Pendakwaan besar-besaran SPRM
Nov 2, 09 3:15pm
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melancarkan pendakwaan besar-besaran terhadap ahli politik dan pembantu mereka di Selangor berhubung isu rasuah.Lima orang termasuk seorang ahli parlimen, dipercayai BN, dan pembantu khas seorang exco Selangor, dikehendaki hadir jam 8.30 pagi esok di Mahkamah Sesyen Shah Alam.
Seorang bekas pegawai khas menteri besar Selangor Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, juga diseret berhubung dakwaan menyeleweng RM50,000.Wong Chuan How - seorang pembantu khas Ronnie Liu, exco kerajaan Selangor di DUN Sungai Pelek - termasuk antara lima orang tersebut. Berita lanjut : KLIK
Penghuni Gua : Tahniah SPRM kerana cepat bertindak di atas penjenayah ini. Semuga selamanya demikian.
2. Mereka yang ditangkap ialah : Bekas ADUN dan pembantu ,Bekas pegawai MB Selangor , Pembantu khas exco Selangor , seorang Pengarah syarikat .
3. PG berpendapat ini satu langkah berani dan akan memberi imej yang baik kepada integriti SPRM dan nama baik kerajaan. Selepas ini , jangan ada pihak mendakwa ia adalah pendakwaan terpileh dan ada motif politik. Cukup-cukuplah mempolitik dalam isu-isu yang melibatkan jenayah keji ini.
4. Biarlah mahkamah yang menentukan. Yang salah tetap salah dan wajib didakwa. Kita semua sepatutnya memberi sokongan atas tindakan berani dan pantas SPRM ini. Tahniah SPRM.
Nota : Ramai lagi selepas ini termasuk si gangster di Selangor tu yang akan didakwa. Tunggu masa aje le.
mmmm...sapalah agaknya MP bekas adun selangor tu?...klau ikut MP selangor sekrg,BN cuma 5 kaw aja,4 UMNO dan 1 MCA...dan semuanya tiada yg pernah jadi adun!...anak sapalah agaknya MP tu!!
ReplyDeleteanakjati_sgway
SLM BRO..DAH SAMPAI MASANYA DIORANG NI KENE JWB SEMUA KES MASING2 DI MAHKAMAH. JGN LENGAH2KAN PENDAKWAAN. SPRM KENA TEGAS SEPNJG MASA!!
ReplyDeleteTegas tu elok juga..tapi jgn over. I mean jgn sampai sorang lagi kena ICU pulak..nanti leceh..
ReplyDeleteLagi satu! Kenapa tidak disegerakan sekali dgn kes rumah bekas MB Selangor yg bernilai JUTAAN RM tu ye? Begitu juga dgn kes PKFZ yg kononnya bernilai BILLION RM..? Semuanya tu duit rakyat dan rakyat mehran melihat perkembangan ini walaupun tidak bising..
Biar TELUS dan disegerakan. Cekup sahaja tanpa kira 'kala'.