FOLLOWERS

Saturday 28 November 2009

PAS TELUS DAN PERJUANGKAN RAKYAT? SUDAHLAH !




Jimadie Shah Othman
Nov 26, 09
6:49pm

Selepas kontroversi dalam Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) - yang membawa kepada peletakan jawatan menantu Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat - kini meledak pula isu kelemahan urus tadbir kerajaan tempatan di negeri itu.

Isu itu dianggap panas apabila akhbar web rasmi PAS, Harakahdaily - yang melaporkan dakwaan Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) enggan membayar untuk kerja lebih masa kakitangannya - dikeluarkan dari lamanweb itu tidak sampai sejam selepas disiarkan.

Difahamkan, berita bertajuk "Pekerja bawahan MPKB-BRI dakwa majikannya enggan bayar OT" disiarkan kira-kira jam 10 pagi tadi. Berita lanjut : KLIK
Penghuni Gua :PAS telus ? PAS perjuangkan kebebasan akhbar dan perjuangkan nasib rakyat? Sudahlah. Cakap tak serupa bikin. Semuanya bermulut munafik dan munafik juga perbuatannya.

2. Lihat sahaja isu di atas. PG sudah perhatikan isu ini. Akhirnya dikeluarkan dari paparan di Harakah Daily. Ini ke ketelusan dan kebebasan yang diperjuangkan PAS? Sekecil isu pun disorok bawah karpet. Mungkin semua pekerja di Harakahdaily pun diarah sumpah bai'ah juga. Hal masalah rakyat pun disorokkan,

3. Ini ke harapan kita kepada parti yang mendakwa perjuangkan islam? Menyorok maklumat yang wajib diketahui oleh rakyat? Ini ke model kebebasab dan ketelusan PAS?

4. Sudahlah. Naik meluat mendengar slogan anda dan slogan PAS untuk semua. Menyampah. Perkara sekecil itu pun amat ditakuti akan menjejaskan PAS. Lain kali tak usah cakap le bab ketelusan, kebebasan dan agenda perjangkan rakyat. Perjuangan anda semua hanya nak memenuhkan tembolok dan halkum masing-masing aje. Tak lebih dari itu!


(*&^%$#@#$%^*()(*&^%$#@#$%^&

1 comment:

  1. Ini tip utk PAS menang dgn selesa dalam PRU13 nanti walau pun berbagai isu negatif didedahkan oleh sesiapa saja:
    1. Setiap ahli PAS mestilah dipaksa untuk membuat bai'ah utk mengundi PAS shj.
    2. Isteri ahli PAS pun turut sama buat bai'ah utk mengundi PAS shj.
    3. Janji utk masuk suyrga secara automatik mestilah diterapkan dlm minda mereka juga.
    Insyaalah, kemenangan PAS bolehlah dijamin. Tetapi ini boleh dilakukan di kawasan2 PAS shj. Dgn itu, PAS harus bekerja kuat dgn menambahkan bilangan ahli dgn memujuk org Melayu masuk parti PAS dan tinggalkan UMNO.

    ReplyDelete

PETA PELAYAR