Nik Aziz akui dibiaya tunai haji
KOTA BHARU 10 Nov. - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui ada pihak membiayai perbelanjaannya untuk menunaikan ibadah haji dan beranggapan ia tidak salah selagi tidak melanggar peraturan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Menurutnya, beliau menerima terlalu banyak tawaran daripada pelbagai pihak yang sanggup menanggung perbelanjaannya untuk menunaikan ibadah tersebut.
"Orang hendak bawa saya ke Mekah kenapa saya tolak, saya pergi Mekah jarang saya belanja sendiri, semua orang berebut (bayar). Selipar saya pun orang ambil, dia kata bukan curi tetapi nak ambil berkat.
"Jadi orang hendak pergi Mekah, bertahun-tahun saya diminta oleh orang tertentu hendak pergi Mekah bersama," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Berita lanjut : KLIK
Penghuni Gua : Apa nak dikata?
2. Cuma kalau lah DS Najib Perdana Menteri Malaysia pergi haji dengan ditaja oleh sesiapa sahaja.........Bagaimana agaknya? Apa komen anda? TGNA adalah MB. Setiap pihak yang berurusan dengan nya boleh dikatakan berkepentingan. Cuma pembuktian. Tetapi itulah....Kalau lah PM DS Najib berada di kedudukan TGNA , alamatnya bergegarlah negara ini.
3. Contoh yang sama dalam kes Vedeo Linggam. Gegak gempita pembangkang dan Majlis Peguam sehingga tubuh Suruhanjaya DiRaja untuk menyiasat dakwaan bahawa Eusoff Chin Bekas Ketua Hakim Negara dan Linggam bercuti keluar negara. Kononnya di taja dan dibiayai oleh Linggam. Sama aje dalam kes Haji TGNA yang disponsor. Kalau lah Eusoff Chin gunakan alasan yang sama digunakan oleh TGNA iaitu : "Orang hendak bawa saya ke New Zealand dan Australia buat apa nak tolak. Saya pergi melancung jarang pakai duit sendiri. Semua orang berebut nak bayar". Apa komen Peguam PAS dan Pendokong nya dalam kes Eusoff Chin ?
4. Apa kata peguam PAS dan pendokong PAS. Kata dulang paku serpih, kata orang dia lagi lebih. Cuma mereka pandai beralasan. Ini akan jadi sedekah dan hadiah, tajaan. Kalau kerajaan jadi rasuah.5. Apa kata SPRM : Ada juga geli-geli rasuah bukan ?: Kalau dilihat dalam kedudukan TGNA sebagai kakitangan kerajaan!!!! Heeeeeeeeeeeeeeeee. PG sebagai kakitangan kerajaan pun dilarang keras terima hamper dan kalau terima kena maklum dan berbagai alasan perlu diberi. Sebaiknya dihalang terima ....Fikirlah...
Aku dah lama memang tak percaya dengan TGNA ni. Siapa yang nak sponsor kalau tak ada kepentingan? Tengoklah bila BN lantik suku sakat dinamakan kronism. Bila sendiri buat, ikut Nabi sebab semua sahabat2 Nabi adalah kroni Nabi.Hmmmmmm.. Ulama politik? Halal dan Haram sudah jadi Halam (Halal boleh Haram pun boleh).
ReplyDeleteKat - http://www.themalaysianinsider.com/index.php/bahasa/43012-nik-aziz-akui-dibiaya-tunai-haji-selipar-pun-dicuri-orang
ReplyDeleteTGNA sendiri kate
----
Bagi menggambarkan betapa ramai yang merebut-rebut untuk membiayai beliau, Nik Aziz menambah, seliparnya selalu diambil orang.
"Selipar saya pun orang ambil. Dia kata bukan curi tapi nak ambil berkat.
====
MalaysiaKini spinning jugak kut ?
Nani Cheras
Salam Ziarah.......
ReplyDeleteMereka ni buat apa pun tak pa tak dak salah cuba kalau UMNO BN yang buat hangit depa kutuk .Jadi fikir-fikirkan renungkan lah apa yang tersurat dan tersirat.
Nik Ajis, rezae (resign} loh. Unduuuuuuuuuuuuurrr!
ReplyDeleteHEHEHE.....semua tu ada makna...tok guru.
ReplyDeleteNik Aziz menambah, seliparnya selalu diambil orang. *** Tak ke dah sampai sama tahap mendewa2kan dia.. dan ada bunyi riak. Ni dah mcm Ayah Pin ni.
ReplyDeleteSalam tuan,
ReplyDeleteposting tuan saya CnP ke blog saya - mohon izin ~bRAVEhEART
TGNA nampak aja $$$$ semua baik belaka sah sah...walhal itu boleh dikira "rasuah" juga...betul kata penulis kes Linggam, apa salahnya kalau ada sesiapa nak sponsor trip g overseas bolehkan tak semestinya kerana kenaikan pangkat atau apa yg berkaitan kerja..mungkin anak lingam ke sedara mara dia ke nak jadi peguam jadi nak minta "berkat" laaa mcm TGNA cakap walaupun selipar dicuri dikatanya dicuri kerana nak ambil berkat..so SPRM, apa lagi bukalah mata dan minda, kerana cakap org tua ni menggalakan rasuah tp kalau otak org PAS ni lain sikit tok guru cakap tak rasuah kalau ada org nak sponsor g haji (tapi tetap rasuah jugak kan) kalau dah begitu caranya...jgn guna haji buat ibadat boleh menutup amalan rasuah ni...Rupanya dalam diam diam mata duitan jugak org tua ni...
ReplyDeleteok brevehert
ReplyDeletesedapnya dan dangkalnya hujah PAS kelantan. dia kata sponsor tu budaya orang kelantan. memang le. linggam pun budaya dia juga sponsor hakim. apa salahnya. bukan boleh pengaruh hakim eusof pun. tak ada bukti pun lingam boleh pengruh eusof dengan sponsornya ke australia. tetapi menagapa linggam dan eusof PR dan PAS tak henti-henti jadikan isu sampai sekarang?
ReplyDeleteLihat apa kata pas kelantan : PAS Kelantan mempertahankan Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menerima tajaan mengerjakan haji pada minggu depan kerana menganggapnya sebahagian amalan dan budaya di negeri itu.
"(Penajaan) itu biasa di sini. Tok-tok guru pondok, tok-tok imam kebanyakannya ditaja untuk mengerjakan haji.
"Itu sebahagian daripada cara kita (penduduk Kelantan) meraikan orang agama," kata setiausaha PAS negeri, Mohd Zaki Ibrahim.
Begitu juga dengan budaya orang cina dan semua kontraktor dan orang berniaga.. semua nya dia orang kata budaya orang bisness. kontraktor tak repot rasuah pun pada sprm. tapi kena tangkap juga kerana ada orang lain buat lapuran. begitu juga musa aman, dah tokeh balak dak bagi dia rm 16 juta. ambil le.
dgn lain perkataan , dengan kes TGNA nanti, semua orang boleh ambil rasuah kerana " dah orang nak bagi. bukan paksa.
Rasuah tetap rasuah lah. Jangan le dok pusing. lihat undang undang. jangan pakai kepala sendiri.
Jangan pula nanti, kalau pemimpin terima rasuah kata , sponsor, sumbangan, penolong pemimpin jadi hadiah, bawah sikit jadi beri dan sedekah. Yang paria seperti konst polis yang ambil rm 10 ajr tu jadi rasuah. sedap banyak le kalau begitu.
apa komen SPRM dan peguam PAS.
orang ramai boleh lah buat kajian dan menilai tahap pemikiran tok guru tu...
ReplyDeletekesian dia..
selipar tu buat berkat...
ReplyDeletedorang ambil buat tangkal ke??
he...memang dah sesat org pas nih..
tuan,
ReplyDeleteorg yang fanatik tok guru ni memang hebat..selipar pun dia ambil...soalnya, takkan TGNA tidak melarang perbuatan seumpama itu? nampak cara penceritaan TGNA, dia meredhakan!!tidakkah ini boleh merosakkan akidah, iaitu Berkat pada selipar?! Darah suci Nabi saw, diminum oleh sahabat kerana Nabi pilihan Allah. Adakah TGNA akan diperlakukan sampai kesitu(suatu masa nanti?). Saya fikir berkat pada ilmu. ilmu(agama)yang kita tahu dan kita amalkan sedaya mungkin.
soalan kedua: siapa menyesatkan siapa?
Orang UMeNO jer anggap setiap pemberian perlu balasan ...BODOH tu....
ReplyDeleteKalau PM Najib memang ler...pakai duit kerajaan ...duit rakyat... Dungu betul la pemikiran orang2 sealiran PG ni ...mcm penghuni tempurung....
Dari,
Kalau Berani Siarkan ...
semua komen disiarkan. tak pernah pg delete komen pembaca sejak berblog. jangan bimbang. sponsor haji tu rasuah le braderr. ia konflik kepentingan sebagai mb. bukan guru agama. cuma bodoh nya sprm ini siasat sebelum tgna ke haji. patrut biar dia pergi dulu haji. balik tangkap. kalau dia tak pergi terus, meleleh aje le. buat letih le. tapi haji terdahulu pun boleh disiasat. duit haji sponsor tu baik sedekah kepada rakyat etrmniskin yang ebribu orang dikelanatan. lagi afdal.
ReplyDeleteHadis Nabi SAW itu untuk diimani oleh semua orang Islam, sama ada di dalam PAS, UMNO dan lain-lain pemegang jawatan negara/negeri/ organisasi pemerintahan. Maksud sabda Nabi, "Sesiapa sahaja yang kami angkat menjadi petugas (pegawai) negara dan telah kami berikan ia gaji, maka apa yang dia ambil/ terima setelah itu, adalah kecurangan". (Hadis riwayat Abu Dawud). Jangan pula jawab, "Bukan nabi yang lantik aku!!". Satu lagi, "Seseorang hakim, jika memakan hadiah, sesungguhnya dia telah memakan yang haram, dan jika dia menerima suap (rasuah), bererti dia telah jatuh ke dalam kekufuran' (Hadis riwayat an-Nasa'i). Jangan pula jawab, "Aku bukan hakim". Pembuat keputusan tu, hakimlah! Tak kanlah orang-orang yang menyebut nama Nabi Muhammad SAW di dalam syahadanya tak percaya cakap Nabi dia! Parahlah tu...Kita doakan semoga Ustaz kita ini yang satu ini dihidayahi jiwa tawadhu'
ReplyDeletehurm,kalu orang nak belanja aku,aku terime je..
ReplyDeletetapi kalu orang nak belanja aku,lepas tu suruh aku buat sesuatu sebab aku dah belanja,tu la rasuah..
pikir2kan..kita dianugerahkan akal..