FOLLOWERS

Saturday, 14 November 2009

MALAYSIA LAW JOURNAL : KES MELIBATKAN PENCERAIAN BUKAN ISLAM !


[1991] 3 MLJ 34
Bhanu Sekaramani v Nagamma
Case Details:

Malaysia HIGH COURT (KUALA LUMPUR) — DIVORCE PETITION NO
S7-47-290 OF 1988

Judges LIM BENG CHOON J

Date 10 JANUARY 1991

Citation [1991] 3 MLJ 34


Catchwords:
Family Law — Divorce — Living apart for continuous period of two years — Two-year separation prima facie proof of breakdown of marriage — Law Reform (Marriage and Divorce) Act 1976, ss 53(1), 54(1) and (2)

Facts:

This is a divorce petition instituted by the husband to dissolve the marriage solely on the ground that the husband and the wife have been living apart continuously for more than two years since October 1984 until the presentation of this petition. The respondent denied that the parties had been living apart for a continuous period of two years since October 1984. She believed that the husband had been committing adultery with an unknown woman.

Bahasa Malaysia Summary:

Ini adalah satu petisyen perceraian yang dimulakan oleh suami untuk membubarkan perkahwinan atas alasan tunggal bahawa suami dan isteri telah tinggal berjauhan secara berterusan untuk lebih daripada dua tahun semenjak Oktober 1984 hingga penyampaian petisyen ini. Responden menafikan yang kedua-dua pihak telah tinggal berjauhan secara berterusan untuk dua tahun sejak Oktober 1984. Beliau percaya bahawa suaminya telah berzina dengan seorang wanita yang tidak dikenali.

Diputuskan:
Diputuskan, menolak petisyen itu:

(1) Adalah jelas dari s 53(1) Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 (‘Akta itu’) bahawa mahkamah harus mengambil notis tentang fakta yang pihak-pihak kepada satu petisyen perceraian telah berpisah untuk sekurang-kurangnya dua tahun sebelum pemfailan petisyen perceraian. Tetapi perpisahan dua tahun itu hanya bukti prima facie tentang kegagalan perkahwinan itu. Ia boleh dicabar apabila responden boleh menunjukkan bahawa perpisahan dua tahun itu secara sendiri tidak menyebabkan atau membawa kepada kegagalan perkahwinan itu. Ini adalah kerana perkataan s 54(2) Akta itu.

(2) Di bawah para (a) dan (b) s 54(1) Akta itu, perlakuan zina oleh responden atau kelakuan buruk yang melampau oleh responden dengan sendirinya tidak cukup untuk mengasaskan satu perceraian kerana responden mungkin boleh menunjukkan yang pembuat petisyen telah memaafkan perzinaan atau kelakuan buruk yang melampau itu. Mahkamah harus mempertimbangkan kelakuan dan keadaan kes untuk melihat sama ada wajar untuk memberikan dekri (decree) itu.

(3) Tinggal langsung (desertion) dengan sendirinya di bawah s 54(1)(c) hanya bukti prima facie tentang hakikat bahawa perkahwinan itu telah gagal dan tidak boleh diselamatkan lagi; ia tidak mutlak tetapi boleh dicabar.

(4) Kedua-dua alasan yang digunakan oleh pembuat petisyen untuk menyokong dakwaannya bahawa perkahwinan itu telah gagal dan tidak boleh diselamatkan lagi — bahawa isteri enggan tinggal dengannya atau tinggal di rumah ibubapanya dan bahawa isteri memarahinya dan tidak menghormatinya — tidak cukup untuk menunjukkan bahawa peritu telah gagal dan tidak boleh diselamatkan lagi, biarpun alasan itu benar.]

Penghuni Gua : Semuga semua pembaca dan pelajar mendapat menafaat dari kes dan keputusan mahkamah yang dpaparkan. Tq

1 comment:

PETA PELAYAR