FOLLOWERS

Showing posts with label POLITIK / PRK KOTA SEPUTEH. Show all posts
Showing posts with label POLITIK / PRK KOTA SEPUTEH. Show all posts

Monday, 16 November 2009

MAHKAMAH TINGGI PUTUSKAN DUN KOTA SEPUTEH KOSONG : PRK ? BELUM LAGI !


Malaysiakini

Pilihan raya kecil DUN Kota Siputeh
Nov 16, 09 6:32pm


Kerusi DUN Kota Siputeh diisytiharkan kosong dan satu pilihan raya kecil seharusnya dipanggil untuk mengisi kekosongan tersebut.

Keputusan tersebut dibuat oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur petang ini setelah mendengar permohonan Speaker DUN Kedah, Datuk Dr Abdul Isa Ismail untuk semakan kehakiman terhadap keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mengekalkan Datuk Abu Hassan Sarif sebagai wakil rakyat di situ. Abdul Isa memfailkan saman pada 1 Oktober lalu, menamakan Abu Hassan daripada BN dan SPR sebagai responden.

Beliau memohon diisytiharkan Abu Hassan bukan lagi ADUN bagi kerusi tersebut berikutan kegagalannya menghadiri dua persidangan DUN secara berturut-turut dan injunksi menghalang beliau daripada menjalankan tugas sebagai wakil rakyat.Beliau juga memohon mahkamah mengisytiharkan kerusi itu kosong dan memerintahkan SPR mengadakan pilihan raya kecil di samping memohon ganti rugi, kos dan faedah lain.

Pada 1 September lalu, SPR memutuskan tidak berlaku kekosongan di kerusi Kota Siputeh dan Abu Hassan masih menjadi wakil rakyatnya.Peguam Kanan Persekutuan Suzana Atan bertindak bagi pihak SPR.

Penghuni Gua : Selamat bertanding kepada semua parti yang terlibat. Selamat bertanding dengan penuh berhemah dan mengikut undang-undang yang ditetapkan.

2. Kepada BN / UMNO, YB Abu Hassan jangan sesekali dicalunkan semula di PRK ini. Beliau tiada tanggungjawab dan cuai dalam tanggungjawabnya kepada rakyat di kawasan tersebut. Perkara sekecil ini dipandang remeh sehingga satu PRK diadakan semula dan merugikan banyak perkara.

3. Jadi dengan keputusan mahkamah ini , sepatutnya menjadi kayu pengukur dan panduan kepada semua pihak terutama PR yang sebelum ini mengecam SPR dan sebagainya. Ada yang menuduh SPR melangkaui kuasanya. Kita ada sistem. Jika tidak berpuashati, mahkamahlah jalan terakhirnya. Apa perlu kita menghakim sendiri dan tuduh menuduh serta mengecam pihaks atu lagi. Ini bukan cara dan jalannya.

4. Cuma satu perkara PG nak bertanya : Mengapa PAS, DAP dan PKR tak menuding jari bahawa ada tangan ghaib dan badan kehakiman dipengaruhi oleh pihak lain dalam kes ini? tak ada pula setakat ini kata YAA Hakim rasuah, ada tangan ghaib, ada hidden agenda dan sebagainya?

5. Mengapa pula dalam kes ini di mana PR memenangi pertikaian ini, PR boleh pula menerima keputusan YAA Hakim. Dulunya kata tidak percaya lagi kepada sistem kehakiman negara. Kemudian semalam timbul isu, YAA Hakim bicara kes ini ditukar disaat akhir. PAS dalam Harakah Daily mempersoalkan dan menuduh ada agenda tersembunyi dengan menukar YAA Hakim saat akhir.

6. Apa komen PR? YAA Hakim adil ke kali ini? Tidakkah dengan menerima keputusan YAA Hakim ini menampakkan PR menjilat ludahnya semula?

7. Selamat bertanding. Opsss. Masih belum PRK lagi. Pertarungan mahkamah masih belum selesai. Rayuan di mahkamah rayuan pasti akan dibuat oleh SPR. Sabar dulu....... He he he he....

PETA PELAYAR