FOLLOWERS

Monday, 16 November 2009

MAHKAMAH TINGGI PUTUSKAN DUN KOTA SEPUTEH KOSONG : PRK ? BELUM LAGI !


Malaysiakini

Pilihan raya kecil DUN Kota Siputeh
Nov 16, 09 6:32pm


Kerusi DUN Kota Siputeh diisytiharkan kosong dan satu pilihan raya kecil seharusnya dipanggil untuk mengisi kekosongan tersebut.

Keputusan tersebut dibuat oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur petang ini setelah mendengar permohonan Speaker DUN Kedah, Datuk Dr Abdul Isa Ismail untuk semakan kehakiman terhadap keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mengekalkan Datuk Abu Hassan Sarif sebagai wakil rakyat di situ. Abdul Isa memfailkan saman pada 1 Oktober lalu, menamakan Abu Hassan daripada BN dan SPR sebagai responden.

Beliau memohon diisytiharkan Abu Hassan bukan lagi ADUN bagi kerusi tersebut berikutan kegagalannya menghadiri dua persidangan DUN secara berturut-turut dan injunksi menghalang beliau daripada menjalankan tugas sebagai wakil rakyat.Beliau juga memohon mahkamah mengisytiharkan kerusi itu kosong dan memerintahkan SPR mengadakan pilihan raya kecil di samping memohon ganti rugi, kos dan faedah lain.

Pada 1 September lalu, SPR memutuskan tidak berlaku kekosongan di kerusi Kota Siputeh dan Abu Hassan masih menjadi wakil rakyatnya.Peguam Kanan Persekutuan Suzana Atan bertindak bagi pihak SPR.

Penghuni Gua : Selamat bertanding kepada semua parti yang terlibat. Selamat bertanding dengan penuh berhemah dan mengikut undang-undang yang ditetapkan.

2. Kepada BN / UMNO, YB Abu Hassan jangan sesekali dicalunkan semula di PRK ini. Beliau tiada tanggungjawab dan cuai dalam tanggungjawabnya kepada rakyat di kawasan tersebut. Perkara sekecil ini dipandang remeh sehingga satu PRK diadakan semula dan merugikan banyak perkara.

3. Jadi dengan keputusan mahkamah ini , sepatutnya menjadi kayu pengukur dan panduan kepada semua pihak terutama PR yang sebelum ini mengecam SPR dan sebagainya. Ada yang menuduh SPR melangkaui kuasanya. Kita ada sistem. Jika tidak berpuashati, mahkamahlah jalan terakhirnya. Apa perlu kita menghakim sendiri dan tuduh menuduh serta mengecam pihaks atu lagi. Ini bukan cara dan jalannya.

4. Cuma satu perkara PG nak bertanya : Mengapa PAS, DAP dan PKR tak menuding jari bahawa ada tangan ghaib dan badan kehakiman dipengaruhi oleh pihak lain dalam kes ini? tak ada pula setakat ini kata YAA Hakim rasuah, ada tangan ghaib, ada hidden agenda dan sebagainya?

5. Mengapa pula dalam kes ini di mana PR memenangi pertikaian ini, PR boleh pula menerima keputusan YAA Hakim. Dulunya kata tidak percaya lagi kepada sistem kehakiman negara. Kemudian semalam timbul isu, YAA Hakim bicara kes ini ditukar disaat akhir. PAS dalam Harakah Daily mempersoalkan dan menuduh ada agenda tersembunyi dengan menukar YAA Hakim saat akhir.

6. Apa komen PR? YAA Hakim adil ke kali ini? Tidakkah dengan menerima keputusan YAA Hakim ini menampakkan PR menjilat ludahnya semula?

7. Selamat bertanding. Opsss. Masih belum PRK lagi. Pertarungan mahkamah masih belum selesai. Rayuan di mahkamah rayuan pasti akan dibuat oleh SPR. Sabar dulu....... He he he he....

10 comments:

  1. Hahahaha....betul tu saudara PG, hari ini mereka happy sakan bila Mahkamah Tinggi isytiharkan kerusi DUN Kota Seputeh kosong. Tapi mereka yang bahalul tu terlupa rayuan belum dibuat, dan belum tahu juga samaada keputusan masih berpihak pada Speaker negeri atau tidak.

    Namun, jika benar2 kerusi DUN itu diisytiharkan kosong, boleh ke mereka terima keputusan tersebut dengan hati yang terbuka??? Selalu kata ada tangan2 ghaib yang menentukan keputusan hakim.

    Apa2pun, kita tengok je la dulu babak2 drama Penghancing Rakyat akan lakukan. Tuan Penasihat mereka pun hanya layak dibayar RM 1 sahaja. Hahahahaha.... drama... drama....

    ReplyDelete
  2. kalaulah pulak mahkamah rayuan putuskan keputusan hakim mahkamah tinggi ini silap dan mahkamah rayuan putuskan DUN seputeh tidak kosong. maka siap le. mulalah mereka katakan ada tangan ghaib, dipengaruhi, umno campurtangan dan sebagainya. mulalah si mahfuz, tantawi dan aziz bari pun mulalah berkokok dengan nada di atas. biasalah.

    ReplyDelete
  3. Salam PG, Belum lagi........ PAS jangan nak berkompang dulu..... nanti malau sendiri....

    ReplyDelete
  4. Kenapa SPR pulak yang sebok nak bawak ke mahkamah rayuan? Sepatutnya YB Abu Hasan yang buat perkara tu!... Makin keliru dengan perangai SPR?

    ReplyDelete
  5. DOLLAH: KEPUTUSAN SPR YANG DICABAR OLEH SPEAKER. JADI SPR LE YANG BUAT RAYUAN. ITU LOCUS STANDI NYA.

    ReplyDelete
  6. Latest news on the MCA sitution, read here:
    http://mcasentinel.blogspot.com

    ReplyDelete
  7. Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur tak adil. Pro Pakatan Rakyat. Hakim kena beli......Tak caya dengan hakim di Malaysia. kahkahkah.....

    ReplyDelete
  8. salam.

    biar puak2 kapiaq harbi tak caya hakim dah le,,,puak -puak tu raja pun depa sanggah !!

    ReplyDelete
  9. Kita (kaum Muslim) telah terbiasa menyertai & melihat sesuatu perkara dari sudut pandang seolah-oleh agama kita tidak ada hukum yang mengatur perbuatan (niat/lisan/perlakuan), i.e hukum haram, halal, sunat (mandub), harus (mubah) dan makruh. Sebab itulah Allah
    menugaskan malaikat yang tidak pernah alpa walau sesaat pun agar mencatat segala sesuatu yang kita lakukan berdasarkan hukum-hukum perbuatan tadi sebagai kayu ukur bagi mempastikan perbuatan itu ibadah atau maksiat kepada Allah. Konsekuennya, bagi setiap orang Islam, dalam apa juga hal, TIDAK BOLEH sama sekali melepsakan dirinya dari ikatan hukum syarak kerana keimanannya terhadap halal-haram, dosa-pahala, syurga-neraka. Termasuk di dalam berpolitik, kaum Muslimin WAJIB melihatnya dari kacamata Islam, kerana dalam pandangan Islam/syarak, politik (sahsiyah) ditakrif: mengurusi urusan pemerintahan & urusan kehidupan umat/rakyat dengan satu set perintah-perintah dan larangan-larangan Allah, iaitu syari'at. (Perintah-perntah & larangan-larangan Allah, BUKAN perintah-perintah & larangtan-larangan i.e undang-undang buatan akal manusia di dewan legislatif yang dilaksanakan di mahkamah sivil). Sebagai seorang Muslim, sepatutnya kita menjadikan diri kita seorang ahli politik Islam, dalam erti kata melakukan dan memikul kewajipan untuk melaksanakan amar ma'ruf nahi munkar, iaitu mengatur urusan kehidupan (diri sendiri & rakyat) sama ada di dalam mahupun di/dengan luar negara dengan aturan Islam, semata-mata Islam. Inilah visi & misi politik yang bersumberkan wahyu - ideologi Islam yang telah Nabi saw perjuang dan berjaya tegakkan, dipertahankan oleh para sahabat ra. dan para khalifah seterusnya. Politik sebegini menjadi ibadah yang tututannya wajib, persis tuntutan wajibnya solat. Selain itu, umat Islam dipertanggungjawabkan untuk memuasabah (memberi peringatan/amaran/perbaikan) kepada pemerintah jika MENYELEWENG DARI ATURAN ISLAM. Ini kerja mulia sehingga Nabi saw mendudukkan seseorang yang melakukan ini dan dia mati (dibunuh) ketika melakukan tugas tersebut sama dgn Saidina Hamzah yg syahid di medan Uhud. Namun, politik seperti ini sudah tidak ada lagi sekarang; tidak digunapakai atau diusung oleh mana-mana satu parti politik pun, sama ada yang terdapat di Malaysia (baik PAS, UMNO atau PKR) atau di negara-negar umat Islam lain. Kita mengikut arus & konvensyen politik internasional; take for granted semuanya benar belaka tanpa merujuk kepada Islam sebagai tolok ukur; matlamat (faedah material)menghalalkan 1001 cara; sehingga pemikiran, kaedah dan matlamat berpolitik kaum Muslim tidak ada beza dengan cara berpolitik bangsa-bangsa yang tidak beriman. Bagaimana mungkin suatu umat (Islam) yang dibekalai Allah al-Quran untuk dijadikan panduan dalam semua aspek urusan kehidupan; politik, ekonomi, hukum-hakam, sosial, dll. mempunyai wajah & perjalanan politik serupa dengan wajah politik kufur. Oleh kerana itu, sama ada seluruh perkara yg ada kaitan dengan politik kita sekarang ini ibadah atau maksiat kepada Allah, kena dilihat dari kaca mata akidah kita - Islam.

    ReplyDelete
  10. depa ni memang suka tuduh macam-macam....tapi macaman dengan dengan N. aziz terima suapan naik haji tu...selesai ke belum..

    ReplyDelete

PETA PELAYAR