FOLLOWERS

Showing posts with label POLITIK / UMNO / PR. Show all posts
Showing posts with label POLITIK / UMNO / PR. Show all posts

Friday, 20 November 2009

6 PEMIMPIN UMNO JOHOR DITANGKAP RASUAH: BEZANYA UMNO DAN PR !







JOHOR BAHRU: Enam ahli Umno bahagian Kota Tinggi termasuk Ketua Pemuda Umno bahagian berkenaan serta seorang bekas Setiausaha Akhbar Menteri ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor awal pagi tadi semalam untuk siasatan berhubung dakwaan cuba menyogok tiga Ahli Jawatankuasa (AJK) Pemuda Umno bahagian berkenaan sebanyak RM40,000.

Semua mereka yang berusia antara 30 dan 40 tahun itu, ditahan kira-kira jam 2 pagi di rumah seorang AJK berkenaan, selepas kumpulan terbabit dikatakan cuba berunding dengan lelaki terbabit untuk menarik balik hasrat meletakkan jawatan sebagai AJK Pemuda bersama 17 yang lain. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Sudah lebih 12 jam tangkapan ini berlaku. PG membelek semua akhbar dan e- berita, juga menghubungi rakan-rakan di Johor. Tiada reaksi di dalam akhbar dari pemimpin UMNO. Juga tiada pun UMNO Johor nak komen lebih-lebih.

2. PG melihat tidak ada pun UMNO dan pemimpinnya , baik di peringkat Pusat mahupun di Johor atau di negeri-negeri lain yang bising dan mempertikaikan tangkapan ini. Pagi tadi lagi PG sudah maklum tentang tangkapan ini. Kawan di Johor hanya memberi reaksi menyokong tindakan SPRM. Mereka berkata biar pengadilan yang menentukan. Berani buat berani tanggung.

3. Jadi sampai sekarang tiada lagi pemimpin UMNO segenap peringkat komen dan mepertikaikan bahawa tangakapan ini satu konspirasi, tangan-tangan ghaib mengarahkan SPRM, sabotaj, cuba nak jatuhkan kerajaan Johor dan berbagai alasan lagi seperti mana pemimpin PR. Jika tangkapan ini terjadi di kalangan pemimpin PR, PG rasakan , tenggelam Malaysia ini di dalam laut china selatan atau selat Melaka. gegak gempitalah alasan dan dakwaan konspirasi atau ada tangan ghaib yang mengarahkan SPRM dan lain-lain . Begitulah biasanya.

4.Inilah peribadi pemimpin kerajaan / UMNO. Bersikap terbuka dan telus. Berhati besar ( walaupun bukan semuanya ). Itulah bezanya pemimpin antara dua parti ini.

5. Jadi fikirlah sendiri , jika PR memerintah negara ini. PG berpendapat , semua jabatan akan di terjah oleh mereka untuk mereka campurtangan. Dilihat dari perpektif hari ini , tidak salah telahan tersebut.

6. ISA akan digunakan oleh mereka sepenuhnya. Mengecam TGNA atau TGHA atau DSAI atau Lim Kit Siang pun akan di ISAkan. Lihat ajelah apa terjadi dengan pemimpin pembangkang di singapura. Itulah contoh terdekatnya jika ..................

7. Itulah bezanya. Walaupun PG tak berparti, demi masa depan anak isteri dan agama, serta bangsa dan negara, setakat ini tak terliur lagilah nak memangkah PR tu. Baik PG pangkah yang memerintah sekarang. Sekurangnya kita sudah tahu siapa dan bagaimana prestasinya. Negara bukan tempat untuk berjudi dan boleh cuba-cuba seperti yang Prof Aziz Bari seru kepada rakyat Malaysia. Jangan sesekali naik main cuba-cuba............Lihat ajelah Indonesia.

Mana pakar dalam bercakap ,tunjuk perasaan dan reformasi , si Amien Rais tu. Ia tempat DSAI belajar dan merujuk untuk berdemo. . Dialah perosak Indonesia. Runtuh dan menderita Indonesia dan rakyatnya angkara Amien. Akhirnya sekarang ia hanya memperkayakan diri sendiri. Yang tinggal dan terpaksa menyapu bangkai dan najis yang Amien tinggalkan ialah SBY.

8. Profil dan sikapnya sama saja dengan DSAI. Kalau jenis yang pandai bercakap, mereka ini hanya auta sahaja. Hanya tahu mengkritik sahaja. Kerja hampas. Negara dah jahanam , mereka senyap membisu.

9. Itulah bezanya........fikir-fikirkanlah.

PETA PELAYAR