

Jam 4 petang tadi PG dan anak-anak beriadah kuda sejauh 13 km di kawasan Hutan Ayer Keroh Melaka dan di kawasan Taman Tasek Utama. Rasa nak bengkok juga tulang temulang . Nak buat macam mana , dah tua bangka. Tapi kesihatan masih mantap lagi. Tidak ada sebarang penyakit. Alhamdullilah.
2. Hari ini menunggang kuda bernama Mamijane dan anak-anak menunggang Ranger serta seorang lagi rakan anak menunggang kuda tanpa nama. Baru beli. Semuanya sudah mantap dari segi tunggangan. Layan-layan mereka sahaja hari ini.
No comments:
Post a Comment