuk menunjukkan dia berhak kepada pengecualian yang dibenarkan oleh undang-undang (lihat PP v Teo Eng Chan & Ors (1988) 1 MLJ 156). Meskipun Tertuduh melepaskan tembakan dalam keadaan kekhilafan hak pertahanan diri tidak musnah [*31] dan tidak boleh dinafikan asalkan dia percaya dengan suci hati adalah perlu baginya menggunakan kekerasan dalam keadaan yang beliau harungi pada masa itu untuk mengelak ancaman bahaya pada tubuh badannya.


79. Semasa pemeriksaan utama Tertuduh menjelaskan:'Q: Pada masa yang sama adakah terlintas apa-apa di fikiran awak?A: Saya hanya fikirkan nyawa saya ketika itu benar-benar terancam. Saya juga fikir mungkin saya boleh mati atau cedera parah.Q: Adakah awak sedar apa yang awak perlu lakukan?A: Saya sedar apa yang saya perlu lakukan iaitu menyelamatkan nyawa saya. Saya tidak ada jalan lagi untuk selamatkan nyawa saya.'80. Keterangan SP8 bahawa beliau ada meminta Tertuduh tidak melepaskan tembakan adalah dibuat sebelum Tertuduh terdedah kepada ancaman bahaya. Ini telah dijelaskan sebelum daripada ini. Bila Tertuduh melepaskan tembakan tiada disangkanya simati akan mengelak ke sebelah kiri. Semasa melepaskan tembakan meskipun ketakutan yang dialami Tertuduh adalah terkhilaf ianya bersandarkan kesucian hatinya. Tertuduh tiada berniat untuk menyebabkan kematian atau mencederakan sesiapa.


81. Tindakan diambil kerana dia bimbangkan keselamatan dirinya. Jika tidak bertindak sedemikian [*32] Tertuduh percaya kemungkinan dia akan mati dilanggar kereta simati. Keterangan yang dikemukakan Tertuduh telah memadai untuk membawa kesnya terjatuh dalam pengertian seksyen 79 Kanun Keseksaan. Dengan itu pandangan saya adalah bahawa Tertuduh telah berjaya membuktikan satu pembelaan untuk pertahankan diri sendiri.

82. Adalah amat malang dalam keadaan kes ini suatu nyawa telah hilang apatah lagi yang mati itu merupakan seorang doktor yang perkhidmatannya amat diperlukan. Kematian simati bukan sahaja kehilangan kepada negara malahan keluarganya semestinya lebih merasai kehilangan simati. Tiada siapa menyangka simati bakal menemui ajal di tangan anggota polis yang sedaya upaya melaksanakan tugasnya.


83. Tertuduh sebagaimana tindakan anggota polis yang lain apabila mengesyaki sesuatu yang bertentangan dengan undang-undang pastinya akan mengambil tindakan yang perlu. Tiada siapa dapat menafikan fakta bahawa pihak polis dalam menjalankan tugasan mereka mempertaruhkan nyawa mereka. Dalam kes ini adalah menjadi kewajipan Tertuduh menyiasat apabila terdapat sebuah kereta di suatu tempat yang sunyi yang jauh dari pandangan orang. Apabila kereta yang hendak disiasat cuba merempuhnya tidak dapat [*33] tidak Tertuduh terpaksa mengambil tindakan perlu dengan menggunakan senjata apinya. Bukan sahaja Tertuduh malahan mana-mana anggota polis yang lain pastinya akan bertindak sedemikian dalam situasi yang sama bila berhadapan dengan bahaya.


84. Pihak polis tidak seharusnya dipersalahkan jika kekerasan yang wajar dan munasabah digunakan dalam keadaan yang memerlukannya bagi melaksanakan tugasan yang diamanahkan kepada mereka. Mereka patut diberi sokongan dalam menegakkan pentadbiran undang-undang serta keselamatan negara. Jika setiap kali mereka menggunakan kekerasan yang wajar mereka dipersalahkan pastinya jentera keamanan negara akan terjejas. Mereka akan berselindung dari menjalankan tugasan mereka. Ini tidak boleh dibenarkan dari berlaku.Saya dengan ini membenarkan rayuan

Tertuduh dan melepas serta membebaskan Tertuduh.

21 comments:

  1. SLM BRO..DIORANG LUPE BAHWA NYAWE POLIS LEBIH MURAH DR NYAWE ORG AWAM KERANA MEREKA SENTIASA BERADA DI DEPAN GARISAN 'MERAH'. JIKA ADA NYAWA YG MELAYANG SUDAH PASTI SIASATAN DI JLNKAN. MEREKA HARUS TAHU TUGAS PIHAK BRKUASA MEMERLUKAN KETANGKASAN DAN AKAN CUBA MEMINIMUMKAN TAHAP BAHAYA KPD DIRI MEREKA DAN ORG AWAM. SAPE YG X SYG NYAWA KECUALI ORG YG DH TAK NAK HIDUP LAMA DGN MELAKUKAN JENAYAH

    ReplyDelete
  2. Salam Ziarah.....

    Dalam keadaan genting macam-macam boleh berlaku .Jangalah 100% menyalahkan pihak polis dalam hal ini.

    ReplyDelete
  3. alahai
    kalau rumah orang pembangkang masuk pencuri pun
    polis jugak mereka cari

    kene ugut pun
    polis gk mereka cari

    ReplyDelete
  4. Salam saudara Arif,

    Panjangnya artikel kali ini, tetapi saya faham mesej yang cuba saudara sampaikan.

    Bagaimana kalau kita cadangkan pihak polis tawarkan pada Ahli Parlimen DS Azmi Khalid dan seorang lagi P.Uthayakumar untuk membuat rondaan bersama jika terima laporan terdapat penjenayah disesuatu tempat??? Setiap seorang diberi sepucuk revolver, biar mereka berdua ini meronda dan harap berselisih dengan penjenayah tersebut. Kita lihat apa yang mereka akan lakukan???

    Apakah mereka hanya melepaskan tembakan amaran atau menggunakan psikologi untuk memujuk penjenayah tersebut menyerah diri??? Setakat cakap bermodalkan air liur boleh la, cubalah merasa tugas polis yang cuba memastikan kemakmuran di Malaysia ini terus berkekalan.... kalau tak terberak, tentu akan terkencing bila lihat penjenayah mengacu pistol atau parang kepada anda.

    ReplyDelete
  5. Budak ni bkn penjenayah. Bukan perompak, perogol, pembunuh... Tp tgh amarah sbb member baik dia tinggalkan dia kat alor setar, dan dia kene blk Arau jalan kaki dari Alor Setar..sbb xde duit. Dia amuk dalam keadaan tak sedar diri. Kenapa nak tembak sampai mati?? tak salah kalau tembak kaki kan?? Pistol kat tangan Polis, bkn kat tgn budak tu...Tak jadi kat anak korang2..boleh kata la.

    ReplyDelete
  6. anoy : budak ini sudah jadi penjenayah. umur dah lebih 18 tahun. menyerang seorang lekaki dan luka parah dan menyerang polis. ia tidak mengira anak. kesalahan jenayh telaah dilakukan.di sini bicarakan hak perundangan sahaj. perasaan bawa ketepi. hal anak2, tanggungjawab sendiri.

    ReplyDelete
  7. Jenayah merupakan satu perbuatan yang menyalahi undang-undang kerajaan sesuatu tempat. Orang yang melakukan perbuatan jenayah ini dinamakan penjenayah.

    Idea asas apa yang dikatakan jenayah ialah apa-apa yang boleh memberikan masalah atau kesusahan kepada orang lain. Sebagai contoh, semua orang bersetuju bahawa mencuri dan mencederakan/membunuh orang lain adalah perbuatan jenayah.

    ReplyDelete
  8. saya setuju dengan pg. budak ini memang penjenayah.

    ReplyDelete
  9. Salam PG, kalau kita lihat perangai puak-puak pakatan pembangkang ini, nyawa anggota Polis lebih murah dari nyawa TBH dan Kugan........ agaknya mereka inilah ketua-ketuanya kot......

    Tunggulah kalau kena kat keluarga dia orang, tahulah macam mana ganas dan kejamnya penjenayah seperti ini.....

    ReplyDelete
  10. Adakah seorang yang sakit mental itu seorang penjenayah ? Tidakkah polis telah menerima pelbagai latihan dalam pelbagai situasi mencabar ? Mengapakah pilih jalan mudah dengan menembak dan tiadakah pilihan yang lain ? Bagaimanakah unit tempur tanpa senjata ? Tiadakah pengurusan plan dalam menangani kes tersebut ? Adakah dengan memakai uniform polis sudah berhak membunuh dengan alasan mempertahankan diri ? Bagaimana saksi-saksi untuk menyokong alasan mereka ? Mereka boleh beri alasan-alasan sendiri kerana polis sudah ada lesen membunuh ? Adakah mangsa ada rekod jenayah sebelum ini dan diburu polis ? Fitnah itu lebih dasyat dari membunuh, adakah Raja Petra Kamarudin lebih layak ditembak oleh polis daripada budak ini ? Inilah keadilan di Malaysia yang kaya dan ternama terlepas dan terkurang hukuman berbanding yang tiada nama dan harta yang banyak !

    ReplyDelete
  11. anoy ; raja petra tu penjenayah kolar putih. dia tak ancam nyawa secara fizikal. ini secara fizikal. dah dipekul pu kawannya tu, mujur tak mati aje. polis hanya ada second untuk tindak tak tindak. kalau engkau pandai sangat , lepas ini kalau ada polis nak tangkap orang begini atau penyamun , kau le pergi bersama polis dan cuba beri nasihat dan lakukan seperti mana anda cadang tu. nak juga saya menengoknya

    ReplyDelete
  12. Orang yang dah mati tak dapat mempertahankan diri dan bersuara untuk mendapatkan hak dan keadilan tetapi yang masih hidup dapat pula bersuara dan pertahankan haknya. Pistol dengan pisau, siapa yang ada kelebihan ? Ramai dan terlatih dengan seorang tidak stabil mental dan dalam tekanan jiwa, siapa yang berkelebihan ? Masa dan peluang, siapa yang ada kelebihan pada keadaan demikian ? Masih ingat lagi kejadian di bukit Jenalek ? Mengapa tidak serbu dan menembak mati mereka semua tetapi masih menggunakan kebijaksaaan dan rundingan ?

    ReplyDelete
  13. itu ada tebusan. ini srangan kepada polis. berlaku serta merta. hakikatnya ia sah ikut undang-undang. jadi anoy, baca le undang-undang dari membela penjenayah ini. kalau kau yang diserang seperti lelaki yang diserang oleh budak ini dan pecah di kepala baru engko tahu. .

    ReplyDelete
  14. itu ada tebusan. ini srangan kepada polis. berlaku serta merta. hakikatnya ia sah ikut undang-undang. jadi anoy, baca le undang-undang dari membela penjenayah ini. kalau kau yang diserang seperti lelaki yang diserang oleh budak ini dan pecah di kepala baru engko tahu. .

    ReplyDelete
  15. kepada anoy : rujuk juga kes balwant singh ( peguam terkenal ) yang menembak mati seorang india di kl kerana hanya road bully. India ini hanya serang dengan kayu sahaja. tetapi mahkamah menegaskan bahawa hanya jika mangsa merasakan nyawanya terancam, maka ia ada hak untuk pertahanan persendirian dan ia masih berjalan sehingga tidak ada lagi ancaman. balwant singh ini di lepaskan. karpal singh yang membelanya. lain-lain sama. ia bukan bincang emosi dan pendapat kosong. ia undang-undang. stop

    ReplyDelete
  16. Dulu YB ni pernah gi Negara Cina utk minta maaf kes ketuk ketampi ... last-last wanita ti Melayu.

    Agaknya ... YB ni tak mahu pulak gi Thailand sebab yg mati tu ade darah Siam ... atau pun YB tu nak dipanggil Yang Berlakon ... YB ... YB

    Nani Cheras

    ReplyDelete
  17. nani cheras : betul le. lupa PG tentang isu wanita china tu. terkinja-kinja le dia pergi. dia ni nak cari isu aje ni sebab kedudukan pun dah hilang dari persada politik. expired dah.

    ReplyDelete
  18. Bagaimana dengan FRU ? Mereka pun diserang dengan pelbagai benda dan barang yang membahayakan,mengapa mereka ini tidak menembak mati para penyerangnya? Nyawa mereka pun sangat terancam. Dalam mahkamah hanya mendengar keterangan yang hidup sahaja dan orang ini berkelebihan dari si mati.Polis sepatutnya ada latihan sepanjang masa dan perlu peningkatan kecekapan dari semua aspek bukannya menunggu ada kejadian baru nak minta cadangan dan nasihat daripada orang lain. Takkan setiap kerja nak 'ad-hoc' saja tapi mesti ada perancangan,persedian dan persiapan mulai sekarang. Itulah baru profesional namanya.

    ReplyDelete
  19. satu catatan kes mahkamah yg menarik utk dibaca. memang kita simpati dgn mangsa tembak tapi jgn pula kita sewenang2nya menafikan hak dan tgjwb pihak polis. komplen polis memang senang, cuba jadi polis...

    ReplyDelete
  20. SEBAB SEKARANG BANYAK JENAYAH// MAK BAPAK TAHU BUAT ANAK.. SAYANG ANAK GILA2. CIKGU / POLIS MENJADI MANGSA.. BAUTA APA PUN SALAH.. SEJAK TUN DOLLAH LEPAS KAN AL JUBUR DARI BANGLO BAMBOO RIVER SEMUA NYA BERMULA.. DOA AKU YB2 SIAL YU DI ROMPAK ISTERI ANAK2 DI LIWAT KAW2 PUNYA.. KAU LIHAT APA MEKA KATA.. DESAK POLIS BUAT ITU INI.. POLIS LAH NAK BELASAH ORG PUN TAK BERANI APABILA TAK ADA BAHAN BUKTI MEKA TIBAI KATA POLIS LEMBAB MALAS.. TP DIA YG SOKONG UNDANG2 DIPINDA ATAS KEPENTINGAN POLITIK PEMBANGKANG ( HAK ASASI MANUSIA - HAKJ PENJENAYAH APA HAK HAL MANGSA YG MATI DAN KOMA DAN CACAT ? )...RAMAI ORG MARAH POLIS SEJAK UJUNG 2005 HINGGA KINI..ITU ADALAH JASA ERA TUN DOLLAH ZZZZZZZZZZZ@KJ@ TINGKAT 4

    ReplyDelete
  21. DENGAR KATA BAGET POLIS DA KENA POTONG 40%, LATIHAN TEMBAK PUN PAYAH 2 TAHUN PUN ADA YG TAK MERASA LATIHAN TEMBAK DAN DGR KATA PELURU KENA JIMAT.. HA HA HA.. SEPATUTNYA 6 BULAN SEKALI LATIHAN TEMBAK BARUU CEKAP, PADANG TEMBAK DAN PPERALATAN HENDAKALH SEDIAKAN.. DATO KHAL;ID TU CAKAP ORG POLITIK ERA DOLLAH.. DA TAK LAKU DIA TU, CARI PUBLICITY LA DIA TU.. BUAT POLIS MARAH , TANGOKLAH APA YG KURANG BANTU LAH POLIS , INI BANTAI AJA.. BEBAL DIA TU..PADANG TEMBAK PUN DGR KATA MACM NAK MINT SEDEKAH, TANYA KAT PERLIS IPD DAN IPK ADA BEBERAPA PADANG TEMBAK.. TANYA POLIS YG LEPASKAN TEMBAKAN BERAPA LAMA DIA TAK HADIR LATIHAN TEMBAK..BAB HAK PERTAHAN DIRI KEUTAMA DALAM JALANKAN TUGAS..BACA SEK 99 HINGGA 106 KANUN KESEKSAAN WAHAI DATO YANG NAMPAK CERDIK TETAPI MENAMPAK KEBODOHAN @ KEBEBALANNYA .. IPD/ IPK TAK ADA PADANG TEMBAK SENDIRI( DIA TAHU KE? BEKAS MENTERI MAA ), CADANGAN PDRM JPA DGR KATA BANYAK MEKA TAK SETUJU....KEJA DI BERI DAN BERTEMBAH SETIAP SAAT DAN KETIKA [ PERALATAN PEJABAT TAK MENINGKAT/ TAMBAH ANGGOTA PEGAWAI BAB PEJABAT KOMPUTER, KENDERAAN, RUMAH TAK PERNAH CKUP SEBAB POLIS KEJA 24 JAM,, PEMBAIKAN BALAI KERAP DGR TAK ADA DUIT..NAJIB AGAKNYA PUN TAK TAHU, MENTERI KDN@ MENTERI AMARAN PUN LG TAK TAHU... ISU BARANG2 KES BERTERABUR D MANA-MANA BALAI DAH 202 TAHUN POLIS TAK MAMPU NAK HANDLE BARANG2 KES DI BALAI KENAPA? SEBAB APA YANG DI MINTA DAN CADANGAN JAWATAN BARU TAK PERNAH DAPAT .. KERAP DGR POLIS KENA BUAT KERTAS KERJA.. TUNGGU 15 TAHUN MASIH ZERO ( TAK AKAN DAPAT )..SEBAB ITU PEMBANGKANAG AMBIL PELUANG INI. UNTUK GEGARKAN BN..

    ReplyDelete

PETA PELAYAR